It's You!
Thursday, February 28, 2013
The Wolf Is Coming!
Gulai ke Kari?
Petang-petang ni nampak cuaca mendung pulak. Dah start hujan nampaknya. Kalau hujan ni best cerita pasal apa? Mestilah pasal makan.
Kalau duduk Penang, mestilah kena makan gulai. Orang Johor panggil masak kari. Kat sini gulai dia guna halba campur. Dulu saya tak reti makan gulai yang ada halba campur sebab bila ceduk kuah mesti ada halba. Kalau tergigit mesti rasa pelik je. Kalau MIL masak gulai, dia bubuh berlambak halba campur so mesti terceduk juga halba tu.
Kalau masak gulai ayam, rasanya tak bubuh kot halba campur. Cuma kalau masak gulai ikan je. Kalau makan kat luar, gulai ikan yang paling saya suka ialah di Restoran Pen Mutiara. Kalau gi situ tak makan gulai dia tak sah..tu kalau saya la. Ada dua cawangan PenMutiara, satu di Batu Maung dan satu lagi di Taman Selat, Bagan. Selain kari kepala ikan, ada macam-macam menu lain yang sedap. (tiba-tiba rasa lapar tahap gaban)
Tapi sekarang, kalau nak masak kat rumah pun ok jugak. Mummy Yon pun pandai masak kari ikan mamak stail. Kurang santan, lebih rempah...sedap yum yum jugak. Sebelum Mummy Yon kahwin dan pindah duduk Kuala Lumpur, saya nak belajar buat kari mamak style ni. Rugi woo tak belajar...
Ok bai.
Kisah Semalam
Semalam petang, ketika mengambil Danial dari sekolah, ada satu kemalangan berlaku. Bukan kes langgar ke apa. Pak cik tu nak seberang longkang dekat ngan area sekolah. Kira jalan short cut la. Dia naik skuter, tiba-tiba mungkin dia terpulas minyak maka dia jatuh.
Saya cepat-cepat bawa Danial dekat..konon nak tolong. Kesian pakcik tu terketar-ketar. Mungkin dia terkejut. Belum sempat tolong, ada abang sorang ni berhentikan kereta dan tolong. Rupa-rupanya, pakcik ni bawa cucu kot dalam 3-4 tahun sebab tia-tiba pakcik tu terjun dalam longkang balik. Cucu dia ada dalam longkang. Time tu saya pulak rasa menggigil dan meremang, harap-harap budak kecik tu tak apa-apa.
Ramai yang tolong, saya tolong tengok je sebab dah ramai. Budak tu pun mungkin terkejut so lepas diorang angkat dia naik dia speechless sekejap. Tak lama lepas tu baru dia nangis. Tengok badan tak luka apa tapi saya tetiba jadi sebak. Macam nak nangis pulak tengok pakcik tu dan cucu dia. Pakcik tu dukung cucu dia untuk tenangkan dia. Saya harap, ada antara mereka yang bawa mereka berdua ke klinik untuk check-up.
Satu lagi yang saya rasa terharu ialah bila tengok ramai yang datang membantu. Memang ramai juga yang tolong tengok tapi itu sudah lumrah kalau ada kejadian seperti itu. Saya juga jadi sebak dan bangga tengok seorang budak lelaki yang sanggup campak beg dia untuk tolong adik kecil tu. Lepas solat maghrib saya siap berdoa untuk mereka berdua sampai menangis pulak. OOhhh...sensitif sungguh saya ni...
Ni cerita lain pulak. Sejak Isnin sampai Rabu, saya tak jumpa Mr Hubby. Bukan dia tak balik rumah, tapi sebab dia kerja shif malam, balik pagi sampai rumah jam 8 pagi atau 9 pagi. Saya keluar rumah jam 6.30 pagi. Bila saya sampai rumah jam 7 malam, Mr Hubby dah lama keluar pi kerja, jam 5.30 petang dia dah pi so mana nak jumpanya? Sampai Danish boleh tanya, "Mama, abah ni pergi kerja tak balik ke?" hehehe..lawak je..padahal kami tukar shif kat rumah. Semalam dia pergi kerja lambat sikit so balik rumah dia still ada kat rumah. Yang lawak dia suruh kami buat "yeay yeay...abah balik!" ramai-ramai. Hari ni takpe..dia dah start cuti so pagi tadi saya cuma bawa Danish je ke sekolah. Petang nanti, Mr Hubby pulak hantar Danial. Nak buat macamana...dah cari rezeki, redha je la.
Nah saya hidangkan sekeping gambar yang cantik dan sepotong ayat/zikir untuk tatapan dan amalan korang buat pembakar semangat untuk kerja hari Khamis yang indah ni. Daaaa!
Wednesday, February 27, 2013
Misi Iqra'
Salam,
Sedikit gambar ketika membuat lawatan susulan Misi Iqra' Bahagian Library tempoh hari. Alhamdulillah, kedatangan kami disambut mesra dan mereka masih lagi mengingati kami. Bila tengok wajah-wajah polos anak-anak ini terasa sejuk hati kami. Mereka sungguh sopan santun dan menghargai kedatangan kami.
Apabila diajak berbual, ada yang malu-malu ada juga yang ceria bercerita. Saya pula seorang yang sukar untuk memulakan perbualan tapi bila lama-lama, ok la juga. Kebanyakan mereka mengatakan seronok duduk di situ, mungkin sebab ramai kawan dan keperluan asas dan pembelajaran teratur, maka mereka sudah terbiasa.
Rumah anak-anak yatim yang kami lawati ini selalu menerima kunjungan ipta, ipts dan badan-badan lain yang rajin menghulurkan bantuan baik dari segi wang ringgit, barangan atau keringat peluh. Semoga apa yang kami lakukan diberkati oleh Allah, insya Allah.
The Impossible
Tuesday, February 26, 2013
Belum Masanya
Wahhh....
Rokok Elektronik
Monday, February 25, 2013
Oink Oink dan Kebun
A Little Gift
Kalau Danish gi mana-mana tanpa mama, mesti dia akan belikan mama sesuatu. Selalunya dia akan belikan mama keychain sebab dia suka kumpul keychain dan biasanya keychain tak la mahal sangat. Sesuailah dengan bajet seorang budak berumur 10 tahun.
Semalam BIL, mummy, Danish, Danial dan seorang kawan BIL pergi ke Autocity Juru. Kat sana malam-malam ada bazar yang jual baju-baju, barang perhiasan dan lain-lain. Saja jalan-jalan kat sana. Tu yang belikan keychain kat mama dia ni. Lepas berjalan kat Autocity, diorang pi makan char koew tiau kat Sungai Dua. Saya tak ikut sebab tengokkan si kembar ni..lagipun mr hubby kerja shif malam so tak best kalau pi dia takde.
Terima kasih Danish sebab belikan mama keychain comel ni. Mama tengah fikir nak letak kat mana la agaknya...hehehe
Saturday, February 23, 2013
The Bambam Girl
Salam
Bila cuti hujung minggu ni...duduk di rumah dengan anak-anak dan mr hubby. Sekarang ni makin seronok melayan i kembar sebab dah makin petah bercakap.
Semalam petang BIL dan yang lain-lain bawa Yani dan Yana ke RnR Pantai Bersih. Saja bawa diorang tepi pantai dan tengok orang main layang-layang. Mula-mula balik kerja tu nak singgah sama tapi sakit kepala pula so terus balik rumah dulu..mandi dan baring.
Diorang balik je Yani dan Yana tak perasan saya dah balik sebab saya ada dalam bilik. Bila diorang masuk bilik je..riuh tunjuk mainan yang dibeli.
Mama : Tadi kakak pergi mana?
Yani : Tadi kakak pi pantai
Mama : Tengok apa kat pantai?
Yani : Tengok layang-layang..tengok menan (mainan)
Mama : Kakak pi ngan sapa?
Yani : Acu...tok ibu..tok madah...adik..
Mama : Pi pantai naik apa?
Yani : Naik van
Mama : Best tak?
Yani : Best!
Hari lain pulak
Mama : Sapa bgi kakak pandai cakap?
Yani : Allah...
Banyak perkataan yang dia belajar. Dia dah boleh bagitau umur dia berapa...dan tanya soalan-soalan basic dan jawab soalan-soalan ringkas. Dia belajar melalui ulangan...bila kita cakap sekali dua, dia akan ulang dan ingat.
Nanti kita cerita tentang Yana pulavdi usia 2 tahun. Daaa!
Friday, February 22, 2013
Apakah Ini?
Petikan yang saya dapat dari Facebook. Apa pendapat kawan-kawan?
Ibu bapa sekarang tak sama dengan ibu bapa zaman dulu. Kalau dulu, bila cikgu rotan atau pukul anak di sekolah, ibu bapa akan tambah rotan dan pukul anak di rumah. Alasannya mudah, mereka malu sebab perangai anak di sekolah tak semenggah. Bila kena dua kali, terus kita tak mau buat benda tu lagi, ingat sampai bila-bila.
Ibu bapa sekarang sangat manjakan anak. Jentik atau marah sikit dah nak melatah. Padahal kesalahan tu kadang-kala memang berpunca daripada anak-anak. Saya tak kata semua, ada juga ibu bapa yang mengambil pendekatan seperti ibu bapa zaman dahulu. Ada juga cikgu yang memang panas baran tetapi kalau ikut pendapat saya ni, sebagai ibu bapa kita kenalah bertanggungjawab kepada anak-anak kita. Kalau boleh, siasat la dulu kalau anak-anak mengadu kena rotan ke apa di sekolah, jangan cepat melenting. Bincang baik-baik walaupun salah anak kita. Insya Allah ada penyelesaiannya.
Jauh Perjalanan Kami Hari Ni
Selamat pagi Jumaat teman-teman sekalian. Amboi...bunyinya macam pembuka bicara rancangan kanak-kanak pulak ye. Hari ni saya mengikuti rombongan staf library ke lawatan susulan ke dua rumah anak-anak yatim di bawah Program Misi Iqra' Perpustakaan UiTM Pulau Pinang. Program tahunan perpustakaan ini merupakan salah satu cara kami menyumbangkan bakti, keringat dan wang ringgit kepada anak-anak yatim di sekitar kampus.
Sudah tiga tahun kami menjalankan program khidmat masyarakat ini. Kali pertama kami ke Rumah Anak-anak Yatim Abu Nur di Pengkalan Hulu, Kedah. Lepas tu kami ke Pertubuhan BELA Didik Anak Yatim Islam di Kulim dan tahun lepas kami ke Rumah Gemilang, di Sik Kedah. Lawatan hari ini adalah bertujuan untuk memantau perkembangan mereka dan bertanya khabar serta menyampaikan sedikit sumbangan. Tahun ni kami masih lagi mencari rumah-rumah anak yatim lain yang memerlukan bantuan.
Misi Iqra' ni sepadan dengan namanya, motif utama adalah untuk membina perpustakaan mini di tempat mereka. Sesuai dengan bahagian kami, perpustakaan so kami memberikan sumbangan dalam bentuk yang kami rasakan kami ada kepakaran. Harapan kami, sedikit sebanyak sumbangan kami ini dapat membantu pembelajaran mereka.
Kalau melawat mereka, mesti rasa tersentuh. Bayangkan anak-anak yang masih kecil terpaksa tinggal tanpa ibu bapa. Ada juga yang dihantar oleh ibu atau bapa kerana kesempitan wang. Waktu tu mesti teringat anak-anak di rumah. Apa agaknya akan terjadi kalau kita tiada? Insya Allah program Misi Iqra' akan datang, saya berhasrat untuk membawa Danish dan Danial untuk sama-sama membantu mana yang patut dan memberikan mereka pendedahan tentang kehidupan orang lain yang kurang bernasib baik. Balik nanti saya akan kongsikan sedikit sebanyak gambar-gambar di sana ya.
Rasulullah saw. bersabda, “Barangsiapa meletakkan tangannya di atas kepala anak yatim dengan penuh kasih sayang, maka untuk setiap helai rambut yang disentuhnya akan memperoleh satu pahala, dan barangsiapa berbuat baik terhadap anak yatim, dia akan bersamaku di Jannah seperti dua jari ini.” Ketika mensabdakan hadits ini Rasulullah saw. berisyarat dengan jari telunjuk dan jari tengahnya
Thursday, February 21, 2013
Ayer Hitam - We Are Coming!
Lupa pulak nak cerita. Kisah balik kampung tempoh hari. Kalau balik kampung, tak sah kalau tak singgah Ayer Hitam, Johor, walaupun untuk jalan-jalan. Kami pergi Ayer Hitam dua kali. Kali pertama, selepas balik kenduri tapi waktu tu hujan so tak dapatlah nak turun jalan. Kali kedua sebelum balik. Kami balik lalu tol Ayer Hitam so memang wajiblah singgah.
Apa yang kami beli di Ayer Hitam kali ni...kami beli keladi, pisang tanduk dan bear-bear untuk Yani dan Yana. Mereka berdua memang tak pernah sampai lagi so bila lalu je nampak banyak anak patung dan permainan, mereka siap lompat-lompat dalam kereta nak keluar. Memang sah-sah kena beli sesuatu untuk mereka kalau tak mengamuk la. Itu pun Yani dah nangis dah sebab kami lambat belikan dia anak patung. Kami belikan Boboiboy dan Yaya untuk mereka berdua. Masuk kereta terus peluk anak patung masing-masing dan tidur sepanjang jalan sampai KL.
Okla...layan gambar je la. Hehehe....
Dia dan Gadget
Zaman sekarang ni, anak-anak walau sekecil mana pun dia, pasti dah tau pasal gadget. Tak kiralah handphone, ipad, psp. ps2, komputer, laptop dan lain-lain. Pandai pulak nak slide kalau smartphone.
Yani dan Yana pun apa kurangnya. Ketika baru berumur beberapa bulan pun dah kalut nak capai laptop kalau kita buka dekat dengan dia. Sekarang ni, jangan cakaplah, malam je suruh buka lagu bas la, gambar bulan la, mickey mouse la. Saya pun jenis suka download lagu2 simple dan zikir buh dalam handphone sebab senang tak payah la browse internet tiap-tiap kali diorang nak dengar lagu.
Yang abang-abang mereka pulak tak usah cakaplah. Sekejap-sekejap, "Mama..boleh online tak? Boleh buka FB tak? Boleh main game tak?". Selalunya saya bagi bila kerja sekolah dah siap dan perangai baik so dapatlah upah. Kalau time tak dengar kata, jawapannya selalunya "TAK BOLEH!" Diktator sikit la..hehehe...
Anak-anak korang macamana pula ya? Mesti ada yang macam anak-anak saya. Kadang tu kena gak berkeras tak bagi sebab tak mau biasakan mereka terlalu pulun dengan gadget je tapi tak boleh salahkan mereka juga sebab mak abah acu mummy semua hantu gadget!
Demi Matahari
Subhanallah...ciptaan Allah yang tiada taranya. Saya suka buka laman web NASA sebab suka tengok gambar-gambar yang diambil oleh satelit-satelit mereka di atas sana. Pagi ni, saya tengok gambar matahari dan sunspot yang dikesan terjadi di permukaan matahari pada 19-20 Februari. Ketika melihat kejadian-kejadian alam sebegini, saya sering muhasabah diri, betapa kerdilnya kita di sisiNya. Kadang-kadang kita melatah jika nikmat yang ada ditarik sebentar sedangkan itu salah satu cara Dia mengingatkan kita tentang kealpaan kita.
Wednesday, February 20, 2013
Kelaparan...
Musim Hujan Petang
Salam
Gambar di bawah saya ambil di depan rumah semalam. Waktu tu jam 7 petang...saya baru sampai di rumah dari tempat kerja. Sepanjang jalan nak masuk taman dah gelap. Nampak awan mendung yang sangat cantik tapi menggerunkan. Nak amik gambar xboleh sebab tengah drive. Huhu...
Musim hujan petang sekarang di Penang. Kadang-kadang tu hujan lebat sungguh sampai xnampak apa. Tapi selalunya hujan lebat tu srkejap je dalam satu jam lepas tu berhenti. Yang takutnya bila ada angin kuat. Rasa seram campur excited tengok pokok meliuk-liuk ditiup angin kuat.
Subhanallah....
Tuesday, February 19, 2013
Ubat Gigi
Petang ni kita santai-santai je ya. Meh kita kongsi petua sikit. Saya kongsikan apa yang saya baca di internet seperti selalu. Kali ni kita kongsi tentang ubat gigi. Selain untuk menggosok gigi supaya gigi bersih dan segar sentiasa, ubat gigi juga ada kegunaan lain.
1. Menghilangkan kesan krayon di dinding.
Bubuh sedikit di atas kain kemudian gosok perlahan-lahan di tempat yang diconteng oleh tangan-tangan
Picasso kecil di rumah tu. Lepas tu bilas dengan air.
Cara lain, guna hair dryer untuk panaskan krayon tu..bila cair je terus skrap dengan pisau, lepas tu lap
dengan kain lembab. Kalau tak hilang juga, buat paste baking soda tambah sikit air dan gosok ke tempat
yang kena krayon tu, lepas tu bilas. Kalau tak keluar jugak, pi kedai cat beli cat baru, revamp je dinding
tu. hehehe
2. Menghilangkan bau bawang di tangan
Maklumlah, semalam gi rewang umah Wak Nan kena kupas bawang merah dan putih sebesen besar,
makanya tangan pun bau bawang je. Jalan malam-malam pontianak pun takmo dekat. Cara nak
hilangkannya, ambil sedolop ubat gigi dan lumur ke tangan. Lepas tu basuh tangan bersih-bersih. Bersinar-
sinar you tangan i!
Ok..yang ni petua lain pulak ya. Takde kena mengena dengan ubat gigi. Kadang-kadang pakaian yang
kita pakai akan melekat ke badan sebab statik kan. Lebih-lebih lagi bila dalam aircond. Asyik melekat kat
kaki je. Ada petua untuk menghilangkan statik tu. Caranya pinkan safety pin di bawah lipatan kain
atau baju yang kita pakai. Insya Allah, baju kita tak melekat di badan lagi.
Orang Kuat Majlis
Minggu ni banyak entri tentang birthday party ye. Jangan bosan pulak. Huhuhu...3 dah lepas, tinggal lagi seorang je yang belum sambut birthday, Muhammad Danial Syahmi lambat lagi, bulan Julai nanti. Nasib baik waktu buat majlis minggu lepas Danial tak buat muka malah dia rajin sangat tolong saya ke kedai. Dia tolong beli ais, tolong tiup belon, tolong sapu anjung rumah, tolong gantung belon. Banyak juga yang dia tolong. Lagi satu, yang paling penting, dia tolong jemput kawan-kawan.
Hari Sabtu pagi tu Danish ada kelas Korikulum so dia tak sempat nak jemput kawan-kawan dia. Danial la yang bangun awal pagi, mandi dan pergi bermain dengan kawan-kawan. Sambil main, dia pun jemput sekali semua kawan-kawan yang ada. Sejak pi mengaji di rumah ustaz dalam taman kami ni, Danish dan Danial dapatlah ramai kawan. Sebelum ni, diorang tak ada kawan dalam taman perumahan kami sebab diorang bersekolah di daerah lain dan bila balik rumah dah petang/malam so takde masa nak cari kawan.
Sejak mengaji di situ, ramailah kawan mengaji dan kawan bermain bola yang mereka dapat. Tak la bosan sangat diorang kalau cuti hujung minggu. Tapi bila dah ada kawan, mama dia pulak jadi geram sebab kadang-kadang diorang ni panggil main tak kira masa, tengahari pun nak ajak main. Biasanya saya bagi main waktu pagi atau petang je.
Eh melalut panjang pulak. Insya Allah bulan Julai nanti boleh la buat majlis untuk Danial pulak tapi rasanya bulan Julai tu dah bulan puasa so tengoklah macamana nak buat nanti. Boleh juga kan buat majlis buka puasa untuk mereka kan? Hehehe...