Salam pagi Jumaat semua. Apa ya nak share pagi-pagi ni? Meh share gambar cik kak sorang ni. Yani sekarang sangat bijak bercakap. Idola dia ialah Ustaz Don. PAntang ada gambar Ustaz Don mesti dia panggil kami tengok sama. Semalam dalam tv Al-Hijrah ada siaran langsung Yahanana tu...macam Malam Cinta RAsul juga. Lepas tu dia nampak Ustaz Don duduk sebelah Habib Syech.
"Mama...mama..mai tengok ni..ada Ustaz Don"
"Cepat la mama..."
Dia pi duduk depan tv sambil terlompat-lompat.
"Awat Ustaz Don tu lena? Hish...awat Ustaz Don lena? Dia lena pulak"
Sebenarnya UStaz Don tengah tunduk sambil dengar zikir.
"Eh..UStaz Don menari la...macam ni.."
Dia buat hayun badan.
MIL kata nanti tok Nani bawak Yani gi jumpa UStaz Don. Ada program kat Masjid Perda yang melibatkan UStaz Don. Alhamdulillah, idola dia Ustaz Don. Bila dia tanya ngan saya, mama suka ustaz mana? Saya cakap, "mama suka Ustaz Kazim" hehehe...lepas tu dia lari pi bilik tok dia ambil booklet Darul Barakah, ada gambar Ustaz Kazim. "Nah mama...ni Ustaz Kazim..mama baca tau"
Model cilik...hasil tangkapan di Pekan Penaga
Nota kaki : Semua idolanya ialah UStaz, Ustaz Don, Ustaz Kazim, Ustaz Azhar Idrus...
Anak masih mentah ini sebenarnya terikut pengaruh dari dlm keluarga. Kalau pendedahan keluarga ke arah ini, tak hairan dia jadikan ustaz semua itu idolanya.. Jadi kitalah yg membentuk sebenarnya...
ReplyDeletealhamdulillah....jgn la dijadikan artis sbg idola ya cik adik bambam...
ReplyDeletePandai yani :).siap gigit kaki ketam lg ni.hehe..slam jumaat kak kniedaz
ReplyDeletebagusnya ..idola seme ustaz ustaz...hehe
ReplyDeletealolo... comelnya lah anak dara sorang ni. petah bercakap pulak tu. bagusnya idola dia semuanya ustaz2 belaka. sejuk perut ibu mengandungkan dia~
ReplyDeleteAlhamdulillah.. sgt bagus bila anak2 dah mula jadikan tokoh agama sbg idola..mudah2an hingga besar bgtu...comel gambar model pegang ikan tu...hehe
ReplyDeleteAlhamdulillah....
ReplyDelete