It's You!

Thursday, May 9, 2013

Dia Wanita, Dia Isteri

Salam,

Pagi tadi sampai awal seperti biasa lalu mencari-cari ceramah agama daripada Ustaz Kazim Elias yang saya minati di Youtube. Kali ni saya mendengar ceramah tentang Kebinasaan Lelaki Bernama Suami kalau tak silap.

Tapi saya tak mau cerita tentang suami. Saya nak cerita tentang isteri. Ustaz kata, ada 7 ciri-ciri perempuan/isteri yang baik.

1. Wanita yang membaikkan dirinya - sentiasa sopan, menjaga adab
2. Wanita yang menjaga tubuh badan - sentiasa dalam keadaan sihat dan cantik di mata suami, kalau gemuk, cubalah berdiet atau jaga makan..bukan apa, kalau terlalu gemuk dan mendapat penyakit kan tak elok..
3. Wanita yang membuat kerja-kerja di rumah - kemas la rumah, masak untuk suami dan anak-anak..
4. Solat 5 waktu
5. Puasa bulan Ramadhan dan sunat
6. Memelihara kemaluan
7. Mengikut perintah suaminya

Ustaz kata, yang paling susah orang perempuan nak ikut ialah ciri nombor tujuh tu. Kadang-kadang tanpa sedar ada "TER" langgar perintah suami. Sebab itu kena amalkan memohon maaf kepada suami sebelum tidur..hehe...



10 comments:

  1. Perkongsian yg sgt bermanfaat...betul tuh bab melanggar kdg 'ter' jgk..kalau disagree yg eloknya diam jer lah wpun tak puas atie kan..

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya..diam dulu sampai dah reda rasa marah hehe

      Delete
  2. Sedang berusaha ke arah itu....

    ReplyDelete
  3. Ustaz Kazim, bagus ceramah nya..
    Ustaz Azhar Idrus pun saya suka...cuma kalau banding kedua duanya, saya lebih suka dengar ustaz kazim :)

    ReplyDelete
  4. Jadi wanita/isteri/anak sebenarnya bukan susah pun kalau nak ikut semua ini kan..
    Terpulang diri sendiri..

    ReplyDelete
  5. Nice sharing!.
    suka dengar ceramah2 Ustaz Kazim ni..mmg terkesan di hati..
    Ya Allah! semoga kita menjadi isteri2 yg mendapat redha Allah & redha suami..:)

    ReplyDelete
  6. paham ke bahasa trg? ahaks..

    kueh

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...