Buka Facebook hari ni banyak cerita tentang kejayaan anak-anak dalam peperiksaan UPSR. Semuanya mengundang air mata di mata saya. Kenapa? Sebab saya merasa sebak kerana melihat kesungguhan mereka belajar telah membuahkan hasil yang lumayan bagi mereka. Apatah lagi, ibu bapa mereka yang pasti berbangga dengan kejayaan yang dicapai.
Saya masih belum dapat merasai gemuruh di dada ketika menantikan keputusan peperiksaan besar anak-anak. Masih ada lagi dua tahun untuk saya tapi saya memang jenis cengeng, orang jawa kata 'gembeng'. Waktu Danish dan Danial naik ke pentas menerima anugerah di tadika dan sekolah je sudah buat saya bergenang air mata. Lepas tu mulalah cover macam sedang selesema. Tak dapat bayangkan jika mereka menduduki peperiksaan besar nanti.
Apa pun keputusan yang anak-anak kita peroleh, sebolehnya kita perlu terus memberi semangat kepada mereka supaya terus lebih berusaha. Insya Allah, mereka akan berjaya dengan doa dan bimbingan kita.
SEORANG bapa, Razali Harun, 45, yang berkerja sebagai buruh binaan dengan gembira terus menggendong pulang anaknya Amir Zuhaidi Razali, 12, yang mendapat keputusan cemerlang 5A dalam UPSR 2013 untuk memberitahu kepada ahli keluarga lain di Kampung Hutan Pasir, Ketereh. Amir, murid Istimewa Orang Kelainan Upaya (OKU) Sekolah Kebangsaan (SK) Ketereh mengalami kecacatan kaki kiri akibat kemalangan
Cc:Harian Metro
Cc:Harian Metro
Nota kaki ; Saya sangat terusik dengan gambar dan berita di atas. Kalau saya jadi bapa tu pun, saya akan berbuat demikian. Semoga pelajar ini terus cemerlang untuk masa depannya dan keluarga.
sy pun tersentuh tgk gelagat mrk..sedey bercampur gembira..
ReplyDeletekptsn bkn sbg pngukur abadi tp kejayaan yang diperoleh itu lbh bermkna =)
ReplyDeleteAda ternampak di FB smlm pic ni..mmg bergenang juga air mata..sedih & terharu ssb walaupun anak ni cacat tapi amat cemerlang dlm pelajaran nya.. sama lah kta ni..jiwa mudah tersentuh...huhu
ReplyDeleteaku bangga dgn dia.
ReplyDelete.
syukurje kanns.,uHUuu
ReplyDeletehaah... walaupon miskin, tapi cara dia raih utk anak, mmg membuatkan hati ni terusik... kan kan
ReplyDeleteSA pun rasa sebak..harap2 turn Dania nanti SA boleh berbangga macam ibubapa yang lain...eh...ada UPSR lagi ke time tu erk?
ReplyDeleteBetullah Kniedaz...okje pun sangat sebak dan terharu.... Pandai pandai pulak anak depa tu... Anak depa pun rajin pulak belajar....Contohilah mereka wahai anak anak ibu
ReplyDelete