It's You!

Friday, May 17, 2013

Kisah Hero-hero

Salam,

Kisah hari guru Danish dan Danial.
Mama dah cakap tak payah beli hadiah
Sebab mama akan buat hadiah untuk cikgu-cikgu
Mama suruh kira berapa ramai cikgu
Danish kira kejap je
"Cikgu Danish ada 9 orang, mama...4 orang lelaki"
"Kalau cikgu lelaki takkan nak bagi keychain love mama"
"Mama buat keychain donut ok tak?"
"Emm..boleh juga"

Danial pulak lain kisahnya
"Cikgu Danial ada 10, tambah lagi satu, nak bagi ustazah yang ganti guru kelas"
Mama kata "Ok"
Esoknya tak jadi pula
"Ustazah tu dah pindahlah mama, cikgu ada 10 je"
Mama kata "Ok"
Semalam pulak dia kata "Danial punya 8 je mama, ada cikgu tu dia ajar dua matapelajaran"
Pulak dah!

Mama tanya nak bagi minggu ni ke minggu depan waktu sambut Hari Guru
Abang Danish kata, "Danish bagi minggu depan"
Danial kata, "Hari ni la mama"
Tak lama tu, "Hari ni bagi 4 dulu la"
Lepas tu, "Bagi minggu depan la"
Hish..Danial ni...
Macam-macam!


Mama ni buat kerja serampang dua mata, hadiah ngan promosi hehehe




5 comments:

  1. tahun depan kak order..heee

    ReplyDelete
  2. untung depa ada mama yg kreatif mcm kniedaz!

    ReplyDelete
  3. untung danih n danial sbb mamanya pandai buat kraf. cantik pulak tu!

    ReplyDelete
  4. semangat anak2 nak bagi hadiah hari guru kan?
    comel2 semua nya...:)

    ReplyDelete
  5. Syoknya ada mak yag kreatif ni hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...