Title : The Haunting of JosieAuthor : Kay HooperDate Read : February 2009Genre : ThrillerJosie seorang guru yang mengambil cuti selama setahun telah menyewa sebuah rumah di kawasan perkampungan untuk mengumpul bahan kes untuk membela kematian bapanya yang dituduh menyebabkan kebakaran dan kematian di hotel miliknya 20 tahun yang lalu.Rumah yang disewanya itu merupakan sebuah rumah agam yang dimiliki oleh penulis terkenal yang telah mati membunuh diri 50 tahun yang lalu. Di rumah itulah dia bertemu dengan seekor kucing hitam bernama Pendragon dan tuan rumah sewanya Marc Westbrook yang sentiasa menemaninya di rumah tersebut.Josie mula didatangi oleh hantu penulis yang mati membunuh diri (Luke Westbrook) di rumah agam itu. Lebih memelikkan lagi Pendragon seolah-olah menjadi perantara antara Josie, Marc & Luke. Josie mula menyiasat tentang kematian Luke dibantu oleh Marc dengan hasrat dapat membantu roh Luke yang tidak aman.Dalam masa yang sama Marc jatuh cinta kepada Josie tetapi Josie pula tidak dapat menerima Marc pada mulanya kerana terlalu takut dikecewakan lelaki. Akhirnya mereka dapat membantu Luke membuktikan dia tidak membunuh diri dan mencintai satu sama lain.Nota : Paling best waktu Pendragon si kucing hitam yang bijak. Oleh kerana Josie berambut merah dan didampingi kucing hitam, Josie pernah mengaku kepada Marc yang dia seorang ahli sihir. Cerita ni best sebab kelakar dengan watak Josie & Marc yang suka bercakap dengan Pendragon. Romantik sebab Josie & Marc sungguh serasi dan memahami dan seram sikit bila watak Luke menjelma pada waktu2 tertentu. Loved Kay Hooper!
Next, Hunting Fear by Kay Hooper.
Title : Cold Blue MidnightAuthor : Ed GormanDate Reread : February 2009Genre : Thriller, Peter Tapley seorang anak hartawan yang hidupnya dikongkong oleh ibunya sendiri dari kecil sehinggalah berumahtangga. Jill isteri Peter tetap bekerja sebagai jurukamera walaupun ditegah oleh ibu mertuanya. Peter kemudiannya mula membunuh wanita2 yang ditemuinya untuk kepuasan diri tapi akhirnya dia telah ditangkap dan disabitkan bersalah lalu dihukum mati di atas kerusi elektrik. Walaupun beberapa tahun telah berlalu, ibu mertua Jill tetap berdendam dengannya dan menganggap Jill adalah punca Peter menjadi pembunuh. Dia sanggup mengupah pembunuh upahan untuk membunuh Jill. Jill kemudiannya dituduh membunuh rakan kongsinya dan akan dibicarakan.Tanpa pengetahuan sesiapa, pembunuh upahan yang diupah oleh ibu mertua Jill itu sebanarnya ialah Peter. Sebelum hukuman dijatuhkan kepadanya, dia telah berkomplot dengan peguam keluarganya untuk merasuah pihak2 yang terbabit dalam urusan hukum bunuh untuk melepaskan dirinya. Dia menjalani pembedahan plastik untuk mengubah rupa parasnya dan menjadi pembunuh yang lebih kejam daripada sebelumnya.Peter menaruh dendam kepada ibunya yang selama ini mengongkong hidupnya dan dalam masa yang sama terlalu obses dengan membunuh sehingga tidak teragak2 membunuh sesiapa sahaja yang menghalang keinginannya.Note : Sebab cerita thriller & gruesome, kniedaz baca tak sampai 3 hari, hehehe. Novel camni memang favourite sampai leh dapat bayangkan apa yang pengarang ni tulis. Tapi sayang saya jenis tak pandai nak olah balik apa yang saya baca. Ada dalam kepala otak je...huhu..next The Haunting of Josie by Kay Hooper, my favourite novel this month!