Lama dah tak cerita pasal si kembar kan...sekarang ni makin cerdik dah dua-dua. Kakak Yani makin petah bercakap dan Yana pun sudah bertambah vocabularynya walaupun masih pelat. Pergerakan fizikal makin baik dan lincah bukan main kedua-duanya.
My sweet princesses
Susah nak tangkap gambar dia macam ni..boleh buat gambar passport ni hehe
Al-kisahnya, Tok Nani belikan basikal roda tiga untuk mereka berdua. Sorang satu ya, kalau beli satu alamat bergaduh hari-hari la jawabnya. Mula-mula beli, Yani dah pandai kayuh tapi Yana masih tak reti nak kayuh basikal. Siap nak tukar basikal sebab dia ingat basikal jadi punca dia tak boleh kayuh. Selepas beberapa hari mengayuh tanpa henti, siang malam, pagi petang, akhirnya Yana pun berjaya kayuh.
Yani pulak sekarang makin laju mengayuh siap pandai brek lagi. Bila brek tu siap dengan reaksi muka tu yang tak tahan. Korang tau tak camna? Bila kita dah kayuh laju-laju, kita kayuh terbalik untuk berhentikan basikal...haa..macam tu la dia buat. Bikin kami gelak je si Yani ni.
Malam tadi, diorang masih lagi sibuk main basikal. Tiba-tiba basikal kakak jatuh. Sebab dia malas nak bagi perbetul basikal dia, dia pi rampas basikal adik. Apa lagi, menangis la si adik, mai mengadu kat abah, mama, tok-tok dia. Kami pun buat-buat marah kat kakak, "Apa la kakak ni...awat ambil basikal adik? Kan basikal kakak ada?" Lepas tu Yani jawab,
"Adik ni kalut la, kakak nak main pun tak boleh. Kacau aja,"
"Aik..adik pulak yang kalut. Kakak yang ambik basikal adik,"
"Kalut la adik ni. Nah...amik la ni, kalut!" Lepas tu dia heret basikal adik dia tu bagi kat Yana.
"Kakak nak main jauh-jauh sikit la, adik tu kalut kacau kakak" Katanya lagi sambil mengayuh basikal jauh sikit.
Adoila...pandai je cakap tu. Kalau cakap siap ngan mimik muka dan mulut muncung pulak tu. Merajuk tak usah cakaplah. Kalau merajuk, dia tarik muka 14 lepas tu tak bercakap sepatah pun. Dia akan mai dekat dengan kita dan buat muka sedih. Aduhlah...nak marah pun tak jadi.
comel yer..macam-mcam kerenah kan...best yer dapat kembar...:)
ReplyDeleteBestnya dapat Twin..... adik beradik kniedaz ada twin ke?
ReplyDeleteBudak2 ni mmg buat kita tersenyumkan
sampai ke besar kena beli barang mereka 2 set! hihihihih..
ReplyDeleteALAHAI,SERONOK DGR TELATAH MEREKA..HIHI..COMEYYY
ReplyDeletealololo...gewammnya tengok pipi dia..tumpang tanya sikit,camne curi masa baca buku eh?jeles kita tgk banyak nye list buku yg dah dibaca ...saya satu pon tak terhabis dalam sebulan..
ReplyDeletealololo...gewammnya tengok pipi dia..tumpang tanya sikit,camne curi masa baca buku eh?jeles kita tgk banyak nye list buku yg dah dibaca ...saya satu pon tak terhabis dalam sebulan..
ReplyDeletealolololo..comei je!
ReplyDeletegeram tgk muka diorg yg comei tu tau.
teringin nak dpt baby girl lagi. hehehe
comelnya si kembar ni..ppi tuuuu...tembam..geramm.. =)
ReplyDeleteamboi..si kakak..kalut sangat tu..haha..apa yang kalut sangat pun tak tau ye..
geram je tgk..comel benor dak2 ni..
ReplyDeletemakk, ada X yana ke yani mintak sorang sateww adikks.,iKikkkii
ReplyDeletealolo comelnya..cubit pipi tu sikit :)
ReplyDeletehahahaha.. kesiannya.. kalut betui twins ni dibuatnya... ape pun comel sangat twins.. dengan pipi yg labuh tu.. comel!!!.. budak2 skrg mmg advance.. so clever..
ReplyDeleteala..la..la..makin comel dua2.. cutenya..! mesti dah banyak cakap kan?..:)
ReplyDeleteolo tomey2!!!
ReplyDeleteseronoknya ada twin yang cute...sekarang dah ada gerek roda 3. Dah besar skit tok beli yang roda 2 pulak...
ReplyDeleteJangan kata twins, kak yg tak twins ni pun kena beli 2. Bukan boleh share pun...
ReplyDeleteSuka dpt twins..baju sama, kasut sama...ke mana2 dpt perhatian
akak, izan dah tgk video si kembar dlm fb akak tau. masyaAllah... petah betul dorang ni. dapat bayangkan camna kalutnya twins akak. lebih kurang sama je masa affan afnan kecik2 dulu.
ReplyDelete