It's You!

Wednesday, November 27, 2013

Aktiviti Hari Ini

Salam,

Pagi ni saya bersiaran dari ruang tamu rumah. Bukan tak kerja tapi minggu ni dah start masuk shif petang sebab student dah masuk. Biasanya awal-awal semester ni tak ramai lagi yang study sampai malam. Tak lama lagi bila assignment dah banyak...ada test...atau exam, barulah library ni penuh orang.

Pukul 9 pagi semua kerja rumah dah siap so saya siapkan sedikit tempahan yang ada. Tapi semalam dalam kalut nak balik, lupa bawa bahan-bahan kraf so terpaksalah buat apa yang ada dulu.

Oh ya...start semalam saya main badminton dengan geng library dan kawan sekerja dari department lain. Dah lama tak main badminton ni pun teruja sebab budak2 lelaki ni dok ajak lama dah. Sebab ada geng perempuan, saya pun pergi la juga. Seronok la pulak...insya Allah minggu depan pi lagi. Tapi terasa gak lenguh badan...mungkin lama tak main dan regangan badan pun xbuat. Next time la pulak.

Petang ni pula ada gotong-royong untuk persiapan mengacau bubur asyura esok. Ini tahun kedua KKUUiTM Pulau Pinang menganjurkan program sebegini. Petang ni gotong-royong mmbersihkan peralatan memasak untuk esok dan penyediaan bahan-bahan kering untuk esok.

Okla...nak sambung berkraf lagi. Nampaknya terpaksalah masuk ofis awal sikit untuk habiskan menjahit ni. Rugi bila ada masa tak habiskan kerja ni. Selamat bertugas. ^_^

8 comments:

  1. Aktivit penuh utk dilakukan ye. Kakak dah lama tak main badminton. Seronok kalau dah selalu lama-lama macam ketagih tau..

    ReplyDelete
  2. ohhh masuk petang rupanya.. kat rmh lah ni...
    teringat zaman2 belajr dulu..klu dah assigment berlambak mmg berumah kat library lah jwb nya...hehe

    ReplyDelete
  3. Time masa terluang buat kraf lah kan , sy ni dok berkira2 bila nk smbg bt kraf blk

    ReplyDelete
  4. sedapnya kan kacau bubur asyura ramai2..

    ReplyDelete
  5. pandai u main badminton sis...
    memang takat kasi bola lambung gitu lepas ler...
    smash smash bagi ya ampooooooooooonnnn...fail hehehehehe

    ReplyDelete
  6. baca dari atas bunyinya Husna tikam Umi. hahahaha.

    shift petang mula jam berapa sampai berapa?

    ReplyDelete
  7. Salam Kniedaz

    Seronok jugak beriadah ni.. tapi makchaq tak boleh main badminton.. mata tak berapa betui.. pukui selalu tak kena.. shuttle kat lain nampak macam kat lain... semangat pukui rupa2nya pukui angin...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...