It's You!

Monday, May 31, 2010

Lemon Tree

Salam,

Just one of my favourite song long time ago
songs that being played in my study years
Enjoy!


Aiskrim Malaysia

Salam,

Tengah hari ni korang buat apa? Tidur ke? Aku tak reti nak tidur di tengahari. Rasanya kalau tidur tengahari lagi rasa ngantuk dan mamai lepas bangun. Kat umah pun kalau cuti jarang tidur tengahari..biasanya baring depan tv. Kadang2 mata nak tertutup gak tapi setakat 2-3 minit tutup dah terbuka balik.

Aku carik gambar dalam google je...sedap tol..baru tgk gambar dah rasa sejuk gigi..camna tuh?

Aku bukan nak citer pasal tidur tengahari. Tetiba aku teringat "aiskrim malaysia" waktu panas2 macam ni. Ada yang tak tau apa itu "aiskrim malaysia" ke? Dulu waktu aku kecik2, kalau balik sekolah mesti beli aiskrim malaysia. Perisa yang aku paling suka ialah milo. Tapi ramai gak yang suka beli perasasirap bubuh asam boi, oren buh asam boi, anggur dan pandan. Kadang2 makcik tu buat aiskrim cendol...

Dulu aiskrim ni harganya 10sen je. Kadang2 kami patah dua sebab kongsi. Sebenarnya tak susah pun membuatnya. Just buat air milo yang kaw..(suka milo yang cukup susu dan milonya..ada makcik yang lokek buh milo ciput je..jadi aiskrim milo tak sedap). Lepas tu buh dalam plastik panjang n ikat. Buh dalam esbok (orang jawa kata fridge) tunggu keras. Dah keras, bolehlah dinikmati.

Ada tak orang buat lagi aiskrim malaysia ni? Lama tak nampak. Budak2 skang mana layan aiskrim malaysia. Diorang lebih gemar aiskrim Paddlepop (macam Danish & Danial). Aiskrim malaysia ni dah sure tak mengandungi gelatin dan pengawet. Nak makan pun tak payah nak was2 (kecuali korang was2 ngan kebersihan makcik tukang jual). Harga pun murah.

Kenangan makan aiskrim malaysia akan sentiasa diingatan..korang ingat tak?hehe...Ok..daaa

'Slogan Untuk abg eQ..."

Salam,

Last minit tergerak nak masuk contest Abang Eq ni
Sapa-sapa teringin nak dapat Cenderajiwa dari German bolehlah try wat slogan untuk contest ni
Tapi tarikh tutupnya hari ni jam 11.59 malam ni


Syarat-syarat penyertaan adalah seperti berikut :

1. Terbuka kepada followers abg eQ. Yang belum jadi followers, follow dulu ye...

2. Tak perlu vote! Abg eQ sendiri akan 'pick the winner' (berdasarkan kreativiti & originaliti).

3. Bagi slogan yang dah siap, buat 1 entry iaitu slogan anda bertajuk 'Slogan Untuk abg eQ..."

4. Letakkan gambar contest (seperti di atas) kat entry anda tu.

5. Linkkan gambar contest terus ke blog abg eQ.

6. Jangan lupa! Tinggalkan jejak kat sticky mode blog abg eQ ni....abg eQ akan terus ke blog anda.

Ok..ini adalah slogan aku

hhmm...saya follow "Kurasakan Something" kerana
sekali klik terpikat gambarnya
dua kali klik terpegun entrynya
tiga kali klik terikat hatinya
empat kali klik terpaut jadi followernya
lima kali klik tergerak masuk contestnya
klik-klik, dapat cenderajiwanya!

Agak-agaklah Abang Eq, ble tak dipertimbangkan jadi finalist? Hehe

Saturday, May 29, 2010

Movie...movie...santai

Salam,

Hujung minggu korang buat apa tu? Skang ni tengah tengok cerekarama "21 hari". Tak dapat bayangkan anak aku hilang kat shopping complex macam anak diorang ni. Ada juga orang yang tak siuman macam dalam cerita tu yang amik anak orang. Minta2 dijauhkan daripada kita semua.


Aku penah alami satu peristiwa kat POPULAR. Masa tu bawa Danish n Danial beli buku. Kami g section knak-kanak sebab diorang nak pilih buku. Sedang kami belek2 buku, tengok2 Danial dah takde. Menyirap darah sebab waktu tu takut orang larikan dia ke apa ke. Kami cari seluruh floor tak jumpa.


Pastu aku tergerak keluar. Kat depan pintu POPULAR tu ada gerai2 kecil orang jual handphone. Di celah2 tu aku nampak Danial dengan muka nak menangis cari kami. Kami panggil dia dengan rasa lega. Muka dia pun berubah. Nasib baik jumpa. Lepas kejadian tu, masing2 tak berani jalan2 jauh, mesti melekat je.
Korang ada insiden macam tu tak?

Best jugak citer Wolfman ni

Suka kucing ni..

Google je gambar


Cuti2 ni aku dah habis tengok 2 movie (DVD)..citer The Wolfman dan Alice in Wonderland. Dua2 best...pastu tengok lagi Vettaikaran kat Astro Box-Office (dua kali kami tengok...maklumlah fanatik Vijay dan citer tamil). Kalau sempat, nak tengok balik The Lord of the Rings dari Fellowship sampai Return of The King. Haha..my favourite movies ever!

Friday, May 28, 2010

Cerita Bawah Sink Pulak

Gambar ehsan google..


Salam,

Apa yang korang simpan di bawah sinki? Kalau kat umah aku bawah sinki tu ada ruang yang sangat luas. So, aku bubuh periuk belanga di situ. Oleh sebab kabinet baru tu ada pintu, so terlindunglah segala periuk2ku dari pandangan mata orang.

Selain dari itu, ada satu ruang aku simpan segala bahan2 pencuci. Sebab ia jauh tersorok daripada pandangan dan capaian anak2 aku so aku kira selamatlah.


Dalam majalah yang aku baca ni, dia tunjukkan beberapa tips untuk "declutter" bawah sink kita. Paling mudah dengan menggunakan beberapa
bekas plastik untuk menyimpan peralatan mencuci dan bahan2 pencuci atau apa2 saja yang korang nak simpan di bawah sinki tu. Tujuan menggunakan bekas plastik kerana di bawah sink mungkin keadaannya lembab so taklah berkarat.

Oleh itu, rajin-rajinlah mengemas bawah sink rumah kita. Kalau kemas kan seronok kita tengok. Nak cari barang pun senang.

Note : Tak suka orang yang dah amik barang tapi tak reti nak simpan balik di tempatnya. Boleh buat aku "bebai" seharian.

Thursday, May 27, 2010

Cuti & Pokok

Salam,

Cuti Wesak bersambung cuti hari minggu korang nak ke mana? Aku tak ke mana kot. Balik Penaga n duduk berehat di rumahku syurgaku sambil "tweek" sana sini. Mana yang nak kemas n mana yang nak hias.

Nak tanam pokok bunga kat tembok tu la..tapi tak sure nak pokok apa. Oh..abaikan tuala yang disidai di pagar tu ya. Hehehe


Teringin nak ajak hubby g beli pokok bunga untuk letak di depan rumah. Rasanya teringin cari pokok yang berdaun rimbun dan hijau. Tapi sebelum tu nak beli tanak hitam untuk buh dalam pasu. Rasa macam nak tanam pokok menjalar pulak.

Kalau jadi nanti, aku upload gambar. Tapi biasanya kalau dok di Penaga malas nak memegang kamera. Hehe..just enjoying the weekend.

Apa pun, selamat bercuti. ^_^

Tempe = Kosmetik?

Aku google je gambar tempe ni...ngee

Salam,

Selak-selak paper petang ni nampak satu artikel tentang TEMPE...makanan kegemaran aku dan juga blogger fofular Cik Epal (dan ramai lagi di luar sana!)

Sejak kecik aku memang makan tempe sebab aku anak Jawa. Orang Jawa kan terkenal dengan tempenya. Korang sebut jelah tempe masak apa, aku makan semuanya. Tapi paling marvelous kalau wat sambal goreng, goreng berempah n cicah ngan sambal kicap. Fuhh..boleh meleleh air hidung ko..


Tapi yang bestnya dalam paper ni, diorang telah mengkomersialkan tempe sebagai bahan kosmetik. Ia dikatakan mengandungi antioksidan yang tinggi yang boleh dibangunkan sebagai bahan aktif dalam produk kosmetik. Ia juga diklasifikasikan sebagai produk antipenuaan kerana mengandungi isoflavon yang strukturnya seakan dengan hormon estrogen manusia.


Wah..dahsyat kan...Patutlah aku tengok muka orang2 Jawa banyak yang awet muda (contoh terbaik mak aku la..ngan aku..hahahaha sila muntah dan pengsan sekejap).

Tapi kalau korang nak awet muda, makanlah banyak ulam-ulam selain makan tempe..hehe..kulit pun cantik dan berseri je.
Kalau korang nak tahu lebih lanjut, silalah baca Harian Metro 27 Mei 2010.

Filateli....

Salam,

Sapa nak tahu apa itu Filateli?
Ramai orang suka hobi ni..
Waktu sekolah rendah dulu, rajin juga mengumpul
Tapi sekarang dah tak rajin
Filateli berasal dari bahasa Yunani iaitu "philos" yang bermaksud "cinta" dan "ateleia" yang bererti "bebas pajak"
Istilah ini mula diperkenalkan oleh Georges Herpin pada tahun 1864
Ada orang yang betul2 rajin mengumpul sampai berbuku2 daripada pelbagai negara di dunia
Ramai orang yang sangat fanatik mengumpulnya sehingga tertubuhnya
FIP (Federation Internationale de Philatelie @ Pertubuhan Filateli Antarabangsa)
Filateli ini juga boleh menjana pendapatan yang lumayan kepada pengumpulnya
Di Malaysia. Persatuan Filateli Malaysia ditubuhkan untuk peminat filateli berkumpul, berbincang serta berkongsi maklumat tentang koleksi masing-masing.
Ok..sapa pandai sila jawab
APA ITU FILATELI?
hehe

Wednesday, May 26, 2010

Si Mata Bulat & Si Kurus Kering



Salam,

Lama tak cerita tentang Si Mata Bulat dan Si Kurus Kering. Dua2 dah jadi gelap sebab 2 hari berturut-turut berpanas di Lost Worl of Tambun dan Hari Sukan Tahunan Graduan Kecil. Skang ni kulit masing2 sedang mengelupas nak tukar kulit baru.


Danial Si Mata Bulat sejak Hari Guru yang lepas sibuk nak menghadiahkan semua cikgu-cikgunya hadiah. Nasib baik waktu di LWoT ada beli key-chain banyak so setiap cikgu aku balutkan key-chain dan mug. Selagi tak bagi selagi tu Si Mata Bulat membebel kat aku. Dia kata aku selalu lupa la, dah janji la...bila dah selesai semua, baru dia diam.


Danish Si Kurus Kering baru saja habis exam. Semalam dah dapat balik kertas ujian. Dengan Danish dah tahu dah, walaupun dia ni pendiam sket tapi bab belajar dia sangat pandai. Semua paper dia dapat A dengan markah paling sikit 93%. Alhamdulillah...


Danish dan Danial sangat berbeza. Danish pendiam dan Danial sangatlah becok mulutnya. Danish lebih kepada akademik dan Danial lebih aktif. Tapi bila dua2 dah bersatu, boleh pecah kepala dibuatnya.


Sekarang hobi mereka yang baru ialah menyakat Pak Su Anuar (Acu). Kalau dah menyakat sangatlah bising.
Takpelah..setiap anak ada kelebihan masing2. So terima dengan hati terbuka (tapi mama Ida ni sangatlah garang di rumah...monster lah katakan.

Its Life

Salam,

Setiap hari, akan kulihat wajahnya di tepi jalan. Gigih dengan tugas sehariannya. Sesekali dia berhenti melemparkan senyuman kepada kereta yang lalu lalang. Tidak perasankah mereka akan senyumannya itu. Janganlah laju sangat kereta itu. Kasihanlah kepadanya.


Sebentar kemudian dia akan meneruskan rutinnya. Sebelum melintas jalan, dia dengan hati2 memerhati lalu lintas, takut ada kereta atau motor yang tidak perasan akan dirinya. Langkahnya diatur perlahan.
Aduh...sayu melihat kegigihannya. Bagiku usia sebegitu hanya layak duduk di rumah. Tapi mungkin ada lagi mulut yang perlu disuap di rumah, ada lagi bil yang perlu dibayar. Melihat wajahnya mengingatkan aku kepada arwah abah. Mungkin begitulah abah mencari rezeki untuk kami dahulu.



Siapakah lelaki itu?

Dia hanyalah seorang tukang sapu yang gigih menceriakan kawasan perumahan kami setiap hari. Aku menghargai mereka kerana aku juga anak TUKANG SAPU sahaja.

Mak masih lagi bekerja sebagai tukang sapu di kilang di Batu Pahat. Awal tahun depan dia akan pencen dan sudah membuat perancangan untuk bercuti panjang di rumah anak2 perempuannya...aku SUKA!

Arwah abah juga pernah bekerja sebagai tukang sapu. Selepas jatuh sakit dan tidak lagi berupaya membuat kerja2 pembinaan (abah dulu kontraktor , berbagai kerja dilakukan untuk menampung kami.

Adakah aku malu? Oh..tidak..aku bangga mak dan abah berjaya mendidik kami berempat. Jasa mereka akan kukenang sampai bila2. Sebab itu aku amat menghargai kerja2 tukang sapu dan pekerja am di mana2 aku pergi.





Note : Selamat Ulang Tahun ke-54 untuk mak, Hamadah Markasan. Jasamu akan sentiasa kukenang. I love you..muahhh

Tuesday, May 25, 2010

Frank Sinatra

Salam,

Just another song by CAKE
Listen if you like
It makes me feels good
For old time sake

W.A.R.D.R.O.B.E

Salam,

Minggu ni kan korang cuti tiga hari, so apa kata kita kemas almari baju kita...nak tak.? Kat sini ada beberapa tips untuk mnegemas almari pakaian kita. Maklumlah, setiap bulan mesti membeli, tak kira baju, tudung, underware, t-shirt dan macam2 lagi sampai almari pun macam nak roboh.

Almari aku ada lebih kurang macam ini la..kena kemas selalu..tengkiu en Google


Ok..takyah citer banyak..kita tengok apakah tips2 itu...


Plan!
Kena setkan gol...bukan gol bola World Cup tau...Check samada almari kita tu boleh menampung pakaian2 yang kita ada...kalau boleh kita plan setiap ruang tu untuk apa so taklah bercampur aduk pakaian di dalam almari tu

Sort!
Asingkan pakaian yang tak boleh dipakai lagi. Dermakan atau jual bundle..janganlah baju saiz XS time sebelum kawen tu korang simpan dengan harapan size skang ble jadi saiz XS lagi..muahaha (kat aku jugak nih!)


Kalau kemas macam ni kan sedap mata memandang..hehe..

Store!
Simpan pakaian yang jarang2 kita pakai tapi akan berguna satu hari nanti (cth macam baju sejuk, baju dinner ke..) Tak payahlah penuhkan almari yang semasa tu dengan pakaian2 ini..

Shoes!
Macam aku yang banyak kasut ni, satu caranya simpan dalam kotak clear, yang see through..so kita tau kasut mana yang ada dalam kotak tu. Jadi taklah berterabur kasut2 yang banyak tu..hehehe (aku kena wat yang ni..sebab kasut aku sudah banyak..huhu)

Sekian saja tips bersama aku petang nih...rajin2lah mengemas ye kawan2!

BUKU

Salam,


Inilah pokok Papyrus yang aku Google di internet


Yang ni contoh buku yg ditulis di atas kulit haiwan


Buku atas Papyrus ni pun Google je



Ceriakah korang hari ini? Aku ceria tapi banyak kerja. Curi2 masa siapkan entry pagi ini. Pagi tadi telah selesai menyusun semula buku-buku di rak RUJUKAN. Banyak betul buku rujukan yang tidak dibaca oleh student dan lecturer. Agaknya diorang dah malas nak membuka lembaran buku sebab lebih senang mencari info di internet.

Tapi bagi aku, buku mempunyai 'sentimental value' yang tersendiri especially kepada pencinta buku seperti aku. Bayangkan, korang memang suka membaca sebelum tidur. Takkan korang nak buka lappy n baring sambil membaca dari lappy? Lenguh la tangan nak pegang. Kalau buku, kan sedap je korang baca sambil baring santai...

Ini ada sedikit info tentang sejarah BUKU yang aku baca daripada sebuah ensiklopedia yang ada di atas rak. Layan la info ni jap..

Buku telah digunakan oleh manusia sejak lebih 5000 tahun dahulu. Waktu tu buku berbentuk lembaran kulit kayu, kepingan tanah liat atau lembaran kulit haiwan.

Tahun 2700SM (sebelum masihi), bangsa Mesir Kuno telah menggunakan kulit papyrus yang banyak tumbuh di pinggir Sungai Nil sebagai medium untuk menulis. Perkataan "PAPER" berasal daripada "PAPYRUS"

Sekitar 300SM, bangsa ROM telah menggunakan kulit haiwan yang lebih kuat dan tahan terhadap iklim untuk menggantikan papyrus. mereka juga mula mencipta jahitan yang menyerupai penjilidan buku.

Itulah sedikit sebanyak info tentang buku. Tak rugi kalau rajin membaca buku.

Monday, May 24, 2010

CAKE


Salam,

Layan lagu petang2 ni
Lagu ni ada sejarahnya
Cake adalah kumpulan kegemaran aku ketika zaman di PUO dulu
Waktu tu kalau keluar ramai2 ngan hubby
Lagu2 Cake mesti ada
Tapi waktu tu xreti lagi download untuk simpan
Kaset Cake pun dah lama hilang
Layan jela..

Kucing dan lelaki itu...

Thanks to Google Image Search

Salam,

Pagi Isnin yang agak busy
Tak sempat lagi berblogwalking
Tengahari nanti je lah.. Just nak share
Pagi tadi on the way ke ofis
Cuaca sangat baik..
Sawah padi sekarang sedang subur menghijau
Baru lagi ditanam (Oh ya..rumah aku dekat ngan sawah padi..
tak termimpi satu hari akan duduk dekat ngan sawah padi..^_^)

Nampak seekor kucing mengejar sebuah motor yang ditunggangi oleh seorang lelaki Kami semua naik hairan
Kenapa kucing tu beria2 mengejar lelaki itu?
Rupa-rupanya lelaki itu membawa "breakfast" untuk si kucing
Mungkin sudah menjadi rutin lelaki itu akan datang waktu pagi

Menyebabkan si kucing sudah kenal pembekal "breakfastnya"
Mulianya hati lelaki itu

Note : Sedangkan kucing pun boleh kenal dan menghargai orang yang membuat baik kepadanya, inikan pula kita manusia yang punya hati dan perasaan. Kadang2 banyak yang boleh dipelajari oleh manusia daripada sang haiwan.. Renung2kan dan selamat beramal! (Eeceeeh.. macam Ustaz Zamri pulak ye..)

Friday, May 21, 2010

Gigihnya aku

Salam,

Setelah berperang ngan code html, aku berjaya menukar background yg aku photoshop sejak kol 12.30 tadi..

Tu je nak bagitau

Hahaha

B.A.D.M.I.N.T.O.N.

Salam pagi Jumaat kawan-kawan!




Eh eh..macam pengacara rancangan kanak-kanak pulak aku pagi ni. Ceria tak korang hari ni? Aku ok je..ceria tu mestilah sebab hari ni last kerja, esok dah start cuti dan boleh balik Penaga. Hari ni Insya Allah perabot kami akan dihantar so hujung minggu sesi mengemas dan menghias akan dijalankan.


Sebenarnya pagi2 ni nak citer sket pasal BADMINTON. Kami di library sekarang ni sedang menjalankan projek 5S ke atas buku2 di atas rak. Waktu shelving (menyusun buku di rak), aku ternampak banyak ensiklopedia yang tak dibaca oleh sesapa pun. Rugi ahhhh so aku la yang baca. Itu yang nak share sikit tentang sejarah badminton.


Badminton bukan berasal dari China atau Indonesia (walaupun diorang power)..juga bukan dari Denmark atau Malaysia. Ia berasal dari India yang waktu itu di bawah jajahan Inggeris. Waktu tu diorang bukan panggil badminton tapi "poona".


Lepas tu orang2 Inggeris ni pun belajarlah main "poona" dan kemudian diperkenalkan kepada masyarakat Inggeris di Eropah. (Kalau dalam wiki, dia kata yang start main "poona" ialah askar2 Inggeris..) Pada tahun 1873, Duke of Beaufort telah menganjurkan perlawanan "poona" di kediamannya di Badminton, Gloucestershire, England yang disertai oleh bekas2 askar yang pernah berkhidmat di India.


Oleh kerana sambutan yang baik daripada masyarakat, ia mudah tersebar ke Amerika, Australia dan Eropah. Perkembangan pesat inilah yang mendorong England menubuhkan IBF (Persekutuan Badminton Antarabangsa pada 5 Julai 1934. IBF kemudiannya dianggap sebagai badan induk pertubuhan badminton sedunia.


Ohhh...rupa2nya "badminton" tu sempena nama tempat permainan "poona" first dijalankan di England. Baru aku tau...korang pun mesti baru tau...Tak pe..lepas ni aku akan tulis pulak pasal pencipta bulu tangkis tu pulak...Bagus betul ensiklopedia ni (dan bagus betul aku sebab rajin baca..hahaha)

Thursday, May 20, 2010

Last

Salam,

Entry bergambar Lost World of Tambun (Last)
Info : Entry Fee Adult RM30, Children RM24
Attire : Swim suit only, T-shirt (acceptable),
no tudung (just scarf like mine @ swim cap),
track bottom (acceptable if light material, no botton @ zip)


Susah woo..time kami datang tu jenuh bertengkar dengan lifeguard
sebab ramai yang pakai seluar panjang dr kain yg berat
dan tudung.
At last dia bagi jugak terjun
so, nak datang kenalah pakaian mandinya appropriate..
tapi tetap enjoy!










Busy Sehariankah Kamu?


Salam,

Selamat pagi...hari ini aku "bersarapan" dengan buku The Secret Life of a Slummy Mummy by Fiona Neill. Bila baca novel ni, terasa geram pulak dengan watak Lucy, ibu kepada tiga orang anak lelaki.


Geram bukannya sebab apa, sebab dia tak pandai nak menguruskan jadual hariannya bersama anak2 dan keluarga. Kadang2 terfikir kenapa ada orang yang selalu kata dia tak sempat menguruskan semua hal dalam masa 24jam.


Kalau nak kira, memang banyak benda yang kena buat dalam sehari tetapi aku rasa kalau kita plan betul2 perjalanan seharian kita, mesti kita boleh buat semua benda.
Macam aku, walau kadang2 tak perfect juga tapi tugasan harian insya allah siap. Apakah tugasan harianku itu?

PAGI

Pagi memang kena iron baju dan kemas bilik dan dapur. Mana2 cawan n pinggan yg digunakan tengahmalam semalam akan aku setelkan di pagi hari. Pastu, sediakan breakfast simple (roti bakar @ roti planta @ biskut Hup Seng cicah teh...Teh adalah WAJIB setiap pagi sebab anak2 minum teh panas). Siapkan beg budak2, siapkan budak2 n mama budak. G KEJE.

7.30pg - 5.30ptg adalah waktuku di ofis. Kerja...kerja...blogging...kerja...kerja...blogging...kerja..kerja..kerja...makan hehehe

PETANG

Balik umah kemas umah -sapu lantai, mop lantai, angkat kain kering, load mesin basuh, kemas dapur,makan ngan anak2 (biasanya makan petang kami tapau je..),mandi, cuci kasut Danish, membebel..membebel..membebel..(sebab diorang suka guna barang tak letak di tempat yang sepatutnya..huh!)


MALAM

Lepas solat, lipat kain, sidai kain yang dah habis basuh, tengok Danial wat keje sekolah, dan bersiap untuk berehat (biasanya rehat aku merangkumi baca novel 2 mukasurat lepas tu tertidur @ teman hubby siapkan paperwork,DO, Invois dan filing)


Oh..ya..aku jarang tengok TV dan baca paper sebab berita semua macam hampeh. Biasa dapat info dari internet atau perbincangan di dalam ofis. Aku kalau ada berita hangat aku tanya je kat member2 yang rajin baca paper (Adamaya pun suruh member sinopsiskan di ofis).


Boring tak harian aku? Tapi yang ini untuk hari2 biasa. Kalau hari luar biasa mungkin aku akan keluar ngan hubby n anak2. Hari2 korang macamana?

Wednesday, May 19, 2010

Minum susu anda jadi kuat dan sihat...

Salam,


Thanks to En Google..for the cute images

Pagi semua! Ceriakah pagi korang hari ni? Aku ceria hari ni...bukan sebab apa2 cuma memang terasa ceria. Korang breakfast apa hari ni? Aku baru je sudah makan dua keping roti kosong ngan teh manjakani HPA. Bolehlah bertahan hingga tengahari nanti.

Ada sesiapa suka minum susu? Aku sangaaaaat suka susu. Sejak aku kecil sampai sudah beranak dua ni, susu adalah minuman kesukaan aku. Sekarang ni Danish mengikut jejak mama dia. Dia pun suka sangat susu. Kat umah mesti ada stok susu kotak Dutch Lady Full Cream. Kadang2 je beli Dutch Lady Strawberry. Tapi kalau ikutkan, semua perisa susu Dutch Lady aku sangat suka.

Korang kalau beli susu atau jus suka beli yang dalam kotak ke yang dalam botol? Aku suka beli yang dalam kotak. Salah satu sebabnya lepas habis minum ble terus buang kotaknya. Kalau dalam botol, tempted untuk menyimpan botol. Huhu..

Bercerita pasal botol, korang tahu tak siapa yang memula membotolkan susu segar? Aiceh..belajar sejarah lah pulak pagi2 ni ya. Orang yang terawal memperkenalkan botol susu ialah Dr Henry Thatcher pada tahun 1884. Sebab beliau berbuat begitu adalah kerana pada suatu hari beliau terlihat seorang penghantar susu (waktu tu hantar dalam baldi dari rumah ke rumah) sedang mengagihkan susu. Tiba2 adalah satu anak patung yang lunyai yang dipegang oleh seorang budak termasuk dalam baldi tu. Kalau spender ke hapa ke yang masuk, tak ke haru?

Bertitik tolak dari peristiwa tu, dia mencipta Thatcher's Common Sense Milk Jar yang dipatenkan pada tahun 1889. Botol2 ni popular sehingga tahun 1950an sehingga kotak2 berpastur mula diperkenalkan.

Kalau tak ada penciptaan barang2 asas seperti ini, bagaimana agaknya susu dipakejkan sekarang ini?

Tuesday, May 18, 2010

LWoT Part 2...

Salam,
Enough with EMO n3...
skang kita layan lagi
Lost World of Tambun Part 2

Antara orang yang paling first terjun dalam Jungle Wave Pool ni ialah Danish & Danial. Sejak dari main entrance dah sibuk tanya bila nak mandi. Sampai kat 'hut' je terus diorang salin seluar pastu lari terjun dalam kolam. Dahsyat anak2 aku nih!

Ni Pon ngan anak dia..sapa2 yang ada anak2 kecik ni memang orang2 terdahulu yang terjun dalam kolam..bukan apa..anak2 dah terlebih excited

Lan ngan Rania pun sama...apa2 hal terjun dulu ya!

Rizal ngan Dini..yang jadi mangsa tu WanBig lah tu..pakcik ni memang gila2 sket otaknya tapi memang geng paling sempoi dan sporting gilez

Nampak tak tu? Hahaha..itu aku tu..nak mencelah gak...panas2 ni masuk dalam kolam tu..wahlawei..sejuk je badan...jom jom

Pesal aku buh gambar Rizal ni banyak sangat? Ishhhh...sudah lebey...

Benti mandi kolam..games dah nak start..budak2 korang mainlah kat pasir tu dulu ek..mak2 n bapak2 nak bersuka ria neh

Mak2 buyung kenalah tolong tengok2kan anak2...diorang takleh join games takut terberanak kat situ plak. Jadilah anak LWoT...hehe

Ni geng aku "Jack Sparrow"...jangan kasi malu sama Jack!

Ni lawan kami kumpulan "Lanun"...kasi kalah sama diorang!

Mendengar arahan dengan kusyuk di bawah panas terik matahari. Pasir tu pun dah panas semacam..huhu

Semua dah tak sabar nak start..

Baling jangan tak baling..acara ni memerlukan kita memindahkan belon berisi air tanpa memecahkannya...macam2 stail ada

Aku dengan berhati2 menangkap belon..hehe...tapi dalam games ni kami seri. Untuk pemutus seri setiap kumpulan mewakilkan 2 orang wakil untuk memindahkan belon tanpa pecah dalam jarak 3 meter..Hahaha.."Jack Sparrow' la menang...

Ini game kedua..gunakan apa saja yang kita ada untuk menjadi rantaian paling panjang...macam2 aksi ada..yang sensor buka baju pun ada...

Akhirnya Jack Sparrow menang dua2 game...ok..lepas ni apa lagi?
MANDI lagi la...

to be continued

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...