It's You!

Thursday, May 30, 2013

Berita Hari Ini

Salam,

Sarapan saya pagi ini.

Pagi ini dimulai dengan sebiji roti canai sardin dimakan tanpa kuah. Tak suka makan roti sardin ngan kuah sebab sardin tu dah ada perisa dia. Macam pelik plak makan ngan kuah. Hehehe..lain orang lain caranya ye tak?

Dalam radio Hot FM tadi dengar tentang bola sepak, Pahang dan Johor. Masing-masing kena denda RM100,000 dan RM20,000. Dan dengar lagi TMJ mahu perlawanan 1 Jun nanti diadakan tanpa penyokong. Ada baiknya sebab saya tengok bila berlaku perkara macam ni, yang kalut sebenarnya penyokong negeri lain. Tak mustahil nanti mereka yang memenuhi stadium Bukit Jalil. Itu cuma pendapat saya je ya....

Di rumah musim demam. Yana dan Yani batuk dan selesema. Mr Hubby dah start batuk dan badan panas sampai mandi jam 3 pagi tadi dan makan ubat. Yani pun bangun awal hari ni. Jam 5 pagi sedang saya menjahit di bilik belakang, dia masuk. Saya pegang badannya agak suam. Sudahnya saya ajak dia mandi pagi. Ketika saya tinggalkan dia tadi, dia sibuk bermain di dalam bilik ditemani oleh abahnya.

Di Penang sekarang malam atau awal pagi hujan di satu dua tempat. Pagi ni pun cuaca sejuk sebab hujan renyai-renyai awal pagi tadi. Aircond dalam pejabat pun sejuk bukan main. Mungkin sebab tak ramai yang masuk perpustakaan memandangkan pelajar masih bercuti semester. Ahad ni baru pelajar baru mula mendaftar masuk so minggu depan sibuk dengan orientasi.

Sekian saja berita penting untuk pagi ni. Mulakan dengan tugas-tugas yang menanti. Petang ni ada mesyuarat kakitangan perpustakaan. Banyak amanat nak diberikan la tu...

7 comments:

  1. saya pun suka makan roti sardin, tp kdg2 best jugak makan ngan kuah dhal. hehehehe
    semoga ur kids dan hubby cepat sembuh ye. take care!

    suriaqistina.blogspot.com

    ReplyDelete
  2. Saya pun masih selsema dan batuk
    Pg nie diet ckit sebab tgh nk Mkn nasi ambeng ;)

    ReplyDelete
  3. perghhh.. dia tayang roti canai... sedap ni..
    feveret fiyya waktu dlm perut dulu... hehehehehe... baru 2 hari lepas saya bantai makan 2 keping skali.. wakakakakak.. lepas tu insaf sekejap.. sbb badan dan macam buntal...
    puchong pun dingin je pagi ni... x de ujan pun.. cuma cuaca mcm dok sebelah bukit je..

    ReplyDelete
  4. kat sini pon hujan jugak dan sejuk aje..boleh kenyang ke makan roti sardin tu?

    ReplyDelete
  5. 1. Kalau kakak janji makan roti canai apa pun mesti nak kuah dia:)
    2. Harap pisang tak berbuah dua kali. Tapi kalau tak ada penyokong tak best pulak kan.
    3. Harap anak dara twins tu segera sembuh
    4. JB pun sama hujan tak menentu sekarang.

    ReplyDelete
  6. saya pun suka roti canai sarding tp makan ngan kuahlah best...hehe

    semoga semuanya cepat sembuh yer..

    ReplyDelete
  7. Teringin pulak nk makan roti canai Kniedaz...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...