It's You!

Friday, May 31, 2013

Tangkuban Parahu

Salam,

Hari ketiga kami dimulakan seawal jam 8.00 pagi. Selepas sarapan dan check out hotel, kami bertolak ke Tangkuban Parahu yang terletak lebih kurang 20km dari Kota Bandung. Jalan ke Tangkuban Parahu berliku-liku dan kalau tak biasa boleh pening. Alhamdulillah, pemandu bas kami sangat cekap memandu.

Lebih kurang 30 minit, kami sampai ke kawasan letak bas. Untuk naik ke atas, kami perlu menaiki van yang disediakan. Ketika di tempat parking bas, hidu kami sudah terhidu bau belerang yang agak kuat tetapi apabila kami semakin sampai ke puncak bau belerang tu semakin berkurang. Cuaca sejuk tetapi tak lah sejuk sampai menggigil-gigil. Bagi saya ada la maam kat Genting Highlands.

Di sini, Pak Herman sudah mengingatkan kami supaya jangan membeli apa-apa cenderahati kerana harga yang ditawarkan sangat melampau. Lagi satu, penjual di atas akan ikut ke mana saja kita pergi dan seboleh-bolehnya akan menyuruh kita membeli barangan mereka. Nak selamat buat-buat tak berminat saja. Boleh beli JIKA kita tahu harga sebenar barang tersebut dan kita pandai menawar.

Itu sebabnya Pak Herma tak bawa kami naik ke Tangkuban Parahu pada hari pertama di Bandung sebab bila kita baru sampai dan belum tengok lagi barang-barang di Pasar Baru dan lain-lain tempat, kita akan terdorong untuk membeli di Tangkuban Parahu dan kebarangkalian ditipu itu sangat tinggi. So kami lebih banyak bergambar dan jalan-jalan saja di atas.

Rasa teruja bila sudah sampai ke atas.

Ada kuda so sapa yang nak naik, boleh la naik. Harga tak pasti sebab tak tanya.

Yang warna-warni di tepi jalan tu ialah mafla dan topi. Macam-macam warna ada.

Makin lama, makin ramai orang yang sampai. Nasib baik sampai awal. 

Bila dah lama, kabus pun mula menyeliputi puncak. Nasib baik dah sempat bergambar. Kalau tak, mesti bergambar tak nampak apa.

Ni kabus dah mula banyak. Sesiapa yang sampai lambat, tak nampak apa la. Kena tunggu kabus berlalu la pulak.

Sepanjang jalan ada gerai menjual buah-buahan. Yang paling banyak nanas madu, buah labu dan avocado. Sangat banyak...geram tengok.

Sepanjang jalan juga, ada banyak kebun sayuran. Macam kat Cameron Highlands la. Sejuk dan nyaman je suasana sekitar.

TIPS :

1. Kalau nak ke Tangkuban PArahu dinasihatkan keluar awal pagi. MAcam kami keluar jam 8.00 pagi. Ini untuk mengelakkan kesesakkan di jalan. Kami sampai cun-cun je. Bila turun, berderet kereta dan bas nak naik. Memang jam teruk.

2. Pak Herman kata, ada barangan yang dijual di atas puncak sangat mahal sampai tak masuk akal. Lepas tu kalau ada orang datang nak ajak korang atau bawa korang ke kawah-kawah gunung berapi yang lain janganlah ikut. Nanti korang akan dikenakan caj. Tapi kalau nak pi juga, sediakan aja ongkosnya.


4 comments:

  1. pernah pegi jgk sini..betul tuh...ade penjual yg sanggup hiking (kalau ikut jln hiking)ikut kita sampai atas nak jual brg2 mrk..tangkuban perahulah gunung berapi yg tidak susah untuk naik keatas boleh ngan kenderaan lak tuh..

    ReplyDelete
  2. subhanallah..cantiknya ciptaan Ilahi. mesti sejuk je kan kt atas tu

    ReplyDelete
  3. Subhanallah...cantiknya T.Prahu...

    Tu pasal saya tak berapa gemar bercuti di Indon ni, peniaga2 jalanan nya merimaskan..ngekor aja kita ke mana mana..Saya dah terkena masa gi Bali dulu..hahaha

    ReplyDelete
  4. Tak pernah sampai Kniedaz..... Pernah dengar nama tempat je. Tu pun tajuk filename hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...