It's You!

Tuesday, May 21, 2013

Musim Cuti

Salam,

Minggu depan sekolah dah mula bercuti, ke mana korang membawa anak-anak bercuti? Ada yang balik kampung? Atau ada yang nak bawa anak-anak mandi-manda di sungai, air terjun, water park? Kalau ada ongkosnya, nak ke mana pun ok saja kan?

Minggu ni Danish dan Danial sedang exam pertengahan tahun. Game dihentikan buat sementara waktu, setiap malam ada sesi ulangkaji dengan mama (walaupun kadang-kala sekejap je sebab Yani dan Yana pun sibuk nak ulangkaji juga). Setakat hari ni, alhamdulillah masing-masing kat boleh jawab soalan cuma ada satu dua yang musykil. Itu kita kena tengok result nanti.

Hari Khamis ni saya akan ke Bandung bersama rakan-rakan KKUUiTM. Pergi tak boleh la bawa anak-anak sebab tahu ajalah bila dengan geng pastinya agenda shopping itu nombor satu. Oleh sebab nak kena tinggal anak-anak, lepas balik Bandung kena juga buat aktiviti menarik bersama mereka.

Adik ipar di Putrajaya pun akan balik ke rumah saya minggu depan so mungkin kami boleh rancang sesuatu untuk anak-anak. Biasanya bila cuti sekolah panjang, mereka akan ke Putrajaya. Suami adik ipar yang bertugas sebagai guru tu rajin bawa mereka melawat tempat-tempat menarik di sekitar Kuala Lumpur. Kali ni mereka turun ke Penang so rasanya kami bawa mereka ke belah Penang la pulak.

Antara tempat yang rasanya kami boleh bawa mereka di sini ialah ke Taman Rama-rama, Toys Museum kat Teluk Bahang, Taman Botanikal ke...yang penting semua happy. Rasanya gi piknik pun best juga. Tengoklah macam mana perancangannya nanti. ^_^


Nota kaki : Yang pasti, musim cuti = musim kenduri kahwin. 1hb dan 2hb Jun dah penuh dengan undangan perkahwinan. Makan nasi minyaklah kita.

5 comments:

  1. selamat berlibur ke Bandung ye buk..

    :P

    ReplyDelete
  2. Hai, 1st giveaway ain dah start.. jom join GA ain ni.. ade 30 hadiah menanti anda! :"D

    http://nurainothman.blogspot.com/2013/05/1st-giveaway-by-nurainothman.html

    ReplyDelete
  3. si kakak dah bgtau siang2, kalau cuti sekolah dia nak dok kat rumah nenek. haa kan, bila dah besar ni, kemain mintak itu ini lagi. xpe lah kan, dia pun nk jumpa sepupu sepapat sekali sekala. syok la dpt g bandung. jgn lupa ole2 k :D

    ReplyDelete
  4. Kalau penang destinasi yg wajib pergi adalah naik train kt Bukit Bendera n menu wajib rasa adalah Char Koew Teow

    ReplyDelete
  5. budak2 mesti suka mandi manda kan ida..kena masuk dalam agenda jugak tu

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...