It's You!

Saturday, October 20, 2012

Felt Craft is My Love

Salam,

Hujung minggu selain daripada merehatkan diri di rumah dan bersantai dengan anak-anak adalah masa untuk saya perah otak sikit-sikit.

Biasanya benda yang saya fikir adalah benda-benda ringan je. Tak kuasa nak fikir benda-benda yang berat. Kadang-kadang tengok ada orang tu bila tengok berita kat televisyen pun ble marah-marah. Orang ni tak betul la, orang ni salah la, itu la ini la...sakit telinga dengar. Kan boleh just dengar berita, absorb the infos dan buat analisa sendiri dalam kepala. Tak suka bising2 la..itu cara saya la...

Saya tengah nak siapkan projek Felt Craft saya. Nak buat item baru untuk jualan secara suka-suka. Maksud suka-suka saya ialah kawan-kawan tempah dan saya buat ikut kemampuan saya dengan hati yang tenang je. Boleh gitu? Lagipun saya buat craft ni di waktu terluang saya iaitu lepas waktu kerja sebelum ambil Danish dari sekolah dan waktu rehat tengahari atau waktu pagi sebelum jam 8 pagi. (Saya selalu datang awal ke pejabat ^_^)

Ingat nak buat Car Charm dan bantal hiasan dalam kereta tu. Bantal tu tak start lagi tapi car charm tu saya dah mula buat. Nak cari lagi banyak idea untuk perbaiki skil berkraf saya. Hehe..

Belum siap lagi car charm saya. Ok tak?


Jomlah ke Jari untuk tengok hasil kraf saya yang tak seberapa. Hehe..kalau ada komen membina, sila-silalah komen ya.

Happy holidays!

2 comments:

  1. hehehe...sama la kita sis
    saya pun pelik orang tgok berita marah2
    relaks sudah la kan? :-)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...