It's You!

Wednesday, November 3, 2010

Craving

Salam,

Bulan ni mama baby2 ni sedang craving for ice creams. Ohhh..takbleh tengok iklan ice cream, kedai ice cream, lori ice cream, apek jual ice cream...asyik nak makan ice cream je.

Aritu g Jusco Perda nampak Baskin & Robbin tengah wat sales ice cream, 31% off to all types of ice cream. Wooo..hubby pun dengan gigihnya amik nombor & beratur p beli ice cream. Beli perisa vanila ngan coklat ..yum yum..

Ni bila teringat ice cream mulalah kecap2 mulut. Rasa macam nak g beli ice cream pulak skang ni...huhu..


Tuesday, November 2, 2010

Cerita Isnin

Salam,

Semalam g wat check-up lagi dan doktor bagi mc sehari. Skang baby-baby dah bertambah berat badan..baby 1 dah 591gm and baby 2 dah 600gm. Tapi semalam tak dapat nak scan secara detail nak tengok jantina (huhu..excited nak tau sebenarnya) cuma scan untuk tengok posisi baby-baby dan tengok urinya. Setakat ni baby 1 duduk elok and yang kedua songsang. Tapi kemungkinan untuk normal tu masih lagi ada.
Kena tengoklah nanti macamana...

Semalam waktu amik Danish n Danial dari sekolah kami terus la nak g makan. Bila tengok abah diorang bawak keta menghala ke jalan len je, Danial dah kalut. "Ni nak pegi mana ni? Dahla tak makan lagi..cuba abah belanja Danial McDonald ke, barulah best". Amboi mamat kecik ni..demand sungguh. Tapi abah diorang bawak juga g makan McD.

Lepas makan, g singgah kedai gunting rambut. Danial kata dia takmo gunting rambut. Dia nak simpan rambut nak wat rambut spiky. Turun2 kereta je tak tunggu kitorang dia masuk sendiri dalam kedai n duduk kat atas kerusi. Bila macha tu tanya mau gunting macamana diapun bagitaulah dia nak rambut spiky. Tak payah tunggu kami cakap dia dah bagitau apa dia nak so kami tunggu kat luar je la. Balik tu bergaya sakan dia dengan rambut spiky. Danish pulak biasala senyap semacam je..sebab dia tak bagitau dia nak rambut macamana, macha tu buat rambut spiky jugak. Hahaha...berat mulut sangat.

Balik lepas mandi, Danial wat latihan sket sebab hari ni ada exam English & moral. Lepas tu kami lepak tengok tv tapi belum kul 9.30malam semua orang dah tidur...tv la pulak yang tengok kami anak-beranak tido depan tv. Penang skang kan musim hujan...hujan tak lebat pun tapi cuaca memang mendung je...so tido malam pun syok je..hehe...

Itu je cerita kami berempat semalam..hahaha...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...