It's You!

Showing posts with label Petua/Tips. Show all posts
Showing posts with label Petua/Tips. Show all posts

Wednesday, February 5, 2014

Wordless Wednesday : Cleaning Your Tiles

Salam,

Hari Rabu
Malas menaip

Nah
Satu tips
Nak bersihkan jubin di toilet atau dapur

Guna peluntur (Klorox etc) dan baking soda je
Pastu guna berus gigi lama atau apa2 berus untuk bersihkan celah2 jubin
Bilas
Admire your effort


Friday, November 22, 2013

Happy Couple

Salam,

Dah lama saya tak membelek apa-apa majalah. Dulu, saya akan baca majalah kegemaran saya iaitu Mingguan Wanita setiap minggu, tak pernah miss. Bila dah kerja ni, suka pinjam majalah Better Homes & Garden dan Housekeeping di perpustakaan.

Tahun ni, boleh dikira dengan jari berapa kali membaca majalah. Semalam pegang satu majalah, 4 hari yang lepas satu majalah dan hari ni pun satu majalah. Saya perasan sekarang, saya pegang majalah selalunya bersebab...bila hati sedang runsing atau kepala tengah serabut. Bukan saya membaca isi pun, kadang-kadang tengok gambar je. Kalau jumpa artikel bagus, baru saya baca.

Muka depan Che Ta ngan Zain tuuuuu...

Eh melalut pula. Saya sedang membelek majalah Wanita keluaran November 2013. Ada satu artikel oleh Saudara Zaid Mohamad tentang "Mencipta Pasangan Bahagia". Saya tertarik dengan analogi yang satu ini "Jangan kamu jadikan isteri kamu seperti sebiji bola sepak, ditendang-tendang untuk menjaringkan gol. Jangan juga kamu buat dia seperti bola jaring, dibaling-baling untuk masuk net. Jangan sesekali jadikan dia seperti bulu tangkis badminton, pantang dapat peluang, mesti nak smash sahaja. Sebaliknya, jadikanlah isteri kamu seperti sebiji bola ragbi: dipeluk erat dan kemas, walaupun ramai yang cuba merebutnya. Bawalah dia berlari hingga ke akhir garisan."

Nak kongsi juga 5 idea mudah raikan pasangan seperti di dalam majalah ni:
1. Peluk dan cium beberapa kali sehari.
2. Permudahkan tugas pasangan - membantu.
3. Belikan hadiah/kejutan tanpa sebab.
4. Bersenam bersama.
5. Luangkan masa bersama untuk berbual dan bergurau.

Nampak macam mudah tapi kalau tak pernah dibuat tetiba nak buat, rasa kekok juga. Yang penting kita ada niat dan usaha untuk membahagiakan pasangan kita. Insya Allah.

Friday, April 5, 2013

Lemon

Salam,

Lama tak buat entry petua/housekeeping kan. Tetiba juga jumpa artikel ni dalam internet so nak share la. Mana tau, kot-kot boleh kita praktikkan nanti. Hari ni kita cerita pasal lemon dan apa yang kita boleh buat dengannya selain dibuat lemonade dengan ais di waktu panas berdengung ni.



Lepas dah peraah jus lemon untuk buat air, buat perap ayam/daging atau buat kek, janganlah dibuang kulit lemon tu. Masih ada lagi kegunaannya. Jom kita cekidaut!





1. Cuka Lemon - kumpulkan kulit lemon dalam botol, bubuh sampai penuh. Lepas tu tuang cuka biasa sampai penuh botol. Simpan selama 2 minggu. Kegunaannya untuk membantu kerja-kerja menyental di dapur. Bau pun segar je...(saya nak try buat yang ni la)

2. Pencerah kulit - Gosokkan kulit lemon di siku, ketiak, muka kerana lemon adalah agen pencerah semulajadi. Macam Garnier..hehe

3. Pewangi - Lepas masak gulai mamak, goreng ikan masin kat dapur, mesti dapur berbau. Cuba rebus seperiuk kecil air dan campak kulit lemon dengan kulit kayu manis dan bunga lawang. Bau renihan ini akan menyegarkan ruang dapur kita.

4. Skrub badan - Cincang halus kulit lemon dan campurkan dengan 1/2 cawan gula dan minyak zaitun sehingga jadi pes. Lumurkan ke badan yang basah ketika mandi. Mesti rasa lembut dan segar. (Yang ni pun nak try juga)

5. Katanya kalau kita jalan jauh dan rasa mabuk, hisap hirisan lemon. Agaknya rasa masam tu buat kita tak rasa mual.

6. Membersihkan papan pemotong di rumah - Kalau dah beli lemon, potong separuh dan gosok kat papan pemotong kita, biarkan sebentar sebelum dibilas bersih. Salah satu cara membersih dan membasmi kuman.

7. Bersihkan oven dan microwave - masukkan semangkuk air dengan potongan lemon ke dalam microwave dan masak 5 minit hingga air mendidih. Keluarkan dari microwave dan lap microwave. Wap dalam microwave yang terhasil tu akan menyegarkan dan membersihkan microwave kita.


8. Sebagai pengilat barangan tembaga, krom, stainless steel - jus lemon dan garam digosok ke barangan yang tersebut dan biar seketika. Gosok dengan kain lembut sehingga berkilat.

Itu saja buat kali ini ya puan-puan dan tuan-tuan. Moh ler kita jadikan rumah kita bersih bersinar-sinar di hujung minggu ini ya. Ta ta!

Friday, March 8, 2013

Petua Hari Ini

Salam,

Petua hari Jumaat untuk dikongsi.




1. Kalau sup kita terlalu berlemak, masukkan kiub ais ke dalam periuk. Ais itu akan menyebabkan lemak
    terkumpul..lepas tu kaut keluar lemak tersebut. Cara lain boleh juga guna roti untuk menyerap
    minyak/lemak berlebihan tu.


2. Kalau masakan terlebih garam, masukkan sebiji kentang dalam masakan kita. Kentang menyerap garam
    yang berlebihan.


3. Kalau susu yang kita beli tak dapat dihabiskan sebelum tamat tempohnya, masukkan secubit garam ke
    dalam susu itu. Susu boleh dipanjangkan sedikit jangka hayatnya.




4. Kalau simpan bekas makanan plastik/tupperware, masukkan secubit garam ke dalamnya sebelum ditutup
    untuk mengelakkan bau kurang enak.




5. Nak tau telur yang kita beli segar atau tak? Masukkan ke dalam bekas berisi air lebih kurang 4 inci
    tingginya. Kalau telur tenggelam maknanya ia masih segar. Kalau separuh je tenggelam, telur tu masih
    boleh digunakan tapi jangan simpan lagi dah. Kalau terapung tu maknanya dah tak elok

Tuesday, February 19, 2013

Ubat Gigi

Salam,

Petang ni kita santai-santai je ya. Meh kita kongsi petua sikit. Saya kongsikan apa yang saya baca di internet seperti selalu. Kali ni kita kongsi tentang ubat gigi. Selain untuk menggosok gigi supaya gigi bersih dan segar sentiasa, ubat gigi juga ada kegunaan lain.


1. Menghilangkan kesan krayon di dinding.


    Bubuh sedikit di atas kain kemudian gosok perlahan-lahan di tempat yang diconteng oleh tangan-tangan
    Picasso kecil di rumah tu. Lepas tu bilas dengan air.
    Cara lain, guna hair dryer untuk panaskan krayon tu..bila cair je terus skrap dengan pisau, lepas tu lap
    dengan kain lembab. Kalau tak hilang juga, buat paste baking soda tambah sikit air dan gosok ke tempat
    yang kena krayon tu, lepas tu bilas. Kalau tak keluar jugak, pi kedai cat beli cat baru, revamp je dinding
    tu. hehehe


2. Menghilangkan bau bawang di tangan


    Maklumlah, semalam gi rewang umah Wak Nan kena kupas bawang merah dan putih sebesen besar,
    makanya tangan pun bau bawang je. Jalan malam-malam pontianak pun takmo dekat. Cara nak
    hilangkannya, ambil sedolop ubat gigi dan lumur ke tangan. Lepas tu basuh tangan bersih-bersih. Bersinar-
    sinar you tangan i!



    Ok..yang ni petua lain pulak ya. Takde kena mengena dengan ubat gigi. Kadang-kadang pakaian yang
    kita pakai akan melekat ke badan sebab statik kan. Lebih-lebih lagi bila dalam aircond. Asyik melekat kat
    kaki je. Ada petua untuk menghilangkan statik tu. Caranya pinkan safety pin di bawah lipatan kain    
    atau baju yang kita pakai. Insya Allah, baju kita tak melekat di badan lagi.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...