It's You!

Tuesday, June 1, 2010

Broadband

Salam,




Just nak gtau
Semalam hubby beli SIM card Celcom Broadband Prepaid
Lepas ni kalau balik penaga pun leh online
Sehari RM6 je
Takkan nak pasang Streamyx dua rumah??
Giless la..bukan hari2 guna
Yang kat umah Permatang Pauh pun tak hari2 guna
Rugi le bayar RM100 sebulan
Apa kata potong jek streamyx tu..
Apa macam korang?
Patut ke kami potong je streamyx?

Tangga Bergerak

Salam,

Sebelum aku terus menaip, sama2lah kita berdoa agar dua rakyat Malaysia yang terlibat dalam konvoi Freedom Flotilla agar mereka selamat. Kutuk kekejaman Israel sebab menyerang 6 kapal konvoi kemanusiaan.


Pagi ni berbekalkan sebungkus lepat pisang (ehsan Anita, tengkiu so much ^_^) aku ingin bercerita serba sedikit tentang tangga bergerak (dalam bahasa Malaysia, Eskalator). Korang mesti tak tau asal-usul eskalator.

Charles D. Seeberger (1857–1931)

Jesse W. Reno (1861 - 1947)

Dicipta oleh Jesse W.Reno dan Charles D. Seeberger (AS)
Tahun dicipta 1890
Otis Elevator Company membeli paten daripada mereka
1899 operasi pertama kali di kilang Otis
"escalator" sebenarnya adalah jenama tangga bergerak keluaran Otis Elavator Company
tapi dijadikan istilah umum untuk tangga bergerak
Mula digunakan oleh umum pada 1900 di sebuah pameran di Paris, Perancis

Pernah aku bawa mak saudara pergi ke pusat membeli-belah. Dia punya takut nak naik eskalator sampai sanggup tunggu kat bawah. Nasib baik ada lif, so kami pun naik lif. Macam mak aku pulak, dulu dia pun takut nak naik eskalator ni tapi sejak kat kampung ada supermarket besar yang guna eskalator sekarang dia dah tak heran ngan eskalator.

Ada juga kes tersepit kaki atau baju kat eskalator. Bagi aku semua tu dapat dielakkan sekiranya kita berhati-hati ketika menaikinya. Selalu marah kat Danish n Danial sebab suka main2 kat atas eskalator. Korang ada peristiwa menarik berkaitan ngan eskalator? Kongsilah...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...