It's You!

Friday, May 10, 2013

Ros Buat Mama

Salam,

Semalam petang, seperti hari-hari biasa menunggu Danial pulang dari sekolah petang. Saya selalunya keluar dari pejabat jam 6.00 petang, sampai ke rumah MIL untuk ambil Danish dan Danial (sekolah mereka belakang rumah MIL) je.

Dari jauh nampak Danial senyum-senyum kat saya. Meleret je. Saya tak amik pot sangat sebab dia memang macam tu. Kadang tu ada je benda dia buat, tu nak bagitau saya la tu.

Sekuntum Mawar Merah peneman mama di pagi hari


Bila masuk dalam kereta je, dia hulur kat saya sesuatu. "Nah mama, Danial bagi" sambil hulur sekuntum mawar merah plastik berbalut plastik. "Wah...mana dapat ni? Buat apa bagi mama?" saya saja tanya.

"Danial beli la...satu RM1.50...cikgu kata untuk Hari Ibu." katanya. "Ohh...abistu, dah beli bunga, tak makan ke kat sekolah?" saya tanya lagi. Sehari saya beri dia RM3. Semalam dia beli bunga tu 2 kuntum so RM3 dah. Dia kata dia bawa duit spare RM1 untuk makan.

Terima kasih kepada Danial sebab ingat nak bagi mama bunga untuk Hari Ibu. Anak lelaki ni kalau bab wish Hari Ibu ke Birthday ke dia malu terlebih...lagi2 kalau kita minta kiss atau kita nak kiss diorang. Tak wish tapi ingatan pun dah cukup dah.

HAPPY MOTHER'S DAY TO ALL MOTHERS!
EVERYDAY IS A MOTHERS' DAY


6 comments:

  1. kat sekolah la, memang macam2 dijual utk hari ibu.,
    bagus utk sedarkan anak2 ini tentang itu semua

    ReplyDelete
  2. bagus cikgu tu...kalau dia tak jual...budak takkan raikan mak...

    kim salam cikgu tu.

    kueh

    ReplyDelete
  3. Sebelum ni sy tertanya2 nk bg apa kt mak sy, terimakasih sbb blog ni dah bg idea kt sy, nak bagi mak bunga ros jgk lah..
    Btw, nice to see your blog, please visit mine too, i'm just started in blogging. :)

    insanbiasabiasa.blogspot.com

    ReplyDelete
  4. wah bagus la cikgu sekolah tu...sekurang2nya dia tlg pelajar2 supaya ingati ibu...

    ReplyDelete
  5. Anak aku pun dah tak mau kena peluk2... dia dah 13thn... hahaha

    tapi terasa dia masih kecil dan ditimang2... huhuhu

    ReplyDelete
  6. alahai..bijaknya anak akk.. sweetnya.. =)

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...