It's You!

Tuesday, May 18, 2010

N3 buat orang B.O.D.O.H

Salam,

Bagaimana hari korang hari ni? Aku ok je. Pagi2 ni mulanya nak upkan n3 tentang LWoT Part 2 tapi kejap lagilah ye. Pagi ni nak cerita sikit tentang perangai mak bapak yang tak patut dicontohi oleh anak2. Ok tak tajuk nih..sebenarnya, ada kisah disebalik n3 ni.

Hari Ahad lepas (lepas g LWoT) ada Hari Sukan Graduan Kecil. Danish & Danial sangat excited minggu ni sebab hujung minggu diorang enjoy sakan. Sebab cikgu diorang dah kata, hantar anak2 sebelum pukul 7.30 pagi di cawangan yang ditetapkan so kami keluarlah awal. Untuk mengelakkan jam, aku n hubby hantar diorang naik motor je. (For sure akan jam sebab semua mak bapak kena hantar anak sebelum 7.30pagi dengan kereta).

Korang bayangkan kesesakan yang terjadi. Dengan dua biji bas sedang menunggu..kalau naik keta memang tak bergeraklah. Itu aku tak kisahlah..masing2 kena fahamlah..bukan baru sekali hantar anak untuk Hari Sukan. Aku je dah 3 kali. Yang ni aku tak kisah sangatlah.

Lepas hantar diorang, kami off g padang Politeknik (diorang wat Hari Sukan kat situ). Oleh sebab kami awal, kami dapat tempat duduk yang paling best, depan sekali. Lama gak nak tunggu semua cawangan Graduan Kecil sampai dari cawangan masing-masing. Takpelah, dah faham dah so sabar menunggu.

Kul 8.45pagi macam tu semua kerusi parents dah dipenuhkan. Semua anak2 pun dah sampai. Mula2 sekali perarakan masuk kontinjen Sukan. Aku n family semua dah excited.

Bila start je muzik dan anak2 comel ni berjalan masuk padang, mak bapak, tok nek, kakak, abang, makcik pakcik yang datang lewat dan dapat seat belakang mula menyerbu ke depan. Hoi...apa hal korang nih? Takde adab ke? Semua dok berdiri kat pagar tali so kami yang duduk di depan ni for sure tak nampak. Stupid ke apa korang nih??

Dah tahu korang excited terlebih nak tengok anak2 korang, mailah awal. Apa salahnya datang awal dan duduk seat depan macam kami. Bodoh tak bodohnya diorang, dahlah korang serbu ke depan, apa salahnya korang duduk kat pagar tu? Sekurang-kurangnya orang yang duduk depan ni nampaklah anak2 kami berarak. Stupid!!!

Bila acara senamrobik nak start, diorang buat bodoh berdiri kat depan tu. Aku dah banyak kali jerit2 suruh diorang duduk, at least duduklah! Hormat orang belakang. Juru acara dah berkali-kali suruh diorang duduk tp ada yang ketegaq nak mampos buat bodoh je. Last2 akak yang dok sebelah kami tu jerit baru diorang duduk. Akak tu lagi dengan 3 anak kecil, seronok nak tengok anak dia tapi semua org serbu depan dia. Sapa tak bengang?

Perangai macam ni ke korang nak tunjuk kat anak2 korang. Tak ada sivik langsung. Adab sopan tak kira dah. BUKAN KORANG JE YANG ADA ANAK...KAMI NI PUN SAMA..KAMI TUNJUKKAN KAMI SOKONG DENGAN DATANG AWAL! STUPID!

Lepas tu kami semua hangin je. Tak lama lepas tu, adalah dua family yang mai dari mana ntah (for sure LAMBAT), bawak kerusi pastu letak kerusi DEPAN KAMI! WTF? Siap 2-3 kali undur ke belakang menghimpit kami sebab kena panas. STUPID FAMILY...

Beberapa lagi perkara yang buat kami hangin dan rasa "Hoi..korang ni tak reti bahasa ke?"

1. Beberapa kali juruacara membuat pengumuman supaya sesiapa yang park kereta di bahu jalan mengubah kereta masing2 untuk memberi laluan kepada bas yang membawa anak2, tapi HARAM diorang nak ubah. AKU CALARKAN NGAN KUNCI MAU TAK? BODOH!


2. Beberapa kali juruacara meminta kerjasama parents yang kemaruk p ke khemah anak2 kononnya THEY CARE. Woi bodoh ke apa???? Pihak sekolah ada cara nak handle anak2 yang ramai tu. Kalau anak korang nampak korang kat ke susah cikgu nak handle? Bagilah diorang berdikari. Yang ko pun nak menempek kat situ buat apa?

3. Ada parents yang sibuk nak amik anak diorang sebab panas. Memang cuaca panas, diorang dok dalam khemah tu redup, kalau korang takut anak korang kena panas, tak payah bagi dia join sukan. P duduk rumah je la.

Panas tol hati aku bila menaip n3 ni. Maaflah banyak sangat perkataan yang tak best didengar keluar dalam n3 aku kali ni. Aku orang yang tak kisah kalau orang tu minta dengan cara baik. Fikirlah orang lain sama. Jangan fikir diri sendiri aje. Macam ni ke cara korang nak tunjuk contoh yang baik? Anak2 yang berarak masuk tu lagi berdisiplin daripada korang. Aku ni bukanlah baik sangat tapi considerlah sikit kan..

Note : Buat sesapa yang pernah mengalami atau jadi orang yg buat benda macam ni cuba2lah fikir. Adakah perangai kita itu mencerminkan diri kita?

Monday, May 17, 2010

Lost World of Tambun, here we come!

Salam,
Ini n3 bergambar
Tarikh : 15 Mei 2010
Event : Lost World of Tambun Part 1


Alololo...mata ko Rayyan..

Jam menunjukkan kul 7.30pagi. Ketika ini semua orang sedang menunggu bas. Kami menaiki 2 biji bas ke LWoT.

Sampai je mestilah berfotografi dulu, barulah seronok. Ini adalah pasangan pengantin baru Abg Sham dan wife dia Mas. Senyum jangan tak senyum!

Tuan punya blog bergambar bersama anak2, adik ipar dan sepupu. Waktu ni Danish & Danial dah tak sabar nak masuk. Asyik tanya bila nak mandi je.

Adik ipar aku ni last minit baru join. Actually pagi tu dia yang anta kami. Bila sampai kat depoh bas, adik ipar aku yang sorang lagi bagitau ada satu tempat kosong, so gigih dia balik amik baju & brg2 len..nasib baik umah cuma 5 minit perjalanan je. Yang dukung anak tu Lan n Rania.

Map/peta sekitar LWoT..korang bayangkan punyalah luas...so sehari suntuk di sana tak bosan punyalah..tak cukup masa adala!

Gigih menunggu giliran masuk ke LWoT. Abis semua beg kami dicheck. Makanan & minuman luar takleh bawak masuk, cuma makanan dan susu bayi je buleh. Tapi takpe..pakej kami dah merangkumi makan & minum. Kat dalam ni ada gak jual makan & minum tapi maklum ajalah, harganya lebih mahal daripada di luar tapi kami beli juga...terpaksa...huhu

Ha..ni geng anak2 dara, student practical dari UiTM Shah Alam. Yang dua tu bukan anak dara tapi mamat2 poyos yang tak ble nampak kamera..mesti nak posing jek..

Ni 'hut' yang disediakan oleh pihak LWoT untuk kami semua yang berjumlah 60 orang. Selesa sebab ada kipas dan dekat ngan tempat mandi. Yang ada anak2 baby siap gantung buaian agar anak2 mereka buleh tidur dengan nyaman sekali,

Semua sedang berkira2 nak watpe dulu. Memandangkan kami sampai lewat 1/2 jam, maka plan untuk naik keretapi mengelilingi LWoT dan games ditunda ke tengahari. So waktu awal2 ni semua nak turun mandilah..

'Hut' kami dekat dengan Jungle Wave Pool. Tempting tau..sampai2 je macam nak terjun jek..

Tower Kiosk ni ada jual minuman & makanan untuk sesiapa yang lapar & dahaga

Ini adalah satu lagi pemandangan Jungle Wave Pool..ada sapa2 nak terjun? Jom!!!

Mahu tengok aksi2 terjun tiruk dan aksi2 sensasi?
To be continued...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...