Hujung minggu di Kuala Lumpur. Tak ke mana pun cuma menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya di Jalan Ipoh. Lama tak jumpa mak dan bapa saudara di Johor...hari ni jumpa semua saudara-mara. Jumpa juga sepupu-sepupu kecil dan besar yang dah lama tak jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja dan study...tu yg jarang jumpa...
It's You!
Sunday, December 30, 2012
Kenduri
Hujung minggu di Kuala Lumpur. Tak ke mana pun cuma menghadiri majlis kenduri kahwin sepupu saya di Jalan Ipoh. Lama tak jumpa mak dan bapa saudara di Johor...hari ni jumpa semua saudara-mara. Jumpa juga sepupu-sepupu kecil dan besar yang dah lama tak jumpa. Masing-masing sibuk dengan kerja dan study...tu yg jarang jumpa...
Saturday, December 29, 2012
Animals animals
Salam
Cuti ni bawa anak-anak ke Zoo Negara. Awal kami sampai...jam 9 pagi dah beli tiket...puas naik train..jalan sampai sakit kaki hebe....
Friday, December 28, 2012
Verangan Ko Jah V.5
Kalau pi bercuti...ada benda ni...mesti best..
Teringin nak ada
Boleh tangkap..pastu tunjuk kat orang
Boleh tukar ikut kehendakk kita
Kecik molek daripada yang ada di rumah
Besar sikit daripada yang selalu dok guna
Yang pasti...mengancam jiwa..
Eh..eh..
Saya cerita pasal apa ni?
Hehehe....
Saya cerita pasal si dia ni..
Samsung GALAXY Camera!
Napa ntah..
Rasa macam best pulak..
Ala..verangan je pun
Orang tak marah...
Tapi kalau Mr Hubby nak beli untuk hadiah birthday tahun depan
Ok jugak ye...
Boleh Shoot, Enjoy, Edit, Share!
Untuk pengguna tegar Instagram & FB, boleh upload terus je..
Tak perlu la nak cucuk kat pc dulu la apa la..
Wah..wah..saya suka!
Network/Bearer and Wireless Connectivity
- GSM 3G , HSPA-PLUS
- HSPA+21 (850 / 900 / 1,900 / 2,100)
- 802.11a/b/g/n 2.4GHz / 5GHz
- Wi-Fi Direct available
- GAP, SSP, HSP, A2DP, SPP, OPP, AVRCP 1.3, HID
- DLNA, HDMI 1.4 support
- KIES, KIES Air support
Image Sensor
- BSI CMOS
- 1/2.3"
- Approx. 16.3 Mega pixels
Image Stabilization
- Optical Image Stabilisation
OS
- Android 4.1 (Jellybean)
Lens
- f = 4.1 - 86.1mm (35mm film equivalent: 23 - 483mm)
- 2.8 (W) - 5.9 (T)
- 21x Zoom Lens
Display
- HD Super Clear LCD (TFT)
Nota Kaki : Bestnya berangan..nak jadi kenyataan, sila kumpul duit sendiri beli ya...
Jiwa Kacau
Salam Jumaat. Sampai ofis awal. Hari ni jalan berkabus tebal. Rasa kena tukar wiper kereta sebab cermin masih kelabu walaupun dah wipe banyak kali. Huhu...
Bos panggil tadi...query tentang invois2 yang tak sempat dibayar sebelum tarikh dateline yang telah diberi oleh pihak Bendahari. Kami dah pulun buat minggu lepas tapi bos takde nak sign, camno?
Kat rumah baju-baju dah longgok atas katil...tak bubuh dalam beg lagi. Kami kan nak bercuti ke Kuala Lumpur minggu ni..huhu...
Tenanglah hati...kena tarik nafas dalam-dalam dan buat kerja satu-satu. Inshaa Allah, semuanya akan berjalan lancar.
Thursday, December 27, 2012
Cantik
Hal Anak-anak
Sebenarnya tak ada benda best pun nak cerita. Hari berlalu seperti biasa, bangun - gi kerja - balik kerja ...tapi memang tu la lumrahnya...dah bekerja kenalah gi kerja..surirumah pun buat kerja cuma kerjanya di rumah...apa saya melalut ni ntah...
Pagi tadi dah pesan kat Danish dan Danial supaya duduk rumah, balut buku sekolah. Saya minta Mami Yon tolong pantau dan tolong guntingkan pembalut buku. Dulu-dulu, saya yang tolong balut, sekarang ni rasanya kalau tunggu saya buat, tak terbuat la. Balik je dah dikerumun oleh dua orang budak perempuan yang comel itu. "Mama nak tit..Mama dok sini..Mama jom main..Mama buat apa tu?" so...bila la nak mengadap buku-buku tu...
Begitulah bila dah nak buka sekolah. Lepas ni rumah jadi sunyi la bila waktu siang. Tak ada abang-abang yang nak menyakat si kembar dan kurang la tok membebel kat cucu yang tak makan saman. Sekarang ni, Yana suka sangat tidur lewat. Paling awal dia tidur jam 11 lebih, tapi paling lambat hari tu dia tidur jam 3.30 pagi. Dia suruh kita buka tv nak tengok cerita kartun padahal semua orang dah tidur. Macam malam tadi, abah dia siap marah dan matikan tv sebab jam 1 pagi dia tak mau masuk tidur dalam bilik lagi. Menangis-nangis suruh buka tv. Mr Hubby buat hati kering matikan semua lampu dan baringkan dia kat bilik, dia boleh lari keluar pulak. Last-last...mama dia ni la yang kena keluar bagi dia tidur kat hall..bila dah tidur baru bawa masuk dalam bilik. Macamana ye nak bagi dia tidur awal? Susah betul...kakak dia senang sikit nak tidur tapi kalau Yana buat bising, Yani pun sure la bangun. Jadilah kami ni macam beruang panda esok harinya sebab tak cukup tidur..huhuhu...
Wednesday, December 26, 2012
Kisahnya...
Hari ni sebenarnya saya mula bertugas jam 9.30 pagi hingga 6.30 petang. Maklumlah student diploma sedang bercuti seminggu. Student degree ada study week so bilangan student yang masuk ke library sangatlah sedikit, maka library hanya dibuka sehingga jam 6.30 petang sahaja.
Pagi tadi keluar rumah dengan Mr Hubby jam 8 lebih. Kena menyorok-nyorok keluar sebab Yani dah bangun. Asyik panggil "mama mana? nak mama...nak mama" Alahai....nak je pi dekat buaian dan ambil dia tapi kalau buat begitu mesti dia nangis kaw-kaw nanti bila nampak kami keluar naik kereta. Sudahnya, Mr Hubby suruh saya menyorok dalam kereta siap-siap sementara mak saya dukung Yani tengok Tok Ibu dia menyapu daun kering di kebun kecil seberang rumah kami. Nasib baik dia tak nampak saya.
Sampai di Permatang Pauh lebih kurang jam 8.45 pagi terus singgah ke sekolah Danish dan Danial membeli buku-buku tulis dan buku-buku kerja mereka. Beli juga sorang sepasang baju sukan dan lain-lain benda kecil. Ok...settle sudah buku-buku diorang. Tadi singgah di Kedai Buku di dalam UiTM beli pembalut buku untuk tugas-tugas membalut buku. Minggu ni juga nak siapkan iron baju-baju sekolah sebelum berangkat ke Kuala Lumpur untuk bercuti..last minute punya cuti.
Actually ada kenduri kahwin sepupu saya. Alang-alang dah berjalan, ingat nak bawa anak-anak berjalan. Sambil tu, boleh melawat adik, adik ipar dan saudara-mara di sana.
Ni pulak cerita Jumaat lepas. Alkisahnya, Danish dan Danial tak pernah lagi ke stadium menyaksikan perlawanan bola sepak. Kerana kesiankan anak-anak yang tengah kemaruk main bola (pagi dan petang) Mr Hubby membawa mereka menyaksikan perlawanan bola sepak antara Pulau Pinang vs Kelantan di Stadium Bandaraya Penang. Seronoknya diorang...siap call mama di rumah bagitau nampak Apek. Hehehe...Danial siap cakap kat abah dia "Danial heran la...kalau tengok bola kat rumah mesti Danial tido tapi tengok kat sini boleh pulak tengok sampai habis.." Koh koh...dah tu? Takkan nak tido time orang jerit-jerit tu? Danial...Danial....
Pesta Pulau Pinang
Nak hujung tahun ni, makin miss nak membuat entri untuk blog saya ni. Bukan apa, macam2 nak kena buat, macam2 nak kena fikir sebelum 2012 mengundur diri. Lagipun, bila dah sibuk, jadi malas nak update blog tapi BW tetap dijalankan secara curi-curi. Huhuhu...
Semalam petang, kami sekeluarga pergi ke Pesta Pulau Pinang. Mr Hubby kata jom kita gi..rasanya tak ramai orang dah kat pesta. Sekali tu pergi, hah kau! Orang punya ramai nak jalan pun susah. Parking pun takde..so Mr Hubby call member dia yang duduk dekat ngan tapak pesta, tolong hantar dia balik ke Pesta. Dia pi parking kereta kat rumah member dia. Kami bawa stroller, mana tau si Yani & Yana nak duduk. Sekali tu nampak belon la...mainan la...tak mau duduk la pulak. Sekejap je nak duduk. Adoi la...tension juga berjalan semalam.
Sebelum ke tapak pesta, kami makan di Hammer Bay, dekat ngan Queensbay. Makanan lambat, tak panas dan tak berapa sedap tapi sebab dah tunggu lama, makan je la. Dulu makan kat situ sedap banget tapi sekarang dah takde kualiti, mungkin mengejar kuantiti dari kualiti kot sebab di situ ada 3 kedai makan berlainan, ikut kita nak makan kat kedai sapa. Mungkin kalau kami p, kami pi kedai yang lagi dua pulak sebab view cantik..boleh nampak jambatan, Pulau Jerejak dan kapal terbang lalu lintas...hehehe..
Ada kejadian tidak diingini berlaku malam tadi di situ. Akibat kelalaian, saluran paip gas memasak tu tercabut dan api menyambar seorang budak kecil. Nasib baik budak tu sempat lari dan maknya selamatkan dia. Bila tengok balik, anak tuan punya kedai rupanya. Rasanya budak tu tertarik paip gas tu..dan pastinya..klip keselamatan pada paip tu tak dipasang sempurna dan keadaan saluran paip gas tu yang terkeluar dari bawah meja menjadi sebab. Aduila...nasib baik tak jadi apa...
Nota kaki : Kecuaian membawa padah. Keletihan membawa rebah. Motif...tuan punya blog rasa sakit-sakit kaki berjalan meredah manusia semalam
Monday, December 24, 2012
Hari ini
Pagi tadi ada program "Sepagi Bersama Ustaz Don Daniyal" di Laman Perdana UiTM Pulau Pinang. Dari pagi tadi ada di Laman Perdana mendengar ceramah/nasihat ringkas Ustaz Don. Seronok mendengar beliau berceloteh di atas pentas. Sampai jam 12 tengahari tak terasa penat dan mengantuk. Memang terbaik. Nanti cerita ye.
Mood CUTI. Ramai yang bercuti...kampus jadi sunyi..jalan raya pun lengang pagi tadi. Dalam library setakat ini pun ada la nampak seorang dua pelajar. Sekarang student sedang bercuti seminggu. Yang tinggal cuma student Degree, itupun tak ramai...ada yang balik untuk study week.
Tuan punya blog rasa kurang sihat. Hidung ni tersumbat sejak hari Sabtu. Dah gi klinik Sabtu lepas ketika outing. Doktor kata resdung. Dia takkan baik cuma kena pastikan persekitaran kita ok. Pertukaran cuaca juga boleh sebabkan resdung kita teruk.
Nah..saya tempek gambar minggu lepas...waktu sedang sibuk membuat kerja di ofis, tak sedar keadaan selipar saya. Hehehe..maklumlah nak cepat...main sarung je...
Saturday, December 22, 2012
Outing
Salam
Hari ni outing dengan my heroes bertiga tu. Cadang nak membeli kelengkapan sekolah mereka. Sambil tu ambil masa ni untuk bawa mereka jalan-jalan sebelum masuk sekolah. Maklumlah hujung tahun ni tak bawa diorang ke mana-mana. Ok la nanti cerita lagi.
Nota kaki : Si kembar terpaksa ditinggalkan dengan Tok Madah, Tok Nani & Tok Ibu sebab takut diorang letih buat perangai menunggu abang-abang shopping.
Friday, December 21, 2012
11 Tahun
Thursday, December 20, 2012
Congrats!
Pagi ni ada sambutan Hari Kualiti UiTMPP 2012 di Dewan Besar. Kami akan meraikan kesemua penerima Anugerah Cemerlang dan pelbagai Anugerah lagi. Tahniah buat semua penerima!
Wednesday, December 19, 2012
Susu Ibu
Sebagai seorang ibu yang masih lagi menyusukan anak-anak, saya rasa terpanggil untuk berkongsi info ini dengan ibu-ibu yang lain. Sebelum ni, saya hanya menyusukan Danish dan Danial tak sampai 8 bulan. Danial sudah mula minum susu formula sejak berumur 6 bulan, ketika itu saya baru saja mendapat kerja di UiTM. Oleh kerana terpaksa menghantar Danial ke rumah pengasuh, saya dah beri dia susu formula. Danish pula sebab dia tak mahu menyusu sangat so stop bila umur 8 bulan.
Ketika mengandungkan si kembar, saya mula mendapat banyak info tentang susu ibu, tentang kebaikannya, tentang bagaimana kita hendak menggalakkan pengeluaran susu untuk bayi. Saya juga mengambil langkah-langkah untuk belajar bagaimana caranya untuk menyusukan bayi kembar sekaligus sekiranya memerlukan. Saya juga buat survey tentang suplemen-suplemen yang boleh membantu pengeluaran susu yang maksimum. Hasilnya, sehingga kini, sudah setahun sepuluh bulan saya menyusukan si kembar dan kena pandai pula menyusukan mereka secara serentak.
Adakah susu ibu boleh tercemar?
Susu ibu kalau tercemar pun sangat minima.
Maknanya dalam susu ibu ada antiviral, antifungal dan antibakteria yang akan melawan viral, bakteria dan fungal dari luar. Even susu ibu kalau dibiarkan tidak bertutup pun, boleh bertahan lama..
Ubat-ubat yang boleh menyebabkan susu tercemar?
Dr. Norashikin menyatakan bahawa ubatan dalam kemoterapi sahaja boleh memberi kesan kepada susu ibu.. ubatan yang lain tidak memberi kesan kepada susu ibu. Ini kerana setiap apa yang dimakan untuk ibu akan ditapis sebelum disalurkan kepada susu ibu. So, kalau demam, selesema, takde masalah untuk ambil ubat-ubatan.
Payudara adalah steril
payudara adalah tempat paling steril. Disebabkan itu semua ibu digalakkan untuk menyusu secara terus dari payudara setaip kali bersama bayi. Ini kerana, ‘askar-askar’ dalam susu ibu aktif jika keluar dari payudara.. so askar-askar itu akan memberi pertahanan kepada sistem tubuh bayi.
Ini berbeza bila susu yang disimpan. Askar2 tersebut akan tidur dalam suhu yang rendah, bila dipanaskan, mereka perlu berlawan dengan bakteria2 yang telah muncul dalam susu ibu. Namun begitu bakteria itu tidaklah memberi kesan kepada bayi kerana askar2 dalam susu ibu sedang berperang dengan bakteria tersebut
Susu ibu basi?
Susu ibu tidak akan basi. Susu ibu tidak akan bertukar jadi keju.
Susu ibu hanya akan tercemar jika semasa memerah ibu tidak mencuci tangan dengan sempurna, bekas yang digunakan adalah tercemar. maka, tercemarlah susu tersebut.
Susu ibu pelbagai rasa..
Susu ibu mempunyai rasa yang berbeza-beza. Ia mengikut menu ibu pada hari tersebut. Kalau ibu makan durian, baby pun akan merasa susu durian,. kalau ibu makan petai, susu pun akan berperisa petai.
Sebenarnya itulah uniknya susu ibu, kerana bayi yang menyusu susu ibu telah bersedia dengan pelbagai rasa sebelum memulakan solid food. Maka bayi yang menyusu selalunya tidak memilih makan sebab dari baby lagi telah diperkenalkan dengan pelbagai perisa.
Susu ibu boleh bertukar warna
Betul! Ikut apa yang ibu makan. Kalau hari tu ibu banyak makan sayur hijau. warna susu pun berwarna kehijauan gitu.
Macam-macam La...
Hari ni saya bertugas di kaunter sehingga 10 malam lagi. Sepatutnya saya bertugas shif semalam, tetapi memandangkan semalam baru nak ambil sang kancil a.k.a minicooper saya di bengkel jadi saya minta tukar dengan rakan setugas.
Kerana sayangkan si kancil dan memandangkan saya amat memerlukan khidmatnya, saya telah berhabis duit gaji untuk memperbaikinya. Adui la....nampaknya sang kancil la yang merasa duit bonus bulan ni. Takpela...yang nak naik pun nanti saya juga. Demi mencari rezeki buat tambahan belanja di rumah.
Pagi tadi waktu mandikan sang kancil, baru perasan, roadtax dah tamat tempoh semalam. Alamak...camna ni....maklumlah...dah lama sang kancil ada kat bengkel, baru tadi perasan. Mmmm..melayang lagi untuk sang kancil. tapi..tadi saya bawa je sang kancil sebab kalau tak, sapa nak hantar saya. Esok, saya tumpang en husband ler..hehehe..
Nota kaki : Itu je nak cerita. Tengok buku belambak kat atas troli...rasa pening kepala plak....bila nak tarik bawa naik dan susun di atas rak, tetiba member yang jaga sudut IT minta saya ganti dia jap sebab ada hal. Terpaksa la saya naik ke tingkat 2. Sementara tunggu dia, susun la sikit buku2 yang ada di atas troli sambil terkejar2 ke kaunter IT bila ada student nak Log In @ Log Out. Nampaknya, kerja malam ni terpaksa menyusun buku di tingkat atas (tempat yang mistik tu..huhu)
Tuesday, December 18, 2012
Anak Itu Anugerah
Sedikit perkongsian buat rakan-rakan dan peringatan buat diri saya juga. Maafla..minggu ni sangat sibuk dengan kerja. Nak berblogging pun terpaksa dihadkan. BW tetap saya lakukan. Saya copy paste sedikit info yang saya baca di dalam Facebook.
Ini juga sebenarnya perkongsian akibat terbaca berita di dada akhbar tentang seorang kanak-kanak berusia 2 tahun yang mati akibat didera oleh teman lelaki ibunya. Kalau ulas, mesti penuh dengan emosi dan rasa geram. Ada juga manusia seperti ini di dunia kita ini. Kalau tak mau, janganlah diambil anak itu dari rumah neneknya. Tak pasal-pasal melayang nyawa seorang insan kecil yang tak berdosa.
"Ya Allah, kau jauhkanlah anak-anakku daripada perkara yang memudaratkan dan jauhkanlah aku dan suamiku daripada sifat baran yang memudaratkan kami"
Renungan bersama...
1) Jangan pukul anak dari lutut keatas
2) Jangan gunakan tangan/anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali mena
3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak
...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”
4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).
5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)
6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)
7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).
8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkaratermasuklah berbuat silap.
9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga,pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).
10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah tuan/puan mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.
11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)
12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.
13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.
14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).
15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.
16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.
17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.
18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.
19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,
20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.
21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.
22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.
“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”
Kalau Ada ...
Monday, December 17, 2012
Set your priorities
The professor then produced two Beers from under the table and poured the entire contents into the jar
If you spend all your time and energy on the small stuff you will never have room for the things that are important to you. Pay attention to the things that are critical to your happiness. Spend time with your children. Spend time with your parents. Visit with grandparents. Take your spouse out to dinner. Play another 18. There will always be time to clean the house and mow the lawn.
Nota kaki : Saya berazam untuk meluangkan lebih masa dengan anak-anak. Saya nak cuba jadi pendengar yang setia kepada mereka, walaupun hanya bebelan comel mereka. Saya nak cuba jadi lebih sabar menangani karenah mereka dan sentiasa berfikiran positif. In shaa Allah, moga Allah mempermudahkan perjalanan saya.
Melayan
Uiii..dah tengahari baru dapat update blog. Minggu ni adalah minggu sibuk bagi saya. Banyak invois-invois yang perlu dilangsaikan dokumentasinya sebelum dihantar ke pihak Bendahari. Bendahari pun dah hantar emel last penerimaan invois2 ini ialah 24hb Disember. Minggu ni pulak bos semua tak ada di Penang, semua g Shah Alam atas urusan kerja. Camno tu? Sapa nak sain semua dokumen ni? Last-last saya buat keputusan, minggu ni saya settlekan dulu bahagian kerja saya, lepas tu bagi bos sain hari Isnin tu..lepas tu terus hantar ke Bendahari. Harap-harap sempat la...
Semalam lepas gi makan nasi kenduri, bawa anak-anak ke Carrefour. Bukan nak membeli apa pun, gaji pun tak masuk lagi...so kami just bawa diorang berempat main games di Carrefour tu. Si Yani dan Yana memang tak boleh tengok mainan yang gerak2 tu, mesti kena naik dua tiga kali sebelum balik. Jadinya, sebab dah lama juga tak bawa diorang, semalam kami bagi diorang main puas-puas. Si abang tu saja je gatal nak main, padahal kat rumah dah puas main PS2 dan PSP.
Lepas gi Carrefour, kami gi Kedai Wahab di Seberang Jaya. MIL nak belanja cucu dia baju sekolah. Kami pilih baju untuk abang Danish je sebab baju uniform pengawas memang kena beli di Kedai Wahab sahaja. Pihak sekolah berbuat demikian supaya warna uniform seragam bagi semua pengawas. Danial rasanya tak beli baju sekolah sebab baju kemeja sekolah tahun lepas ada dua helai lagi yang tak pernah pakai...masih bau kedai lagi. Minggu ni kami akan bawa diorang beli seluar sekolah, stoking, kasut dan peralatan sekolah pulak. Minggu ni pun baru sibuk nak membalut buku-buku teks..hehe..
Oklah...itu je cerita semalam. Saya tinggalkan blog dengan beberapa gambar gelagat si kembar dan abangnya. Bila duduk di rumah, kerja saya hanya melayan si kembar saja. Nak buat kerja lain pun tak boleh, diorang asyik panggil duduk main je. Nak tak nak, kena la melayan, bukan selalu pun...waktu saya cuti la diorang mula nak manja-manja dan mengada-ngada hahahaha..
Sunday, December 16, 2012
Entry gambar
Salam
Ini kerja anak dara saya bangun pagi-pagi...nak masak roti dan air kopi untuk saya. Hehe...sweet sangat!
Nota kaki : Hari ni nak pi kenduri kawin sedara mara. Makan nasi kenduri ari ni...daaaa
Saturday, December 15, 2012
Macam-macam
Salam
Bola punya pasal...sampai mengamuk rosakkan barang di dalam rumah. Lagi satu sebab dia minum sampai mabuk. Dahsyat betul penangan bola ni. Oleh itu...kalau minat apa benda pun, janganlah sampai fanatik sangat. Nilah jadinya...huhuhu.
Nota kaki: Duduk rumah, rileks, layan anak-anak, makan bihun sup tulang yang mak masak. Sodapnya..haha...selamat berhujung minggu!
Friday, December 14, 2012
Great Place
Hujan la pulak malam ni. Bila hujan, maknanya tak adalah student yang nak datang ke library malam ni. Lebat juga hujannya, siap dengan guruh dan kilat. Kalau saya jadi student, dah lama saya bungkus diri atas katil sambil baca novel kesukaan saya. Esok kan cuti...mesti tak ada kelas. Boleh la rileks sikit. Hehehe..itu kalau saya jadi student.
Zaman jadi student dah lama saya tinggalkan. Dah hampir 17 tahun dah tinggalkan alam assignment. Sekarang ni masih di alam buku tetapi alam yang ni begitu mengasyikkan bagi saya. Bila disuruh berangan ni memang semua orang suka. Bila hujan begini, hanya satu yang saya selalu bayangkan...dapat membaca buku di pelbagai situasi. Cuba pilih, situasi mana yang korang paling suka...