It's You!

Tuesday, December 4, 2012

Safi tu Skinz

Salam,

Sekarang ni, kulit muka saya sudah menjadi kering. Mungkin faktor usia juga yang menyebabkan kulit muka pun menjadi semakin kering. Dulu, kulit saya lebih kepada normal/berminyak di bahagian T-Zone tapi sekarang semakin kering hingga nampak kulit kering dan mengelupas. Adui la...

Sebelum ni saya pakai pencuci muka jenama Safi dengan Sari Mentimun untuk menyegar dan melembab tu. Pakai yang tu selalunya kulit muka ok je tapi beberapa bulan ni kulit jadi kering pulak. Lepas tu bila pencuci muka dah habis, saya guna mak saya punya pencuci muka,  Safi Rania Gold. Pun tak sesuai dengan muka saya. Lagi kering kat tepi mulut dan dahi.

Dulu, pencuci muka Safi ni yang saya guna, murah dan berkesan


Waktu bercuti di rumah SIL di Putrajaya Deepavali yang baru lepas ni, saya telah menggunakan pencuci muka milik SIL. Sekali pakai, kulit jadi lembut dan tak tegang. Rasa macam, wah...tak kering dah muka lepas cuci. Apa lagi, terus belek jenama apa..rupa-rupanya jenama SKINZ Infinite yang model dia Nurul tu. Serius, pakai sekali dah rasa lembab kulit muka.


Sekarang, dah tukar kepada yang ini pula. Best!

So, minggu lepas waktu jalan-jalan di Tesco, saya sambar satu pencuci muka Skinz Infinite HydraClean Cleansing Cream. Formula bebas sabun yang tidak mengeringkan kulit wajah kita. Sekarang, lepas mandi je, rasa kulit muka lembut dan alhamdulillah kering di muka sudah berkurangan.

Lepas ni nak cuba SKINZ Infinite NightFix Replenishing Cream pula. Sebab apa night cream dulu? Kenapa tak day moisturizer? Sebabnya, kan malam waktu yang paling bagus untuk kulit muka memperbaharui sel kulit so nak cuba adakah produk ni memberi kesan yang optimum untuk pemakainya. Lagipun, sekarang saya menggunakan Olay Natural White Lotion. Dah lama guna dan rasa serasi dengan muka so takmau la tukar lagi.

Nanti, nak try yang ini pula..


Bila dah jumpa jenis yang sesuai dengan wajah, rasa malas nak tukar lagi. Tukar pun bila kulit wajah mula berubah keadaan disebabkan usia. Bagi saya, produk mahal tidak menjanjikan hasil yang berkesan. Ia bergantung kepada kesesuaian kulit wajah kita kepada sesuatu produk tu. Kadang-kadang, saya cuma cuci muka dengan sabun mandi/shower cream je...toyoh je dengan tuala basah...hehehe..jangan ikut cara saya kalau korang memang menitikberatkan kecantikan kulit ya...Selain produk, saya yakin pemakanan dan cara hidup kita juga memainkan peranan penting dalam menjaga kecantikan. Korang macamana pula ya?

Nota kaki : Tapi kan sebenarnya, Safi & SKINZ adalah keluaran syarikat yang sama iaitu WIPRO-UNZA. Jika begitu, tak salah lah kulit saya memilih jenama...balik-balik dia pergi ke kaum kerabat dia juga. Mungkin saya sesuai dengan produk keluaran mereka kot..hehe

9 comments:

  1. x payah pakai toner ek? sy ni tonyoh segala mak nenek, tapi x jugak cantik....kekeke....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Saya tak reti pakai toner bagai...cuma yang basic je...

      Delete
  2. betul ckp you...
    harga yg mahal lum tentu sesuai...
    kena tengok pada kulit muka kita kan....

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kan....dulu pernah guna jenama mahal tp xsesuai ngan kulit saya...last last guna yg biasa je hehe

      Delete
  3. Nak try la :) tengah plan nak tukar skincare product..

    ReplyDelete
  4. Dulu sya pun pakai safi mentimun ni kniedaz.ok jgk.pastu pakai biore merah skrg paki eversoft ja..sya main hentam ja pakai.huhu.tak tau kulit ni jenis yg mna.he..tapi seminggu sekli selalu buat masker telur putih tu..hasilnya memang kulit tegang dn licin.cuma kna tahan bau dia ja la.hehe..:D

    ReplyDelete
  5. tak berapa sesuai dgn safi. tak tahu nak guna apa sebenarnya. hehehe...

    ReplyDelete
  6. Try safi manggis. Rasa kulit bersih n moist je. Moisturizer I guna organic aid. If nak keluar, I tepek je bedak. Heee...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Btol2...safi manggis mmg best...kulit jdi moist...bersih..segar

      Delete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...