It's You!

Thursday, April 30, 2009

Savor Me Slowly


Title : Savor Me Slowly
Author : Gena Showalter
Genre : Futuristic, Romance
Date Read : April 2009
Mishka Le'Ace dicipta sebagai seorang ejen penyiasatan yang digunakan untuk menyiasat, menjejak atau membunuh sesiapa yang diminta oleh tuannya. Berbekalkan kekuatan dan kecantikan yang dimiliki, dia merupakan 'mesin' yang digeruni.
Selepas ditugaskan untuk menyelamatkan seorang ejen "Alien Investigation & Removal" (A.I.R), Jaxon Tremain, dia mula merasai perasaan yang selama ini tidak pernah wujud dalam dirinya.
Dicipta hasil percantuman DNA manusia dan haiwan dan robot meyebabkan dia diperguna untuk kesenangan 'Tuan' yang memilikinya
Jaxon yang mula menyukai Mishka mula mencari jalan untuk melepaskan Mishka daripada cengkaman tuannya, Estap. Selain itu mereka juga terpaksa menghadapi tentangan daripada ejen-ejen lain yang ingin membunuh Mishka.
Nota : Romance in the air walaupun penuh dengan aksi. Not bad for a futuristic kind of novel.

The Adultery Club

Title : The Adultery Club
Author : Tess Stimson
Genre : Fiction, Love
Date Read : April 2009

Nicholas seorang peguam yang mempunyai seorang isteri yang cantik dan tiga orang anak. Hidup mereka amat bahagia sehingga Nick bertemu dengan Sara, peguam muda yang baru bekerja di syarikatnya.

Selepas kehadiran Sara, Nick mula pulang lewat daripada kerja semata-mata untuk bersama Sara. Dia juga mula mengabaikan 'family time' dengan anak-anaknya untuk menemani Sara makan malam atau menghadiri acara-acara tertentu.

Malinche, isteri Nick merupakan seorang surirumah yang juga seorang penulis buku masakan yang 'devoted' kepada keluarganya. Atas permintaan Trace, bekas kekasihnya, dia menerima pelawaan untuk menjadi eksekutif chef di restoran Trace.

Pada mulanya, Sara hanya ingin berseronok dengan Nick tetapi lama-kelamaan dia mula menyimpan hasrat untuk memiliki Nick. Dia merancang pelbagai cara untuk memastikan Malinche tahu tentang hubungan dia dan Nick.

Apabila Malinche mula menghidu kecurangan Nick, dia keliru samada ingin memaafkan Nick atau meninggalkan Nick dan menerima semula Trace di dalam hidupnya. Selepas beberapa minggu tinggal bersama Sara, Nick mula menyedari yang dia masih mencintai Malinche tetapi berasa kecewa apabila mengetahui Trace mula merapati Malinche.

Nota : Lain daripada yang lain sebab Tess menulis novel ini berdasarkan peerspektif ketiga-tiga watak utama so kita tahu apa yang difikirkan oleh setiap watak dan rasionalnya perbuatan yang mereka lakukan. Kisah realiti yang sering terjadi di dunia nyata, isn't it?



Thursday, April 23, 2009

Mary Higgins Clark



Title : While My Pretty One Sleeps
Author : Mary Higgins Clark
Genre : Investigations, Thriller


Neeve Kearny seorang pemilik butik yang terkenal menjadi curiga apabila pelanggan tetapnya, Ethel Lambstone seorang penulis buku yang terkanal menghilangkan diri ketika menantikan artikel sensasinya tentang pereka fesyen akan disiarkan
Dengan bantuan temannya, dia cuba menjejaki Ethel di apartmennya tetapi dikejutkan dengan kehadiran anak saudara Ethel, Doug Brown yang menumpang di rumah Ethel. Selain itu Neeve terpaksa meyakinkan bapanya. Myles Kearny seorang bekas ketua polis tentang keselamatan dirinya selepas penjenayah yang digeruni Nick Seppetti dibebaskan daripada penjara. Myles percaya Nick yang mengarahkan orang-orangnya membunuh isterinya 17 tahun lalu.

Tanpa mereka sedari, Nick sebenarnya tidak mempunyai kaitan dengan pembunuhan isterinya itu. Setelah seminggu mencari Ethel, mereka dikejutkan dengan penemuan mayat Ethel di sebuah taman. Pelbagai spekulasi bermain melibatkan bekas suami Ethel dan isterinya, anak saudaranya yang mencurigakan dan penemuan yang Ethel ingin bongkarkan mengenai dunia fesyen. Selain itu juga Neeve telah membongkar kegiatan seorang pereka fesyen, Mark Stuber yang menggunakan pekerja bawah umurdi kilangnya dan mengedar dadah dalam masa yang sama.

Hasil siasatan menunjukkan pembunuh Ethel dan isteri Myles adalah orang yang sama. Ketika semua orang tercari-cari pembunuh yang dikatakan sedang memburu Neeve, tanpa disangka orang yang rapat dengan mereka adalah dalang yang dicari


Title : Loves Music, Loves to Dance
Author : Mary Higgins Clark


Erin Kelly dan Darcy Scott adalah sahabat karib yang sama-sama membalas iklan peribadi di akhbar untuk kajian seorang produser tv, Nona Roberts. Tanpa mereka sedari mereka menjadi sasaran terakhir seorang pembunuh bersiri yang mencari mangsa dengan membalas iklan2 peribadi ini.

Darcy seorang pereka dalaman yang cantik dan suka menari tetapi perasaan rendah diri sejak kecil menyebabkan dia tidak menyedari kecantikan yang dia ada. Apabila mengetahui Erin hilang selepas membuat temujanji dengan seseorang bernama Charles melalui iklan peribadi, Darcy mula menaruh curiga. Usaha Darcy menjejak Erin berakhir dengan penemuan mayat Erin dengan kesan cekikan dan memaki kasut berlainan jenis di kaki. Darcy mula berusaha untuk mencari pembunuh Erin dengan bantuan Nona Roberts dan ejen FBI, Vince D'Ambrosio. Darcy membuat temujanji dengan semua lelaki yang pernah ditemui oleh Erin untuk mencari pembunuh tersebut.

Pembunuh bersiri yang sering menyamar itu mula memulakan langkah untuk memerangkap Darcy. Dalam masa yang sama, dia mula menghantar bungkusan2 berisi kasut mangsa2nya kepada ahli keluarga mereka. Tindakannya itu telah membuatkan pihak FBI dan polis menggiatkan siasatan mengenai kehilangan gadis2 yang hilang selepas menjawab iklan peribadi di akhbar.

Nota : Loved Mary Higgins Clark, kadang2 boleh jangka siapa penjahat dalam buku dia tapi kadang2 kita tak sangka pulak. Jalan ceritanya tak menjemukan untuk dibaca, ada romance sikit tapi thrillernya tetap mengancam. What's more, the pace was good and entertaining.

Monday, April 6, 2009

Obsession


Title : Obsession
Author : Jonathan Kellerman
Date Read : March 2009
Genre : Thriller, Investigation

Obsession mengisahkan seorang gadis bernama Tanya yang kematian makcik akibat penyakit kanser. Sebelum menghembuskan nafas terakhirnya, Patty Begelow telah membuat satu pengakuan tentang suatu pembunuhan yang berlaku di kawsan kediaman mereka.

Tanya Begelow menghubungi Doktor Delaware yang pernah merawatnya ketika kecil untuk mendapatkan bantuan. Semasa hidupnya Patty Begelow merupakan seorang jururawat yang dedikasi dan sering berpindah randah. Delaware meminta bantuan rakan sekerjanya seorang Detektif, Milo Sturgis untuk menyiasat sebarang kegiatan jenayah yang berlaku di kawsan kediaman Patty untuk mengungkai misteri yang ditinggalkan oleh Patty.

Penemuan mayat salah seorang penghuni di kejiranan Patty sejurus selepas Milo dan Delaware menyoal siasatnya menjadikan mereka berasa syak dan melanjutkan siasatan berkaitan Patty dan kehidupan silamnya.

Nota : Novel ni slow sikit nak baca sebab banyak dialog dan penerangan tentang sesuatu benda tu dibuat dengan panjang dan jelas. Amik masa yang lebih nak baca. Tapi at the end of the book, pace dia laju sikit..overall boleh baca kalau suka tp bg aku ia meleret sikit. Enjoy tapi kalau ikut hati tak mau abiskan tapi not my type to read something half way...hehehehe...

Thursday, April 2, 2009

Do You Remember the First Time?


Title : Do You Remember the First Time?
Author : Jenny Colgan
Date Read : March 2009
Genre : Fiction

Flora seorang Akauntan berusia 31 tahun yang mempunyai segalanya: boyfriend, wang, kerjaya dan rumah. Tetapi masalahnya ialah dia masih lagi memikirkan tentang zaman remajanya: usia 16 tahun di mana dia merasai cinta pertama, ciuman pertama dan zaman sekolahnya.

Ketika menghadiri majlis perkahwinan rakan baiknya, Tasha, Flora bertemu semula dengan bekas teman lelakinya di sekolah dahulu, John Clelland. Serta-merta ingatan tentang zaman remaja menjelma. Kerana terlalu obses dengan zaman remajanya, dia telah memasang hajat untuk kembali ke usia 16 tahun ketika Tasha memotong kek perkahwinannya.

Next thing she knew, dia dah kembali ke usia 16 tahun sebulan sebelum perkahwinan Tasha berlangsung. Lebih menyukarkan, tiada siapa yang mengenali Flora yg berusia 31 tahun kecuali teman baiknya Tasha, boyfriendnya Olly dan John.

Walaupun sudah kembali ke usia remaja, kehidupan Flora masih seperti dulu: menjadi remaja yg sering dibuli dan tidak popular di sekolah. Dia juga berhadapan dengan konflik ibu bapanya yg diambang perpisahan. Dia berhasrat untuk mengubah sejarah hidupnya dan keluarga. Dalam usaha Flora dan kawan2nya mencari jalan untuk mengembalikan Flora ke usia sebenarnya, Flora telah berpacaran dengan adik John, Justin.

Note ; Lawak ceritanya tapi ketaksuban Flora nak kembali ke usia remaja buat aku terfikir, kalau boleh berundur ke usia remaja, nak ke aku berbuat begitu? Nope..once is enough for me...tak taula orang lain. Hehehehe.....

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...