Cuti semalam bangun awal dan mengemas rumah. Baru kemas separuh rumah, Mr Hubby ajak ke pasar so tinggalkan anak-anak ngan mak, MIL dan BIL. Semalam Mr Hubby nak makan lontong. Al-kisahnya Khamis lepas dia buat operation buang tonsil. Lama dah gi check doktor. Doktor kata tonsil dia besar dan boleh menyebabkan apnea jika tidak dibuang.
Dua hari lepas dia kata tekak dia masih sakit, nak telan air liur pun seksa. Saya pun jadi doktor la (macam Yani) tengok tekak dia. Ada benda putih-putih kat kiri kanan anak tekak. Saya rasa mesti infection. Hari ni dia wat rawatan susulan. Doktor check dan kata memang ada sedikit infection dan tempat operate aritu ada darah lagi. Doktor bagi banyak ubat untuk makan dan kalau dia tak baik lagi minggu depan kena admit lagi la. Harap-harap lepas makan ubat ni bolehlah baik. Kesian dia..
Semalam ikut Mr Hubby dan BIL ke belah pulau. Diorang ada meeting so diorang lepaskan saya di Bukit Jambul Megamall. Saya dan Mummy Yon ikut sebab nak singgah Kamdar cari kain untuk buat bahan-bahan persiapan perkahwinan Mummy bulan 9 nanti. Oleh kerana banyak yang buat sendiri, so kenalah buat awal takut tak sempat nak buat nanti. Sempat juga saya sambar dua pasang kain bahan kat Kamdar buat baju kurung hehehe..Mummy sempat derma darah lagi bila nampak Hospital Pulau Pinang buat program derma darah. Saya nak derma juga tapi saya takut la pulak. Lain kali saya kena derma juga. Huhuhu...
Mummy sedang menderma darah. Tak la lama mana, Mummy kata tak rasa sakit pun. Mungkin lain kali lah.
saya tak pernah derma darah.. orang lak dok derma darah utk saya ada la.. :P hahahahaha..
ReplyDeletemama dah tukar job jadi yani ye.. hehehe
Oo..suami baru lepas jalani tonsilectomy ya...moga cepat sembuh....Mmg sakit tekak tu at least 3-5 hari post surgery...
ReplyDeleteDerma la darah...Ramai yg memerlukan...Tak sakit pun :)
operation? bahaya gak tonsil ni ye...
ReplyDeletesy penah derma darah sekali je....tp lepas tu takut dah sb lepas derma tu sy nak pitam....haha....
derma tu bagus. selain dari membuat kebajikan.. boleh tukar darah :)
ReplyDeletekalau budak kecil cam anak saya dulu, sehari dah baik. makan aiskirm..
ReplyDeletekalau orang dewasa, mungkin lama sikit kan..kesian dia..
p/s kak teringin juga nak derma darah tapi bila minta izin suami, dia tak beri.
risau isteri dia tak cukup darah agaknya. bukan kerana apa. dulu dia rajin derma darah. bila dikesan ada darah tinggi, doktor tak izinkan lagilah. sudahnya..kak pun tak diberi izin jugak