It's You!

Wednesday, October 31, 2012

Beraya di Bandar Part 2

Salam,

Beraya di bandar ni ada pro dan kontranya juga ya. Yang bestnya nak ke satu-satu destinasi pada musim raya ni takla jam. Cepat je sampai ke tempat yang dituju. Naik kereta pun tak kalut-kalut. Yang kalutnya, penghuni dalam kereta tu. Biasalah si Yani dan Yana ni...bukan boleh duduk diam. Sekejap ke depan sekejap ke belakang. Sekejap nangis..sekejap ketawa...adoila..pengsan kami.

Yang tak bestnya, bangun-bangun pagi raya tu, sunyi sepi je. Kalau kat rumah di kampung, siap pasang tv kuat-kuat bagi dengar takbir raya. Kat jalan, motor dan kereta lalu-lalang. Kat Putrajaya ni sunyi sepi je. Pagi tu dengar kami kelentung-kelentang kat dapur je. Yang lain samada tak bangun lagikah atau memang tiada di rumah. Hehe...

Pagi raya tu, kaum lelaki yang terdiri daripada hubby, adik-adik ipar dan dua hero saya pergi sembahyang hari raya di Masjid Besi a.k.a Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin. Sementara diorang gi sembahyang kami yang perempuan siapkan juadah raya dan siapkan si kembar tu. Pagi tu biasalah, ada lemang, ketupat sikit, rendang ayam dan nasi putih. Saya buat sayur buncis tumis ngan tempe, ayam kicap dan ayam goreng. Gambar tak sempat nak ambil sebab kalut dengan si kembar tu..hehe..

Hubby kata seronok sembahyang di Masjid Besi. Ramai juga orang tapi dia kata sakit mata tengok mat indon gi sembahyang pakai seluar ketat, baju pop-up color dan rambut trojan. Dia kata lagi kalau kat Penang tak pernah la jumpa kalau jumpa mesti kena "haria". Saya kata biarlah...janji nak juga datang sembahyang di masjid. Banyak orang banyak ragam kan?

Bersiap nak berjalan-jalan

Sebelum tu abah tolong ambil gambar Yana dulu. Senyum Yana....

Dua budak nakal ni...hehehe

Kami start beraya ke rumah sepupu hubby kat Cheras. Waktu tu pun dah pukul 11 lebih. Seronok juga berjalan ke sana. Dari Cheras, kami ke Taman Datuk Senu pulak rumah mak saudara saya belah arwah abah. Kat sana jumpa dengan mak saudara saya dan sepupu yang duduk di Jalan Imbi. Mereka memang dah plan nak berkumpul di Sentul pagi raya tu. Bila dah berjumpa, macam-macamlah yang disembangkan. Makanan pulak jangan cakaplah. Perut dah makin ketat sebab makan macam-macam. Jangan tanya pasal gambar sebab saya tak sempat nak ambil gambar. Kena kepung dengan Yani dan Yana je. 

Lepas tu, baru kami gerak ke AU5 rumah mak mertua adik saya. Adik saya masih lagi tinggal di rumah mertua walaupun dah beli rumah sendiri sebab anak-anaknya yang dua orang tu mak mertua yang tolong jaga so dia tak pindah lagi ke rumah sendiri. Rumah sendiri pun tak jauh, kat Kemensah Villa belakang Zoo Negara tu je. Kami lepak rumah mak mertua adik sampai lepas maghrib sebab tunggu husband adik selesai gotong-royong korban kat surau depan rumah diorang.

Anak-anak dara saya ni pantang tengok kolam mandi, mesti nak mandi. Waktu ni pun dah petang, bagi je dia mandi kat depan rumah mak mertua adik.

Malam Jumaat dan Sabtu kami bermalam di Kemensah Villa, rumah adik perempuan saya. Adik ipar yang kat Putrajaya pun berkampung di sini. Kalau kami turun ke KL, kami memang akan berkumpul di rumah adik. Senang nak pi berjalan ramai-ramai, sekali jalan je. Hari Sabtu tu kami masak kari kepala ikan mamak style. Yang masak Mami Yon la..sepupu hubby. Kami amik dia kat rumah abang dia kat Cheras semalam. Sedap...makan bertambah kami semua. 

Selebih hari tu, kami cuma lepak-lepak adik-beradik sambil sembang-sembang dan layan anak-anak. Ahad tengahari kami akan gerak balik ke Putrajaya semula. Malam sabtu, hubby dan adik-adik bawa hero-hero saya pergi main bowling kat Ampang Point. Saya duduk di rumah jaga si kembar. Bila ada anak kecil ni, kenalah korban sikit. Tak boleh dah nak ikut keluar malam2 sangat sebab takut si kembar ni mengamuk nak tidur pulak. Rindu juga nak keluar ngan hubby berdua-duaan tapi kena tunggu kembar ni besar dulu lah gamaknya.

Menu hari Sabtu...sedap!

Next entry pengalamn gi i-City pertama kali. Pertama kali buat saya dan hubby tapi anak-anak dah pergi banyak kali. Cuti sekolah diorang selalu jugak duduk Putrajaya so berjalan sakan adalah satu kemestian sebab husband adik ipar saya tu guru sekolah. Wajiblah cuti sekolah dia pun cuti hehehe.

Nota kaki : Sebenarnya, beraya kat mana-mana pun best juga asalkan pengisiannya tu memberi makna kepada kita. Dia jadi tak best sebab takde orang tersayang di sisi kita. Kalau macam saya kali ni, walaupun beraya di bandar, tetapi dikelilingi ahli keluarga so tak terasa la sangat ketidak seronokkan beraya di bandar tu. Yang penting kita happy...ye tak?


Sandy

Salam,

Pagi-pagi kita cerita pasal cuaca pulak lah ye. Kat sini semalam petang hujan lebat ngan angin ribut sekali. Waktu tu dalam jam 4 petang lebih. Memang gelap giler kat luar. Bayangkan, sampai khemah gerai jual cendol dan kuih-muih kat pintu belakang UiTM tu boleh terbang. Takut betul. Kesian kat peniaga-peniaga tu. Mesti rugi banyak, dengan peralatan rosak dan barang niaga pun mestilah terbang melayang.

Gambar khemah terbang kat belakang kampus. Ehsan Muhammad Ismail, member ofis yang nak beli cucuq petang tu tapi dapat gambar je.


Cerita pulak pasal Hurricane Sandy. Ia adalah taufan terbesar yang pernah direkodkan dan melanda Selatan Atlantic City, New Jersey.  Direkodkan angin yang bertiup adalah selaju  90 mph (150 kph) yang membawa ribut yang sangat kuat di pesisir pantai. Mengikut berita, 12 kematian di United States telah direkodkan dan ini tidak termasuk 80 nyawa lagi yang melayang ketika Hurricane Sandy tiba di Caribbean sebelum ini. 

Takutkan...alhamdulillah kat Malaysia ni takde lagi taufan macam Sandy ni. Setakat banjir pun dah huru-hara so bersyukurlah kita berada di Malaysia.

Beberapa gambar yang saya ambil dari http://www.theatlantic.com/infocus/2012/10/hurricane-sandy-after-landfall/100396/ untuk tatapan kita bersama. Untuk gambar-gambar yang lebih banyak, silalah ke url tersebut.


Teksi-teksi yang ditenggelami air di Hoboken, New Jersey. Lepas ni, kira lupus je la kan.

Gambar satelit Hurricane Sandy pada jam 2.42 pagi, 28 Oktober 2012. Subhanallah.

Dahsyat kan?

Hurricane Sandy, pictured at (10:40 a.m. Eastern) on October 29, 2012 by NASA's GOES satellite, churns off the east coast in the Atlantic Ocean.



Bandar Manhattan berada di dalam kegelapan sebab bekalan elektrik terputus. Dianggarkan 3.1 juta penduduk berada di dalam kegelapan penangan Sandy ni.





Salam,


Tuesday, October 30, 2012

Cerita Raya di Putrajaya

Salam,

Meh la kita bercerita tentang beraya di bandar. Raya Haji je buleh beraya di bandar ni...kalau raya Aidilfitri beraya di bandar, mau menangis juga..huhu..

Kami sampai di Putrajaya pada pagi Khamis jam 3.40 pagi. Sepanjang perjalanan, trafik menghala ke selatan dari Penang, ok je tapi yang menghala ke utara sudah mula bertali arus. Walaupun begitu, husband saya memandu dengan kadar kelajuan yang so-so je sebab takmaula terlampau laju, bukan nak ke mana pun. Dua kali juga kami berhenti di RnR sebab hubby tak tahan mengantuk. Saya punya style, bila kereta berhenti, mata cerah tapi bila kereta jalan, mulalah tersengguk-sengguk. Sedar-sedar dah masuk Guthrie dan sedar lagi sekali dah sampai Putrajaya.

Anak-anak bergelimpangan tidur sesampainya di Putrajaya..letih la tu..dalam kereta tak boleh tidur selesa. 

Dari Penang, kami siap bawa semua bahan untuk memasak rendang dan kari kepala ikan mamak style. Kami memang dah rancang nak masak apa dari rumah. Kesian kat adik dan adik ipar yang sibuk bekerja. Mesti tak sempat nak membeli-belah barang yang kami nak guna. Lagipun takut tak jumpa rempah yang selalu kami guna. Haha..lawakkan kami ni. 

Tapi itu semua kerja hubby, sepupu hubby si Mami Yon dan mak. Saya ikutkan je. Hubby siap beli ikan Nyok-nyok dan temenung fresh bawa ke Putrajaya. Maklumlah, rumah kami di Penaga, Penang dekat dengan jeti bot nelayan. Setakat ikan temenung (kembung) tu hari-hari makan yang fresh so bila datang ke rumah adik-adik ni biasanya kami akan beli ikan untuk diorang. Hubby cari udang tapi laut mati waktu kami nak bertolak..udang takde la pulak.

Malam Khamis tu cadangnya nak bawa anak-anak ke i-City tapi hujan punyalah lebat. Kami takut sampai di i-City nanti hujan pulak so kami jalan-jalan kat Alamanda je. Bawa budak-budak main games dan beli buku cerita. Saya pun dapat satu hehehe...50 Shades of Grey...yippie...MPH buat sale le pulak..harus sambar sesuatu. Anak-anak pun memang suka buku-buku ni.

Dua budak kecik yang memang hantu naik benda2 ni..selagi tak dapat naik, selagi tu dia bunyi so untuk mengelakkan semua orang tension dengar diorang nangis, kami bawa diorang main puas-puas.

Tengok si Yani ni...macam la budak besar ... nak juga ikut Acu dan abang-abang dia lumba kereta. Tu sederet tu kami saja yang duduk main...orang Putrajaya dah balik kampung kot..hehehe

Yang penting saya dapat novel ni. Dah lama baca review dia...memang teringin nak beli lama dah. Saya beli paperback saja, murah sikit. Lepas diskaun dapat RM25.52 tapi sampai hari ni tak sentuh lagi. Buku yang hari tu start baca pun belum habis. Kena tunggu turn la dulu.

Balik dari Alamanda cari tempat makan semuanya tutup. At last, kami makan area Bangi satu kedai satay ni tapi servis sangatlah lembab dan kedai pun tak berapa nak bersih. Lepas makan kami terus balik. Esok nak bangun awal, masak rendang pulak...hehe...

To be continued..


Energy Saving dan Julia

Salam,

Wah...setelah bercuti lama, hari ni saya baru saja mula bekerja. Mood kerja pun lari-lari lagi hehehe..jenuh mengejar. Awal-awal tadi pulak, ada perhimpunan bulanan so kerja pun tak jalan lagi.

Hari ni perhimpunan bulanan bercerita pasal energy saving. Bunyinya macam remeh je tapi bila disertakan dengan data-data dan contoh-contoh yang ada di depan mata, baru lah terfikir...ye tak ye la..tak susah pun caranya iaitu padamkan suis lampu/penghawa dingin/peralatan yang kita tak guna sebelum melangkah keluar dari bilik.


Sekarang ni tengah gila tengok cerita Julia kat TV3 jam 7 petang tu. Suka sangat tengok cerita tu...fast pace. Bukan saja saya yang tengok cerita tu, mak, hubby, anak2 pun tengok. Yana dan Yani pulak suka nyanyi lagu Cukup..cukup sudah tu..hehehe..


Cerita pasal beraya di bandar nanti saya tulis. Nak selesaikan kerja dulu. Tangguh-tangguh nanti, jadi makin banyak tak terkejar pulak.




Monday, October 29, 2012

Pictures of the Day

Salam,

Gambar-gambar menarik binatang yang mencuit hati kita.
Have a peak guys!

Gambar ini ditangkap oleh seorang jurugambar di Nakuru National Park di Kenya. Tengok la betapa santainya singa-singa ni melepak atas pokok. 

Beruang ni namanya Medo. Dia tengah bermain dengan anjing peliharaan di perkampungan Podvrh di Slovenia. Comel je kan. Nampak macam bear-bear mainan pun ada juga.

Alololo....comel je kan. Nama chimpanzee ni Do Do. Dia tengah bagi minum anak harimau berusia 60 hari bernama Aorn. Tengok...binatang pun tau berkasih sayang.

Comel tak kucing ni. Macam Red Riding Hood plak saya tengok..hehehe

Agak-agak korang, kucing ni makan tak tikus comel tu? Kalau makan pun mesti dia tak kenyang..hehehe...

Last sekali, monyet macaque di Indonesia ni merampas kamera jurukamera ini dan menangkap gambarnya sendiri tau..tengok..tengok..monyet pun pandai cam whoring tau...hehe







Sunday, October 28, 2012

Man Knowledge


Salam,
Something to share with my fellow blogger friends.

Knowledge No.1

If you forget someone’s name, use this little trick to learn it again but making it appear you didn’t forget it.
Say, “Excuse me, I forgot your name.”
They respond with ,”Bill” or “Judy” or whatever.
You then say, “I meant your last name.”
Bam. You now have their first and last name, but it looks like you really remembered their first name.

Knowledge No. 2

Carry emergency cash in your wallet. Fold in half a hundred, fifty, or two twenties and hide it in one of the unused pockets of your wallet. Don’t spend it.

Knowledge No. 3

Crumpled newspaper and water will clean your windows streak-free

Knowledge No. 4

The difference between “Cute” and “Creepy” is divided by a thin line. The key is whether or not she is interested in you. If you write her a love song and she doesn’t like you, creepy. If you giver a dozen red roses when she is interested in you, cute.
More of it at artofmanliness.com/
All pictures by Mr Google

Saturday, October 27, 2012

Book Review - A Little Princess

Salam,

Book Title : A Little Princess
Author : Frances Hodgson Burnett
Publisher : Aladdin Classics



A story of a young wealthy daughter of a Captain Crewe in India whom being sent to London. There, she lived a luxurious life not like any other children. Even though she were rich, she was a kind, smart and most imaginative girl that ever lived until her father died leaving her nothing but shabbiness after he lost all his money in diamond mining (or he thought so).

For her to live in the boarding school, she have to do all sorts of jobs and being scolded endlessly to satisfied  the evil heart of Miss Minchin, the school owner. In the attic, she befriend with a fellow maid Becky.

Her life was in turmoil until a gentleman from India moved into the next house giving much surprised to her hard life. To make it sweeter, the gentleman next door was her father's best friend who was looking for her after his father's death to hand over her money that was thought lost.


This book is originated written in 1905. Very entertaining and becoming an all time favourite book to be read all over the world. I love the book so much. I actually cried when Sara was starving but gave all her buns except one to a girl beggar. She's a little girl with a heart of a princess with good spirit and kindness. You will loved her if you read this book.

A nice book to read when you have the time. 10/10

Friday, October 26, 2012

Indahnya Dunia

Salam,

Saya suka melihat gambar-gambar yang cantik, terutama gambar-gambar hutan, angkasa lepas, dan pemandangan.

Nak kongsi beberapa gambar yang sangat cantik. Kalau nak tengok lagi banyak gambar cantik, masuk website ini. Saya suka masuk website Twisted Shifter ni.

Subhanallah...cantik kan? Ni adalah gambar tasik air masin terbesar di dunia yang terletak di Bolivia. Ia dikenali sebagai  Salar de Uyuni. Nak tau lebih lanjut sila ke Twisted Shifter.

Yang ni perkampungan Gasadalur di Kepulauan Faroe. Berada di antara Laut Norway dan Lautan Atlantik Utara dan berada di dalam jajahan negara Denmark. 

Gambar kesukaan saya sepanjang zaman. Bertuahnya Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor Al Masrie bin Sheikh Mustapha dapat melihat bumi dari angkasa lepas. Terasa betapa kerdilnya kita kan. 



Perjalanan Kami

Salam, Semalam bertolak jam 10.30 malam.Lewat sikit sebab baru sempat kemas beg baju. Si kembar dah bising2 dalam kereta. Nasib baik bila kereta jalan je diorang dapat ditenangkan. Tidur sepanjang jalan ke Putrajaya. Kereta ke selatan tak banyak. Banyak lori je tapi jalan ke utara dah mulai sesak. Kenderaan x putus2. Sekarang hubby bawa kereta malam pun cepat ngantuk. Banyak kali juga berenti sebab mengantuk. Sampai Putrajaya jam 3.30 pagi lebih kurang. Esok pagi raya baru nak masak rendang ayam. Tdi mak tunang mami bagi lemang dua batang. Tok ibu ada kirim ketupat sikit. Ingat masak malam tadi tapi letih. Kami bawa budak2 gi Alamanda. Mulanya nak g i-city tapi hujan lebat pulak. Takpela...hari lain pulak la. Hehe oklah..esok nak bangun awal. Nak masak lepas tu nak ziarah sanak saudara. Nanti kita jumpa lagi ya. Selamat hri raya Aidiladha semua.

Thursday, October 25, 2012

Raya, Bandar, Anak-anak & Keluarga

Salam Khamis,

Hari ni saya bercuti. Berada di Putrajaya dan Kuala Lumpur ke rumah adik ipar dan adik. Raya haji ni saja bawa mak jalan-jalan ke rumah saudara-mara di Kuala Lumpur. Raya Aidilfitri yang lepas tak balik kampung so tak dapatlah jumpa dengan adik kedua saya yang tinggal di Keramat so wajiblah ke rumahnya.

Sekali la bawa anak-anak berjalan. Peperiksaan akhir tahun pun sudah berakhir so bolehlah bergembira sedikit bagi mereka.

Nanti saya post lagi entry beraya di bandar ni. Sementara tu, jom jamu mata dengan gambar2 random yang ada di dalam handphone saya ni. Kekadang suka ambil gambar tapi terperuk je dalam handphone sebab malas nak transfer ke dalam pc. Hehe...

Selamat bercuti Hari Raya Aidiladha buat semua rakan bloggerku!

Ni gambar hari Sabtu..Yana ikut abah, tok madah, Cik Aca dan Nenek Dot ke Market Kepala Batas. Balik bawa balik set memasak yang baru. Abah dia kata dah pandai nak pilih mainan sendiri tapi biasala big boss yang beli so pilihan abah dia la tu. Sweet sangat siap ada pisau 3..hahaha


Ni gambar hari Ahad..Acu keluar shopping pastu balik bawa CoolBlog..Yana yang perabis. Tak bagi kat sesapa pun...dia sedut sorang-sorang tu...


Ni menu sarapan hujung minggu kami. Buat nasi goreng je pastu ada nasi impit makan dengan kuah kacang berdaging dan ada karipap giant yang Nenek Dot beli kat Market Kepala Batas.

Ni gambar tiga dara pingitan. Yang sorang lagi tu anak BFF saya, Dd. Kami jarang jumpa tapi dah berkawan sejak zaman di PUO lagi..love you Dd!

Tengok anak dara ni. Dapat duit simpan dalam baju. Nampak sapa2 buat la ni..huhu..macam nenek-nenek pulak dah saya tengok huhuhu....





Wednesday, October 24, 2012

Why I Hate Reading Maps

Salam,

A poem to share with you


Why I Hate Reading Maps



I have unrolled a map
onto my kitchen table
and put one finger
where you are and
another where I am.

The space between
is only inches. That close,
I could feel you breathing.
I could reach out and
run my fingers through
every strand of your hair,
touch your lips and
barely need to move.

In the corner of the map
there is a guide for judging scale:
every inch a hundred miles
full of roads and rivers and trees,
the guide a sharp reminder
that you are where you are
and I am where I am,
inches apart.

This poem © Gabriel Gadfly. Published Apr 23, 2011

This is an auto publish entry..by now, we are already on the road to Putrajaya ^_^

Resepi Daging Yang Best

Salam,

Mula-mula tadi macam nak tulis sajak
Tapi rasa macam...eiii..lama tak menulis sajak
Dulu masa sekolah rajin la menulis sajak
Sajak cinta...hahahaha

Esok saya dah mula bercuti
Macamana dengan geng yang lain?
Mesti ada yang balik kampung kan

Tahun ni saya beraya di bandar
Hehehe...tak pernah dibuat orang kan?
Orang sibuk2 nak balik kampung
Saya dan family nak ke bandar pulak

Nak ke rumah adik sebenarnya
Lama tak jumpa
Cuti lama-lama macam ni, baru lah boleh berjumpa

Dah fikir menu apa untuk hari raya?
Kami macam biasala...ingat nak buat rendang daging kesukaan



ihsan google


Dah fikir pulak resepi-resepi yang bakal dibuat untuk daging2 korban yang bakal memenuhi peti ais korang?
Kena fikir tu...
Kalau ramai yang buat korban kat kawasan kita, maka banyaklah juga stok daging korban yang ada
Saya suka buat sup, goreng berempah, buat rendang dan buat kari daging
Korang pulak macamana?
Kalau malas sangat, boleh je jenguk blogger masak-memasak kita
Diorang mesti ada banyak resepi yang boleh dikongsi
Hehehe

Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua
Yang mana nak travel, berhati-hati di jalan raya

Pisau oh Pisau

Salam Rabu,

Apalah...
Pagi-pagi cerita pasal pisau pulak ye?
Ala...kan pisau ni peralatan paling penting kat dapur kita
Pagi-pagi saya suka surf internet untuk refreshkan otak
Maklumlah..kejap lagi dah sibuk dengan kerja
Kadang-kadang jumpa benda yang lucu
Kadang-kadang jumpa artikel berinformasi
Kadang-kadang cuma nak tengok gambar2 pemandangan yang cantik2 je
Nah la..share dengan korang semua
Saya pun dapat ilmu baru pagi ni
Lepas ni, tau la serba sedikit pasal pisau..kenapa bentuk dia macam ni..apa fungsi dia
                                      
                                       (✿◠‿◠)



Tapi sebenarnya kan, kat rumah saya pun cuma ada satu dua jenis je pisau yang serbaguna. Yang itu la potong sayur, potong bawang, pesiang ikan, ayam. Sebabnya rasa selesa dengan yang ada. Korang pulak macamana ye?

Tuesday, October 23, 2012

Gelagat Si Manja

Salam,

Petang-petang ni tak tau nak tulis apa. Sekarang ni, banyak pulak kerja yang saya kena buat. Banyak buku-buku Kuala Lumpur Book Fair yang lepas dah sampai. Kenalah proses dan check invoice. Kalau buku-buku engineering dan kimia, cepat je nak settlekan tapi bila sampai buku-buku hotel dan novel, mesti sangkut sebab saya suka belek2 dulu. Hehehe...

Lepas tu, office mate saya baru je bersalin minggu lepas. Saya perlu tanggung tugas dia juaga tapi mujurlah buku-buku fakulti di bawah jagaannya dah banyak sampai. Saya cuma perlu terima dan proses buku-buku yang tak sampai lagi je. Biasanya buku-buku ni sampai tak sama waktu. Kadang banyak, kadang sikit tapi waktu dia sampai berkotak2, berpeluh juga nak proses.

Opps...melalut pasal kerja pulak dah. Sebenarnya nak kongsi gambar2 si kembar saya ni. Kedua-duanya makin bijak. Dah pandai menyusun 2-3 patah perkataan menjadi ayat. Si adik makin ligat menari, menyanyi dan kuat "bebai"nya. Pandai bergaduh, pandai main sama-sama. Malam semalam orang nak tidur diorang main kejar-kejar dari hujung ruang tamu ke hujung ruang tamu. Gelak sakan. Kita takut dia jatuh terhantuk dinding sebab lari sana sini. Haiiii....

Ni waktu malam...si kakak rajin pulak nak tolong bubuh bedak kat adik. Adik pulak merelakan je dirinya dibedakkan tapi last-last si adik gelak sebab geli. Hehehe...

Ni pulak pagi2. Kakak selalu bangun awal. Hari tu saya dah bukakan baju dia nak bagi mandi, lepastu dia nampak adik tidur lagi dalam buai. Tu tengah dodoikan adik la tu...


Pagi-pagi hujung minggu kat Channel 615 Astro, ada marathon Upin Ipin dan Boboiboy. Lepas mandi mesti terpacak depan tv. Tu rambut tu siap saya sanggulkan cantik2...kalau tak sampai tak nampak mata...

Gambar kat Gurney. Saja berhenti tepi padang kota baru sambil makan McDonalds yang hubby tapau sambil merasa angin sepoi2 bahasa bertiup tepi laut. Si Yani terlebih rajin buang samapah...sampai funfries dan mainan pun dia nak masukkan dalam tong sampah tu..


Apa ntah dua beradik ni sembangkan. Hehehe....lain kali kita jalan2 lagi ya sayang ^_^

Malam Berinai

Salam Selasa,

Cerita malam hujung minggu. Bila Mami (sepupu hubby yang tolong mak saya jagakan twins) tumbuk daun inai nak bubuh kat kaki dia.

Tiba-tiba datang si kecil ni hulur kaki dia.

"Kakak nak pakai inai juga ke?"
"Nak...atai inai"
"Duduk diam-diam tau. Mami bubuh"

Boleh dia duduk diam sampai Mami siap bubuh kat dua ibu jari kaki dia. Lepas tu, siap duduk keras 15 minit sebab takut inai tu jatuh.

Tapi lepas tu, dia dah tak tahan dah. Dia mana boleh duduk diam. Berjalan sana sini sampai tercabut inai. Jadi, inai dia taklah merah tapi kuning je..hehehe

Yani...Yani...nakal la kamu ni!

Duduk diam-diam naaa...Mami nak bubuh ni


Hehehe...dia duduk keras tang tu jugak..


Time ni dah tak larat duduk dah..nak bangun sudahhh...Yana takmau bubuh inai tapi dia sibuk tengok kaki kakak dia..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...