It's You!

Showing posts with label my princess. Show all posts
Showing posts with label my princess. Show all posts

Saturday, November 29, 2014

Rindu

Salam,

Kisahnya...
Si dia ni ada bantal busuk
Dia panggil "bantal kemek"
Berjalan jauh mesti bawa
Naik kereta mesti bawa
P rumah pengasuh pun bawa

Nak jadi cerita
Semalam bantal kemek tu
Tertinggal di rumah pengasuh
Malam nak tidur...Dia cari
"Mana bantal kemek adik?"
"Adik tinggal rumah Tok kot"
Dia diam...baring...ambil bantal lain

Ingat dah ok...
Tapi...ada ayat last
"Adik rindu la kat bantal kemek adik"
Alololo...ciannya dia .....

P/s : Malam boleh tidur lena...so ok la tu..

Tuesday, April 22, 2014

Siapakah Mahramku? & Yana

Salam,

Hari selasa dimulakan dengan ceramah fiqh wanita yang bertajuk "Siapakah Mahramku". Nanti saya share apa yang saya dapat daripada ceramah ini.

Nak cerita.sikit pasal Yana. 3 tahun sekarang dah pandai kancing butang baju. Tak mau orang tolong...nak buat sendiri. Comel je pulak tengok dia usaha sungguh-sungguh nak kancing baju. Bila dah letih...baru suruh mama tolong bubuh. Comel...hehe

Monday, March 31, 2014

BBW & Hujung Minggu

Salam,

Banyak betul entri yang tertunggak. Konon-konon nak menulis tapi bila dah buat kerja mesti lupa. Sayang nak tinggalkan blog kosong. Kawan-kawan datang ke blog mestilah nak membaca entri baru bukan entri dua tiga hari yang lepas.

Sebelum terlewat, nak kongsi cerita Big Bad Wolf Penang. Kiranya saya ke Penang Times Square semalam sebagai penutup hadiah birthday untuk tahun ini. Memang dah bagitau Mr Hubby saya nak pergi ke jualan buku tersebut tapi awal-awal tu tak dapat nak pergi sebab ada kenduri di Kuala Lumpur.

So, semalam petang kami anak-beranak kecuali Yani (Dia masih ada di Putrajaya bersama Tok Nani. Akan balik malam ni) ke Penang Times Square. Sebelum tu Mr Hubby bawa kami ronda-ronda tengok pelancong bergambar di bangunan-bangunan lama di sekitar bandar George Town. Mula-mula nak singgah di Muzium 3D dekat ngan jeti feri tapi tengok ramai orang. Takpela..lain kali kita masuk.

Sampai di Penang Times Square lebih kurang jam 2.40 petang, terus serbu BBW. Mata jadi rambang tengok pelbagai jenis buku yang ada. Mr Hubby dan Danish kurang minat buku-buku berbahasa Inggeris, cuma saya dan Danial yang beria-ia memilih. Rajin pulak Danial mengikut saya dan Yana ke sana sini. Sambil pilihkan buku untuk adik dia, dia cari buku untuk diri sendiri tapi tak jumpa yang berkenan.

Yana dengan buku aktivitinya.

Last-last dia dapat sebuah je pasal serangga. Yana dan Yani dapat buku mewarna, buku aktiviti dan ensiklopedia simple. Saya pula dapat 5 novel dan dua buku resepi mini. Kalau ikutkan tak cukup tapi bila dah banyak sangat buku dan ada plak yang menunggu, jadi kelam-kabut mencari. Lagipun, tak jumpa banyak karya penulis-penulis kegemaran saya seperti Mary Higgins Clark dan Carol Higgins Clark, Jackie Collin dan Christopher Pike. Samada tak ada atau dah habis atau saya tak jumpa. Huhuhu...

Hasil tangkapan yang tak seberapa tahun ni.

Jam 4 lebih kami dah selesai membeli. Itu pun dah habis membayar, rasa nak masuk balik dan pusing tengok apa yang tertinggal. hehehe....lepas tu kami ke Little India makan capati ngan kuah kari ayam dan kambing. Dah nama pun Little India so memang majoriti pengunjungnya ialah orang India. Ada la dua tiga kerat orang Melayu macam kami dan pelancong asing.

Eh..eh..baru perasan muka diorang nak serupa...hehehe..cuma mata je tak sama


Abang Danish skang ni susah nak amik gambar...malu la tu..dah nak jadi anak teruna dah...

Lepas tu bawa budak2 ke 1st Avenue. Abang-abang nak main game so tinggalkan mereka di GamePlanet dan kami window shopping tengok-tengok kasut.

Tinggalkan diorang sejam kat sini.

Itu je aktiviti hujung minggu kami. Balik rumah ber'perang' ngan Yana yang demam tapi tak mau makan ubat dan membuat senaman mulut dan test vokal kat abang-abang yang suka mencari pasal. Huh..mencabar sungguh aktiviti di rumah saya.



Wednesday, September 4, 2013

Telatah

Salam

Bila tuan blog sibuk sepanjang ari...macam ni lah jadinya. Blog mesti lambat di'update. Ada je kerja yang nak dibuat di library sekarang ni. Sekarang kami sedang membuat persiapan akhir untuk Program Pusat Sumber Angkat di bawah Program IMD dan Hari Mesra Pelanggan library. Dua program berjalan selang seminggu buat kami kelam kabut dan sibuk mengerah tenaga.

Nanti saya update tentang dua program tu. Mesti sibuk hari tu. Hehe..

Ok la...nak tempek gambar Yana sepanjang minggu. Suka mengamuk dan semakin pandai memilih perkataan ketika berbual cuma bunyi pelat tu masih kedengaran.

Friday, August 16, 2013

Yani oh Yani

Salam

Bila kerja malam ari Jumaat, mesti rasa sekejap je. Tengok jam dah nak pukul 9. Student pun tak la ramai mana.

Tengahari tadi masa nak gi kerja, Yani kata kat saya, "Mama cuti la. Kakak nak duduk ngan mama"

Saya kata kat dia esok baru mama cuti. Arini kena kerja nanti bos mama marah. Dia boleh kata "Bos mama tak marah la. Mama kata nak duduk ngan kakak. Boleh pi jalan-jalan."

Bila dah pandai bercakap, rasa macam budak besar je si Yani tu. Bercakap macam orang dewasa tapi penakut pianggg hahahaha.

Tuesday, July 23, 2013

TBT dan Rumah P. Ramlee

Salam,

Hari Sabtu yang lepas, kami anak beranak dengan Mummy dan BIL ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang yang bersebelahan dengan Rumah P. Ramlee. Tujuannya ialah untuk menghantar Danish ke sesi latihan Tunas Budaya Tari Cemerlang.



Sebelum tu, cikgu kebudayaan sekolah diorang dah bawa 10 orang ahli kelab untuk ujibakat untuk Tunas Budaya Tari Cemerlang (TBT) ni dan semuanya terpilih. Diorang akan join dengan ahli TBT dari sekolah lain untuk wakil TBT peringkat negeri so lepas ni kalau TBT dipanggil untuk membuat persembahan dalam apa-apa acara keramaian dalam dan luar negeri Pulau Pinang. Kalau ada panggilan, boleh juga ke luar negara.

Tak sangka sebenarnya. Danish tu dalam diam dan garang ngan Danial tu ada lembutnya. Mula-mula macam tak mau hantar dia tapi bila tengok semua kawan-kawan dia yang aktif bola pun ada sama, kira ok la. Tak bermakna masuk TBT jadi budak lembut. Timbalan pengarah dalam taklimatnya bagitau, pemilihan pun berdasarkan kecemerlangan akademik sebab mereka mahu ahli-ahli TBT ni cemerlang dalam semua bidang. Katanya lagi, TBT ni bukan setakat tarian tradisional saja tapi ada tarian moden, teater dan lakonan. Amboi...bunyinya bagi mama gerun pulak. Yang penting pelajaran dulu. Nak Danish sentiasa cemerlang dalam pelajaran dan juga bidang lain.

Sesi latihan


Lepas sesi taklimat, ada latihan pertama. Kalau dilihat, geng sekolah Danish yang terdiri daripada pelajar lelaki lebih menyerlah tariannya daripada pelajar perempuan. Penuh gelak-tawa pagi Sabtu tu sebab macam tak boleh pi je tengok budak lelaki menari tarian tradisional. Nak tunggu diorang belajar tarian Zapin Johor tu, yang rancak.


Rumah P.Ramlee

Yani a.k.a Cik Kak Pau Kacang

Lepas latihan, kami singgah di RoadWalk untuk membeli buah-buahan sambil tengok orang berjual-beli barang-barang. Budak paling seronok ialah Nur Dayani Hayfa la. Aduhai, abang dia sibuk berlatih, dia sibuk bergusti dengan abang Danial dia. Cik Kak Pau Kacang ni la...

Tuesday, July 16, 2013

Dia Di Sana

Salam,

Setiap hari call kampung. Kalau mak tak angkat, saya call adik. Yana sihat dan ok-ok saja. Adik kata dia tak menangis pun kecuali bila dia nak main dengan kucing tapi kucingnya tak ada. Kat rumah mak dah tak bela kucing dah. Dulu memang ada dua tiga ekor. Yang Yana nak ajak main ni mesti kucing rumah makcik saya kat sebelah rumah. Biasalah...kucing kampung, kejap dia datang jalan rumah orang.

Mak pun rajin bawa dia jalan-jalan ke rumah mak-mak saudara di kampung. Biasalah, dalam kampung tu boleh dikatakan sebahagiannya saudara-mara juga cuma saudara dekat atau jauh. Rumah kami tu sebelah menyebelah semuanya saudara-mara. Lama dah mak tinggalkan kampung, waktu ni la dia nak catch up balik story mory orang kampung.

Ni satu gambar terbaru Yana di kampung. Saya ambil dari facebook dua pupu saya. Pagi tadi mak bawa Yana pi rumah mereka la ni. Sudahnya, saya suruh dia upload gambar2 Yana lagi. Tengok...anak tak kisah pun tinggal mak, mak yang teringat. Macam gitu agaknya mak saya rasa bila kami duduk jauh ek?


Monday, July 15, 2013

Puasa & Terawih

Salam,

Diam tak diam dah 6 hari kita berpuasa. Alhamdulillah Danish dan Danial belum tuang puasa lagi. Bila dah sekolah ni, memang letih tetapi mereka sudah dapat menahan diri hingga ke petang. Kalau tahun lepas, Danial ada juga tuang sebab tak larat tapi setakat ni masih lagi bertahan, cuma semalam lepas berbuka Danial mengadu pening kepala. Habis nasi yang makan waktu buka dimuntahkan semula. Pagi ni dah ok nampaknya.



Solat sunat terawih pula kami hanya pergi hari Jumaat, Sabtu dan Ahad. Waktu cuti, kepala tak berat memikirkan kain baju di rumah tak berbasuh, berlipat, lantai rumah tidak dimop dan disapu. Lagi pula kami anak-beranak sampai rumah dah jam 7 malam. Mereka kemudian bergegas untuk mengaji. Lepas berbuka dan solat Maghrib, masing-masing sibuk dengan kerja sekolah, kerja rumah dan melayan si Yani. Waktu cuti je la kami dapat ke surau atau masjid. Kagum dengan ibu-ibu bekerja yang tidak tinggal terawih sebulan. Huhu...

Hari Sabtu kami pi terawih di Masjid Abdullah Fahim di Bertam. Masjidnya luas dan selesa. First time terawih di sini dan bawa Yani. Nasib baik dia behave walaupun berjalan tak henti-henti di depan kami. Huhu...takut juga mengganggu jemaah yang lain tapi insya Allah boleh bawa lagi ke sini.

Itu je nak cerita hari ni. Ada cerita lain nanti..kita wat kerja dulu ya. Daa!


Thursday, July 11, 2013

Cerita Kampung

Salam,

Kita sambung cerita balik kampung. Ada juga yang tanya kenapa saya hantar Yana balik kampung. Sebenarnya, selama ni, mak saya tinggal dengan saya di Penang untuk menjaga Yani dan Yana. Dah dua tahun lebih mak duduk dengan saya di Penang. Bulan puasa, memang mak saya akan berpuasa di kampung (di Johor) sampai hari raya. Tahun ni, sebab si kembar dah besar, kami bercadang nak hantar ke rumah pengasuh.

Dulu mak kat nak tolong jaga sebab kecil lagi, susah nak cari pengasuh yang boleh jaga dua orang bayi sekaligus. Saya pun lepas bersalin cuti enam bulan untuk menjaga kembar dengan bantuan mak, mummy Yon dan tok ibu. Bila dah masuk kerja, mak kata takpe mak tolong jaga sampai besar sikit baru hantar kat pengasuh atau taska. Itu yang meleret sampai dua tahun.

Yana pula memang rapat dengan mak. Bila dia nak balik ni, kira lepas ni dia dah tak jaga diorang lagi. Bila mak dah balik, saya kesian kat mummy yon nak tengokkan dua orang budak tu. Dia pun dah sibuk dengan persiapan kahwin dia. Lepas raya baru hantar ke rumah pengasuh so bulan puasa ni terpaksalah mak bawa balik Yana dan Yani tinggal dengan Mummy dan Tok Ibu.

Berbalik kepada cerita balik kampung, sampai je pagi tu perut dan berkeriuk-keriuk kelaparan. Kalau balik kampung mesti suruh adik belikan nasi lemak di Parit Jelutong. Sambal tumisnya memang terbaik dan nasi dia rasa lemak santannya. Sedap betul la..saya melahap sampai dua bungkus huhu.

Tengahari tu ajak adik, mak, mummy dan Yana ke bandar Batu Pahat untuk membeli tiket bas. Cadang nak makan Beriani Gam kat benteng tapi perut masih kenyang makan nasi lemak so tak jadi makan. Balik ni baru rasa menyesal sebab tak makan. Kami singgah ke Carrefour untuk membeli barang rumah dan kelengkapan Yana di kampung. Lalu depan kedai Bata nampak kasut cantik. Saya tanya Yana, "adik mau ka?" Dia senyum meleret. Bila kita suruh try duduk elok je. Saya belikan untuk Yana, siap dengan stoking lagi. Terus tak mau pakai kasut sedia ada, nak pakai kasut baru.

Kasut baru..dalam rumah pun nak pakai kasut


Yana pandai pakai stoking dan kasut sendiri. Good girl betul anak mama yang sorang ni.



Ok..itu je cerita buat petang ni...pasal kasut baru Yana. Dia memang suka kasut sarung yang girly macam tu. Nak pi tengok ayam depan rumah pun pakai kasut cantik ni tau tak...hehehe

Friday, April 19, 2013

Convention & Missing Them

Salam,

Minggu depan, insya Allah dari hari Isnin hingga Khamis saya dan empat orang rakan pejabat akan menghadiri satu Konvensyen Kumpulan Pelaksana Perpustakaan 2013 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.

Satu perjumpaan yang bakal membawa lebih banyak perkongsian ilmu antara perpustakaan-perpustakaan cawangan UiTM. Rasa seronok sebab boleh berkenalan dengan rakan-rakan daripada cawangan lain. Tapi bila tengok senarai nama peserta, majoriti adalah staf lelaki so mungkin agak terbatas la nak berbual mesra..huhu...

Alhamdulillah, nak tinggalkan Yani dan Yana, kurang sedikit ralat di hati sebab mereka dah berhenti terus dari menyusu badan. Tak la rasa sedih bila malam menjelang sebab dah tau mereka boleh tidur tanpa menyusu badan. Tapi masih juga rasa sedih sebab first time tinggal mereka sebab selalu mesti rasa excited nak balik rumah jumpa diorang walaupun riuh rendah dengan jerit pekik tangis ketawa mereka.

Saya ada juga tanya Yani, "Mama nak kerja jauh..tak mau balik rumah, boleh tak? Mama tak mau balik rumah la.." Yani geleng kepala. "Tak boleh" dia kata. Saya harap mereka baik-baik saja. Huhu..


Will miss them very much!

Friday, April 5, 2013

Kuah Tumpah ke Nasi

Salam,

Salam pagi Jumaat. Seronok je bila hari Jumaat sebab esok dah boleh rileks di rumah. Kadang-kadang tu takde maknanya rileks sebab waktu tu la kita nak mengemas rumah secara lebih detail selepas 5 hari bekerja. Apa pun, mesti rasa seronok sebab boleh duduk bermalas-malasan di rumah.

Saja nak tempek gambar Yani dan Yana malam tadi. Alhamdulillah, minat saya kepada buku semua turun ke anak-anak. Apa taknya, setiap kali mengandung, buku adalah peneman saya yang paling setia. Memang semua orang dah tau.

Ada hati nak buat "peace" tapi tak jadi..hahahaha

Tengok budak berdua ni. Lepas diorang ikut saya solat Maghrib (duduk sebelah saya kat sejadah tapi lepas tu ada kat depan saya pulak), diorang ambil pensel warna mereka (abang2 sediakan untuk adik2 mereka). Laju je pi ambil buku. Kena tengok juga..kadang-kadang tu buku bacaan pun nak diconteng so kami belikan buku mewarna untuk mereka. Selain tu, buku-buku latihan abang2 diorang yang lama pun diorang conteng.

Abang Danial suka menyakat Yani. Dia kata Yani gemuk, dia geram. Semalam dia dengan cara melawak tekan belakang Yani yang sedang meniarap. Tok mereka marah si abang sebab takut patah badan adik. Mummy Yon pun dok kata kat abang dia. Lepas tu selamba je dia kata "Hish...biasa dia ni". Lepas tu dia tambah lagi, "Nak ke cabai mulut ni"...

Aikk?? Sesungguhnya, anak-anak kecil belajar bercakap daripada kita kan. Telinga mereka tu menangkap je apa yang kita cakap. Selalu juga kami tanya dia, "Kakak, sapa bagi kakak pandai cakap?"..nanti dia jawab "Allah la"

Waktu saya baca buku, selalu dia datang. "Mama...meh bagi sat buku tu" Muka mesti selamba giler. "Hish kakak ni...ni buku mama, mama nak baca". Dia akan buat muka poyo tu sambil capai buku saya. "Mehla kejap..kakak nak baca sat". So, kenalah bagi kat dia sekejap. Dia akan belek-belek buku saya lepas tu bagi balik kat saya. "Dah baca dah. Nah!" Huhu...

Seronok bila dengar dia dah pandai bercakap. Rasa riuh je rumah. Yana pun dah makin petah bercakap cuma bunyinya kurang jelas lagi. Kami pun makin rajin ajak dia berbual dan tanya macam-macam so dia akan lebih cepat bercakap.

Korang macamana pula ya? Maksud saya, macamana korang merangsang anak-anak bercakap di usia muda.

Tuesday, February 26, 2013

Belum Masanya

Salam,

Tak padan kecik
Kaki pendek
Ada hati nak kayuh basikal
Bila nak balik, melolong-lolong dalam kereta
Tak mau balik
"Nak beskal! Nak beskal!"
Siap nak buka pintu kereta 
Haish,.
Bukan takmau bagi
Kamu tu kecik lagi
Basikal besar
Lagipun belum reti kayuh
Tunggu besar sikit
Boleh bawa basikal abang
Ok?

bergaya je lebih..basikal Rayyan, sepupu Yani

Saturday, February 23, 2013

The Bambam Girl

Salam

Bila cuti hujung minggu ni...duduk di rumah dengan anak-anak dan mr hubby. Sekarang ni makin seronok melayan i kembar sebab dah makin petah bercakap.

Semalam petang BIL dan yang lain-lain bawa Yani dan Yana ke RnR Pantai Bersih. Saja bawa diorang tepi pantai dan tengok orang main layang-layang. Mula-mula balik kerja tu nak singgah sama tapi sakit kepala pula so terus balik rumah dulu..mandi dan baring.

Diorang balik je Yani dan Yana tak perasan saya dah balik sebab saya ada dalam bilik. Bila diorang masuk bilik je..riuh tunjuk mainan yang dibeli.

Mama : Tadi kakak pergi mana?
Yani : Tadi kakak pi pantai
Mama : Tengok apa kat pantai?
Yani : Tengok layang-layang..tengok menan (mainan)
Mama : Kakak pi ngan sapa?
Yani : Acu...tok ibu..tok madah...adik..
Mama : Pi pantai naik apa?
Yani : Naik van
Mama : Best tak?
Yani : Best!

Hari lain pulak
Mama : Sapa bgi kakak pandai cakap?
Yani : Allah...

Banyak perkataan yang dia belajar. Dia dah boleh bagitau umur dia berapa...dan tanya soalan-soalan basic dan jawab soalan-soalan ringkas. Dia belajar melalui ulangan...bila kita cakap sekali dua, dia akan ulang dan ingat.

Nanti kita cerita tentang Yana pulavdi usia 2 tahun. Daaa!

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...