It's You!

Monday, November 18, 2013

Santai 2

Salam,

Ni sambungan entri santai sebenarnya. Dalam dok rileks tengok tv, Mr Hubby ajak kami keluar ke Sungai Petani. Hajatnya nak beli nasi beriyani lepas tu bawa budak-budak berjalan tetapi kedai Nasi Beriyani tu tutup la pulak. Nak cerita kat mana kedai tu pun tak tau nak habaq, huhu.

Mr Hubby bawa kami ke Amanjaya Mall, dia kata sebelum ni dia pernah pi kat situ dengan MIL lepas membeli nasi beriyani juga. Besar juga shopping complex ni dan ada macam-macam. Budak-budak dapat main kat playground dalam shopping complex tu, memang dah tak ingat dunia...dengan si abang-abang pun excited gila. Seperti biasa, saya dan Mr Hubby pun masuk sama jadi supervisors.

Muka apa ni Yani???

Layankan ajela...

Masa ni la boleh panjat, lompat, lari, golek sesuka hati diorang

Penat bermain, masa untuk minum susu!

Supervisors yang kerjanya melepak sambil tengok anak-anak.

Lepas main sakan, siap minum susu dalam tu, semua orang dah letih, kami pun balik. On the way balik, singgah makan bihun sup kat Lahar Kepar. Sampai umah solat dan tidurkan dua budak kembar, lepas tu saya layan CSI:New York back to back sebab dah record. Layan sorang-sorang sebab Mr Hubby dah lena dan dua budak lelaki tu dah sibuk dengan PS2 diorang.

Malam pulak sebab tak tau nak makan apa, bawa budak-budak ke Bagan, makan KFC. Mula-mula ingat nak tapau KFC tu pastu makan kat tepi pantai tapi hujan la pulak. Lepas makan dan ronda-ronda, kami pun balik umah. Seharian bawa anak-anak berjalan, walaupun tak buat apa sangat tapi seronok tengok diorang happy. Insya Allah, Mr Hubby kata nanti dia akan bawa kami pi berjalan sempena cuti sekolah. Saya, kalau bab berjalan, memang suka saja, lebih-lebih lagi dengan orang-orang tersayang, duduk tepi jalan makan aiskrim pun dah best.

Sekejap je dah besar dan pandai buat muka cheeky bila bergambar



My little noty girl


Itu jela aktiviti kami hari Sabtu. Korang pulak macamana ye? Mesti lagi havoc...

6 comments:

  1. ohhh keluar jugak lah kan waktu sabtu tu..hehe..seronok2 budak2 bermain...kmi duk rumah je masa sabtu tu...tak keluar sbb babah Pa'e keja... rindunyaaa dgn Sungai Petani..sy pernah duk sana dulu...kt Taman Ria Jaya...:)

    ReplyDelete
  2. ala comeljer buat muka cam gitukan.. seronokkan berhujung mingguni...

    ReplyDelete
  3. kenapa tak singgah rumah auntie, yana dan yani? huhu

    ReplyDelete
  4. Bestnya ada anak kembar yg tomeikan Kniedaz....
    Lebih kurang je perjalanan hidup kita bila tiba hari minggu Kniedaz...Gi mengukur jalan lepas tu makan makan...

    ReplyDelete
  5. Aduhh..syoknya bermain-main dan manja-manja.. Che Mid pun pernah tinggal di Sg Petani..suka makan cendol dan moi sup...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...