It's You!

Thursday, April 30, 2009

The Adultery Club

Title : The Adultery Club
Author : Tess Stimson
Genre : Fiction, Love
Date Read : April 2009

Nicholas seorang peguam yang mempunyai seorang isteri yang cantik dan tiga orang anak. Hidup mereka amat bahagia sehingga Nick bertemu dengan Sara, peguam muda yang baru bekerja di syarikatnya.

Selepas kehadiran Sara, Nick mula pulang lewat daripada kerja semata-mata untuk bersama Sara. Dia juga mula mengabaikan 'family time' dengan anak-anaknya untuk menemani Sara makan malam atau menghadiri acara-acara tertentu.

Malinche, isteri Nick merupakan seorang surirumah yang juga seorang penulis buku masakan yang 'devoted' kepada keluarganya. Atas permintaan Trace, bekas kekasihnya, dia menerima pelawaan untuk menjadi eksekutif chef di restoran Trace.

Pada mulanya, Sara hanya ingin berseronok dengan Nick tetapi lama-kelamaan dia mula menyimpan hasrat untuk memiliki Nick. Dia merancang pelbagai cara untuk memastikan Malinche tahu tentang hubungan dia dan Nick.

Apabila Malinche mula menghidu kecurangan Nick, dia keliru samada ingin memaafkan Nick atau meninggalkan Nick dan menerima semula Trace di dalam hidupnya. Selepas beberapa minggu tinggal bersama Sara, Nick mula menyedari yang dia masih mencintai Malinche tetapi berasa kecewa apabila mengetahui Trace mula merapati Malinche.

Nota : Lain daripada yang lain sebab Tess menulis novel ini berdasarkan peerspektif ketiga-tiga watak utama so kita tahu apa yang difikirkan oleh setiap watak dan rasionalnya perbuatan yang mereka lakukan. Kisah realiti yang sering terjadi di dunia nyata, isn't it?



No comments:

Post a Comment

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...