It's You!

Friday, May 31, 2013

Bandung Makan-makan

Salam,

Sebelum basi meh kita sambung cerita Bandung-Jakarta lagi ya...

Hari kedua di Bandung, selepas membeli-belah di Pasar Baru, kami dibawa makan tengahari di Restoren Sederhana, Masakan Padang bersebelahan dengan Factory Outlet Mode. Masakan Padang/Minang adalah makanan kegemaran kami, hehe.

Waiter tak habis bawa lauk saya dah snap. Sebenarnya ada lagi dua tiga pinggan lauk untuk kami. Paling suka, sambal lada hijau dia. Sedapnya..makan ngan lemak cili padi ikan tongkol/kayu.

Ketika di sini, Pak Herman akan bawa kami makan di pelbagai rumah makan yang berbeza supaya kami dapat merasa pelbagai variety makanan orang sana. Pak Herman kata, Bandung merupakan syurga makanan macam Penang di Malaysia. Mudah cari makan di Bandung tetapi elakkan makan di tepi jalan takut kebersihannya meragukan. Kalau nak makan juga takde hal, ikut suka la.

Selepas makan, kami ke Rumah Mode dan banyak lagi FO lain sepanjang Jalan Riau. Banyak lagi FO yang kami tak pergi sebab kesuntukan masa. Lagipun bila pergi dengan group besar, kena la tunggu kawan-kawan lain habis shopping. Lain kali mai lagi, insya Allah boleh round banyak FO lagi.


Di Rumah Mode tak membeli pun, sekadar jalan-jalan dalam kedai dan tengok dekorasi mereka. Orang tak la ramai mana mungkin sebab bukan hari minggu.

Untuk makan malam pula, kami dibawa ke Restoren Sangkuriang, khas masakan Sunda. Kalau diberi pilihan, saya lebih suka masakan Padang daripada Sunda tapi sebab lapar, balun je. Di Bandung kalau ikan, lebih kepada ikan darat. Tak jumpa sangat ikan laut, mungkin sebab Bandung jauh dari laut tapi sebab saya makan ikan darat dan laut, kelebihan untuk saya la kalau makan berempat sebab saya boleh habiskan ikan tu..hehehe..Oh ya..ikan tu namanya ikan gurami.

Ni antara lauk di Sangkuriang. Yang dalam mangkuk tu sayur nangka masak asam rebus. Ada jagung, buah belinjau, kacang panjang, suhuun dan nangka di dalamnya. Saya cuma hirup kuah je, tak reti nak makan. Masa diorang serve tu ingatkan tomyam, hahaha.

Kami balik ke hotel lebih kurang jam 9 lebih untuk berehat. Hotel kami letaknya berdekatan dengan Rumah Mode. Ada pasaraya dan McDonald dan spa yang best tapi saya tak sempat nak ke spa sebab lupa nak booking awal-awal seperti yang Pak Herman cadangkan. Lain kali la ye..

Ok ..jap lagi sambung cerita...

8 comments:

  1. Kakcik selalu makan mee bandung dan minum sirap bandung, tapi belum pernah sampai ke Bandung. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. Dua-dua tu kegemaran saya tu kakcik hehehe

      Delete
  2. teringin nak keluar negara jugak..tp belum sampai seru..xpe2..tgk mknn tue sedsap jer

    ReplyDelete
  3. Sedap nya makanan Padang tu..yg makanan Sunda Ikan Gurami tu boleh kot masuk tekak sy.. nampak sedap je.. sayang tak sempat masuk SPA ya.. klu idak mesti best dpt manjakan diri..hehe;)

    ReplyDelete
  4. Style mereka agaknya nangka masak asam rebus.
    Tapi itulah pengalaman juga kalau tak mana jumpa masakan macam itu tempat kita.

    ReplyDelete
  5. sedapnya food tu semua.......
    i pun suka sambal ijo dia tu sis....
    sodap.....

    ReplyDelete
  6. terliurnengok hidangan tu ...semuanyer nampak sedap....

    ReplyDelete
  7. Bestnya dapat Jalan jalankan Kniedaz....okje tah bila nk sampai!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...