It's You!
Tuesday, April 30, 2013
Selamat Semua!
Keputusan My First GA
Dah seminggu lebih baru la sempat nak mengundi. Jangan main-main...nak tentukan siapa yang menang GA ni pun kena mengundi juga. Maklumlah...calon-calon yang wajar menang ramai...ada 23 orang. Nak bagi hadiah pula cuma 3 orang je.
Doktor
Monday, April 29, 2013
Lawatan & Kesatuan
Hari pertama masuk kerja selepas minggu lepas menghadiri konvensyen selama 4 hari dan kemudiannya bercuti melepaskan rindu pada anak-anak. Hari ni pun tidak lekat di pejabat kerana mengikut rombongan Kesatuan Kakitangan Umum UiTM melawat 2 orang rakan UiTM yang terlantar sakit.
Mula-mula, rombongan kami ke Taman Seroja di Sungai Petani melawat sahabat dari bahagian keselamatan yang terlantar sakit akibat strok. Keadaannya nampak lebih stabil berbanding sebelum ini. Rombongan kami juga disertai oleh Rektor Kampus, isteri dan Pendaftar. Sedih bila melihat keadaan sahabat. Saya kalau melawat orang sakit atau tengok orang uzur mesti rasa nak nangis huhuhu.
Lepas itu, kami ke General Hospital, Pulau Pinang pula melawat seorang lagi sahabat daripada Unit Pemandu yang terkena strok dan koma ketika membuat lawatan di Sarawak minggu lepas. Semalam dia baru diterbangkan pulang ke Pulau Pinang selepas beberapa hari di Hospital di Sarawak.
Semoga mereka berdua beransur pulih dan kami doakan kesihatan mereka bertambah baik. Bila duduk di bawah Kesatuan, insya Allah, mana-mana yang boleh dibantu, akan kami bantu. Kalau tak kita yang dekat membantu, siapa lagi. Bak kata orang, bersatu kita teguh, bercerai kita roboh.
My First GA
1. Mestilah follower blog saya (kalau belum, sila la follow - terima kasih in advance)
2. Kalau rajin, like page Big D's Crafts kat side bar tu.
3. Buat simple entry dengan jawapan dan link kan ke entry ini.
4. Done!
Simplekan?
Tarikh tutup 21 April 2013
Soalannya...kira berapa jumlah anak patung yang ada dalam gambar.
Hanya tiga pemenang yang akan dipilih. Good luck!
Thursday, April 25, 2013
Last Day
Salam
Hari terakhir berada di Kg Gajah. Hari ni hanya ada sesi Q&A bersama Ketua Pustakawan.
Rasa sedih juga nak tinggalkan kawan-kawan tapi lagi rindu nak jumpa anak-anak.
Malam tadi seronok makan malam dan bertukar-tukar hadiah. Saya dapat hadiah dari kawan Sarawak...pasu sarawak dan fridge magnet. Happy!
Wednesday, April 24, 2013
Lawatan
Salam
Hari ni aktiviti kami lebih santai...lepas ceramah/FAQ, kami dibawa melawat ke Universiti Teknologi Petronas.
Sebenarnya geng library Penang dh pernah ke UTP pada tahun 2010 so kali ni pergi memang dah tau serba sedikit tentang UTP.
Lepas ni kami akan jalan-jalan di Lumut pula dan pulang ke Pusat Latihan sebelum jam 5 petang untuk persiapan malam makan malam dan perasmian. Hoping to have a lot of fun!
Tuesday, April 23, 2013
Berjauhan
Salam
Masih berkonvensyen di Pusat Latihan UiTM di Kg Gajah. Sudah 4 ceramah kami dengar sejak pagi tadi. Alhamdulillah...banyak ilmu yang dapat kami kongsi bersama. Banyak juga pertukaran pendapat dan cadangan2 yang boleh dikongsi dengan rakan-rakan di Penang.
Esok ada satu lagi sesi ceramah sebelum kami dibawa melawat Universiti Teknologi Petronas dan kemudian beriadah di Lumut. Bolehlah beli ikan bilis nanti..hehehe...
Rindu kat anak-anak pun ada. Telefon Danish, Danial, Yani dan Yana. Biasalah..bila berjauhan rindu-rinduan bila dekat asyik nak berleter je. Nak buat macamana...dah lumrahnya begitu. Esok gi Lumut...bolehlah cari cenderahati buat mereka.
Rindulah kat korang!
Kg Gajah
Salam
Sedang dalam mood berkonvensyen. Line internet adalah slow. Belum berkesempatan nak update tentang peserta dan pemenang GA. Harap bersabar ye kawan-kawan. Balik konvensyen saya update.
Oh ya....jawapannya ialah 24. Ramai juga yang jawab 25. Berpinar biji mata ye....nanti kita undi ya!
Daaa...selamat bekerja semua.
Verangan Ko Jah V.7
Sekarang ni, kalau tengok dinding ruang tamu kat rumah, sana sini ada kesan conteng. Maklumlah ada Piccaso sedang berkarya. Bila cakap ngan Mr Hubby, dia kata biarlah...nanti kita cat balik. Saya pulak akan kata, bila pulak nak catnya...mesti lama lagi.
Sementara tunggu nak cat balik tu, jenuh la tonyoh kesan-kesan contengan tu. Ada yang hilang, ada yang separa hilang..ada yang mama pun dah malas nak lap. Satu hal lagi, si kembar ni suka sangat koyak decorative wallpaper saya...Habis cacat dinding sebab waktu diorang koyak, gam tu kuat ko sampai cat pun terkeluar sama.
Saya verangan nak buat macam ni kat ruang tamu saya. Tapi saya rasa kena tunggu si kembar besar sikit dan dah tak mau conteng dinding, barulah boleh buat macam ni. Hehehe....
Monday, April 22, 2013
Mom
Satu tulisan yang cukup terkesan dan patut dikongsi dengan semua. Mungkin kita kena amalkan dengan anak-anak jika mereka buat salah. Atau kita sendiri sepatutnya berasa begitu apabila terkasar bahasa dengan ibu kita.
Taking care of mom
Dad: I heard you were hassling mom.
Son: Yeah/I guess so/Yessir
Dad: Who is the most important person in our house?
Son: Mom.
Dad: Right. What do we know about mom?
Son: We love mom.
Dad: How do we show it?
Son: We don’t talk back to her.
Dad: What else?
Son: Snuggle her.
Dad: What else?
Son: Be kind to her.
Dad: Anything else?
Son: Take care of her.
Dad: Were you caring for mom when you did ‘X’?
Son: No.
Dad: Okay. You better go give mom some love.
Son: (shuffles off to hug mom and say sorry)
Sunday, April 21, 2013
Ada Sambutan!
Salam
Alhamdulillah...penyertaan GA sangat tidak diduga....ramai juga yang join.
Kepada yang saya belum lawat dan tinggal jejak...sila bersabar. Tian tanah sedang sibuk berkemas-kemas nak outstation. Nanti saya update senarai peserta ya.
Tengok jawapan ramai yang betul so kenalah buat cabutan undi nanti. Apa-apa pun...terima kasih kepada semua...ni yang terasa nak buat GA lagi nanti.
Selamat hari cuti ya!
Nota kaki : Terima kunjungan tetamu di petang Sabtu. Penuh dengan gelak tawa. Adik-adik datang....
Saturday, April 20, 2013
Semua Orang Sibuk
Salam
Orang lain sibuk mengemas di rumah
Ada yang sibuk berkumpul di jalanan
Orang lain sibuk membuat sarapan di dapur
Ada orang sibuk bawa sepanduk
Orang lain sibuk meleter anak
Ada orang sibuk melaung laung
Orang lain sibuk nak ke pasar beli lauk
Ada orang sibuk kutuk mengutuk sinis
Semuanya bahana penamaan calon hari ni
Ada sesiapa lagi yang pergi?
Nota kaki : Tak suka pergi...tengok...dengar...
Friday, April 19, 2013
Convention & Missing Them
Minggu depan, insya Allah dari hari Isnin hingga Khamis saya dan empat orang rakan pejabat akan menghadiri satu Konvensyen Kumpulan Pelaksana Perpustakaan 2013 anjuran Perpustakaan Tun Abdul Razak (PTAR) UiTM Shah Alam.
Satu perjumpaan yang bakal membawa lebih banyak perkongsian ilmu antara perpustakaan-perpustakaan cawangan UiTM. Rasa seronok sebab boleh berkenalan dengan rakan-rakan daripada cawangan lain. Tapi bila tengok senarai nama peserta, majoriti adalah staf lelaki so mungkin agak terbatas la nak berbual mesra..huhu...
Alhamdulillah, nak tinggalkan Yani dan Yana, kurang sedikit ralat di hati sebab mereka dah berhenti terus dari menyusu badan. Tak la rasa sedih bila malam menjelang sebab dah tau mereka boleh tidur tanpa menyusu badan. Tapi masih juga rasa sedih sebab first time tinggal mereka sebab selalu mesti rasa excited nak balik rumah jumpa diorang walaupun riuh rendah dengan jerit pekik tangis ketawa mereka.
Saya ada juga tanya Yani, "Mama nak kerja jauh..tak mau balik rumah, boleh tak? Mama tak mau balik rumah la.." Yani geleng kepala. "Tak boleh" dia kata. Saya harap mereka baik-baik saja. Huhu..
Oh So Lovely
Nice photos to share with you on Friday! ^_^
Enjoy!
Taklimat, Outstation, KIK
Jam 8.45 pagi nanti ada taklimat Zakat, Sedekah dan Wakaf 2013 di Pusat Pemikiran dan Pemahaman Islam (CITU) UiTM Pulau Pinang. Hari ni giliran Perpustakaan pula yang mendengar taklimat. Taklimat dalam kumpulan kecil lebih mudah dan senang tangkap. ^_^
Sekarang pun kami dah sibuk dengan KIK. Nak cari masalah untuk dijadikan tajuk projek, nak buat kertas kerja, nak perah otak macamana nak selesaikan masalah. Lama dah jadi ahli, rasa macam nak bersara dari kumpulan KIK tapi diorang kata tak boleh...tunggu tahun depan baru resign. Tahun ni still kena perah otak. Takpe..kerja ramai-ramai cepat habis dan idea banyak cuma nak tapis idea tu je.
Ok..nanti kita sembang lagi. Banyak benda nak buat ni. Minggu depan saya oustation 4 hari pula, tinggallah Yani dan Yana. First time tinggal si kembar lama ni..huhu
Oh ya..jangan lupa join GA saya ya. Hehehe..kalau nak join meh ke SINI.
Daaaa...
Thursday, April 18, 2013
GA & Gwiyomi
Tetiba je saya buat GA ye. Macam tak percaya pulak. Oh..silalah percaya. Dari bulan February nak buat GA untuk kawan-kawan tapi takut takde orang yang nak join. Waktu tu kononnya sempena birthday Si Kembar dan Danish.
Lepas tu konon nak buat bulan Mac tapi terasa tak konfiden lagi so terbantut lagi. Semalam saya saja ambil gambar bear-bear Yani dan Yana yang setiap hari bersepah tu. Tiba-tiba terasa nak buat GA simple je. Harap maklum, tuan tanah nak mengira bear-bear dalam gambar tu pun naik berpinar biji mata. Siap suruh Danish dan Danial tolong kira. Hampeh je minta tolong diorang. Si Danial jawab 79..mak ko...mana datang 79? Danish jawab, sipi-sipi.
Masih belum join? Jomlah join. Eksesais tajamkan mata. Hahahaha....hadiahnya? Takla grand mana. Semua hadiah ditaja oleh Big D's Crafts (sambil berGA, sambil promote bisnes)..hehe...
Sila Klik SINI untuk join
Nota kaki : Tengah sibuk ngan Gwiyomi ... lupa sekejap pilihanraya hahaha.
Wednesday, April 17, 2013
An Apple a Day
Tuesday, April 16, 2013
Inspirations & Motivator
Online Shopping - Is It Ok?
Minggu lepas saya pi bershopping. Tak jauh pun...shopping depan pc je. Hahahaha...shopping online. Tau apa yang saya beli? Hehe..saya beli blouse/top je. Nak beli tu pun berapa kali dok bukak website online shopping ni. Kejap nak, kejap cam taknak. Akhirnya, beli la juga..
Mula-mula tamak, nak beli dua tiga helai tapi fikir-fikir saya bukan tau macamana outcomenya. Kualiti ke tak? Padan ke tak? Saiznya kena ke tidak... Akhirnya order sehelai je dulu. Dan semalam, saya dah terima bungkusan dari ThePopLook.com.
Semuanya ok. Prosedur pembelian pun senang dan mudah. Response pun cepat. Boleh shopping lagi lain kali. Hehehe....
Rasanya, sebelum membeli sesuatu di atas talian, kita kena juga tahu feedback daripada pelanggan-pelanggan yang terdahulu. Ini untuk memastikan kita tidak tertipu nanti. Ye la...bukan semua penjual di talian yang jujur (harap-harap ramai yang jujur). Alhamdulillah selama bershopping online ni, semuanya ok. Cuma pernah ditipu oleh pelanggan adalah...huhu...
Rutin & Ingatan
Monday, April 15, 2013
Productive Day
The Girls & Project
Yani
Suatu malam jam 11 malam
Yani : Mama...pi tido..esok nak pi keja
Mama : Hah? Awat mama kena tido pulak?
Yani : Pi tido..esok kan mama nak pi keja
Mama : Yela..mama tido. Kakak jomla tido
Yani : Kakak takmo tido lagi...kakak nak tengok katun
Suruh kita tidur pulak, padahal hari Jumaat, esok tak keja. Duh!
Yana
Malam tadi jam 9 malam
Yana : Tatak ana? (Kakak mana?)
Dia melilau cari kakaknya dalam bilik.
Yana : Ooo..tatak...mmdo (oo..kakak tido)
Mama : Meh adik..meh ..adik tak mau tido ke?
Yana : Mmmm.....amau...aaaadik...mmmnek fish
Malam semalam, Yana tido jam 12 tengah malam lepas tengok video kucing dalam handphone mama.
Nota kaki : Sejak tak breastfeed ni, diorang susah nak tido. Candu tak ada rasanya, so saya guna pendekatan lain. Peluk macam nak bagi bf tapi gosok-gosok belakang diorang. Kadang jadi, kadang tak menjadi...huhu
Bola, Sup & Kira Bas
Semalam kami anak-beranak dengan Mummy Yon dan BIL pi tengok perlawanan bola sepak Liga FAM kat Stadium Bandaraya antara Pulau Pinang Vs Melaka. Keputusan perlawanan 1-0. Saja tengok Yani dan Yana boleh tak duduk dalam stadium sampai habis perlawanan. Ternyata tidak..hehehe..diorang ble duduk sampai first half je lepas tu takmo dah..nak dukung pulak.
Last-last kami keluar waktu second half pi makan ais kacang kat foodcourt tepi stadium. Lepas tu teringin nak makan Sup Hamed depan Hotel Malaysia. Mr Hubby tanya nak makan pasembor kat Padang Kota Lama ke Sup Hameed. Ohh..dua-dua saya suka tapi pilih sup sebab dah lama tak makan.
Sedap sungguh! Cicah ngan roti benggali. Yani dan Yana dok hirup sup walaupun pedas sikit. Kenyang sampai ke malam kami makan roti ngan sup. Lepas tu tapau balik rumah untuk tok-tok mereka kat rumah. Sampai kat rumah Yani dan Yana makan sup lagi. Suka la tu..hehe
Ok..nah layan video kira bas Yani ni. Hehehe...