It's You!

Friday, November 22, 2013

Happy Couple

Salam,

Dah lama saya tak membelek apa-apa majalah. Dulu, saya akan baca majalah kegemaran saya iaitu Mingguan Wanita setiap minggu, tak pernah miss. Bila dah kerja ni, suka pinjam majalah Better Homes & Garden dan Housekeeping di perpustakaan.

Tahun ni, boleh dikira dengan jari berapa kali membaca majalah. Semalam pegang satu majalah, 4 hari yang lepas satu majalah dan hari ni pun satu majalah. Saya perasan sekarang, saya pegang majalah selalunya bersebab...bila hati sedang runsing atau kepala tengah serabut. Bukan saya membaca isi pun, kadang-kadang tengok gambar je. Kalau jumpa artikel bagus, baru saya baca.

Muka depan Che Ta ngan Zain tuuuuu...

Eh melalut pula. Saya sedang membelek majalah Wanita keluaran November 2013. Ada satu artikel oleh Saudara Zaid Mohamad tentang "Mencipta Pasangan Bahagia". Saya tertarik dengan analogi yang satu ini "Jangan kamu jadikan isteri kamu seperti sebiji bola sepak, ditendang-tendang untuk menjaringkan gol. Jangan juga kamu buat dia seperti bola jaring, dibaling-baling untuk masuk net. Jangan sesekali jadikan dia seperti bulu tangkis badminton, pantang dapat peluang, mesti nak smash sahaja. Sebaliknya, jadikanlah isteri kamu seperti sebiji bola ragbi: dipeluk erat dan kemas, walaupun ramai yang cuba merebutnya. Bawalah dia berlari hingga ke akhir garisan."

Nak kongsi juga 5 idea mudah raikan pasangan seperti di dalam majalah ni:
1. Peluk dan cium beberapa kali sehari.
2. Permudahkan tugas pasangan - membantu.
3. Belikan hadiah/kejutan tanpa sebab.
4. Bersenam bersama.
5. Luangkan masa bersama untuk berbual dan bergurau.

Nampak macam mudah tapi kalau tak pernah dibuat tetiba nak buat, rasa kekok juga. Yang penting kita ada niat dan usaha untuk membahagiakan pasangan kita. Insya Allah.

9 comments:

  1. hahaha. best juga analogi tu... memang betol - kalau main ragby - kalau kena tekel macam mana pun peluk bola jangan lepas. tapi bila dah jatuh ke tanah - tak boleh peluk dah. kena lepas kalau tak foul.

    kueh

    ReplyDelete
  2. yup..
    nak raikan pasangan kita cuma perlukan simple gesture...tak perlu keluar wang banyak2...:)

    ReplyDelete
  3. erm..dah kawin ni, tgh pjj.. tak dapat nak buat yang first tu..hik3..

    ReplyDelete
  4. kekok untuk first time. lagi pun budaya kita ni kan lain sket dari depa. huhu

    *wah cakap macam sudah ada pengalaman meh?

    ReplyDelete
  5. InsyaAllah boleh di amalkan... sgt tertarik dengan analogi tu...
    salam hujung minggu :)

    ReplyDelete
  6. Btl tu kdg2 benda mudah je , tapi susah je nak buat

    ReplyDelete
  7. tang analogitu dah lama terbaca tak ingat kat mana..
    sebab ada budak opisni main ragbi bangga dia masa kita kongsi analogini...
    memang nampak mudah tapi tak mudahkan...

    ReplyDelete
  8. patut bg para suami membacanya hehe..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...