It's You!

Tuesday, November 12, 2013

Random Stories

Salam,

Hari ni rasa bosan. Meh tempek gambar2 random yang ada dalam hp saya ni. Saya ni suka ambil gambar, kadang tu gambar yang bukan-bukan je. Saja seronok-seronok tapi biasanya memang nak mengusik. Hehehe...

Hahaha...waktu tangkap gambar ni saya gelak tak henti-henti. Waktu mesyuarat bulanan dan Hari Ini Dalam Sejarah, saya kena duduk barisan belakang so bila dah duduk belakang budak2 lelaki ni, apa lagi...buat kerja mendajal la...dah tangkap terus upload dalam WhatsApp geng library. Noty me..

Gelagat budak bambam yang baru bangun tidur. Sibuk main dengan sticker. Bubuh kat muka mama sambil kiss-kiss mama dia. Gebu la kamu ni Yani!

Ahad yang lepas, singgah di Sunway Carnival sebab nak tapau sandwich kat Subway. Yana cukup suka dengan gajah ni. Dia tanya "Ama..leh egang tak?" so saya kata boleh. Dia pegang gajah tu, dia bercakap ngan gajah tu lepas tu dia suruh saya ambil gambar dia dengan gajah. Yana pun macam Danish, jarang nak suruh kita ambil gambar dia. Kalau dia suruh tu, maknanya dia suka la tu.

Tu je la cerita random saya hari ni. Nanti kita cerita benda lain pulak. Cuti sekolah dah nak mula, apa perancangan untuk anak-anak? Saya tengah berfikir-fikir ni...


8 comments:

  1. ahahha..lawak gak pic no 1 tu..budak lelaki klu tgh meeting mmg ada je keja lain dibuatnya...
    alo..lo..lo..budak kecim bam2 ni dah pandai posing...
    cuti sekolah still keja..anak kecik lg...hehe

    ReplyDelete
  2. Cara duduk Yani tu kan, dulu masa kecil aku selalu buat macam tu. kaki flexible aje ke belakang. tapi bila dah tua ni aku dah tak pandai nak buat lagi dah. kaki dah keras.

    ReplyDelete
  3. Alahaiii..tembamnya pipi...

    Akak masih dok tengok2 lagi bab cuti2 Malaysia utk cuti sekolah ni, bajet dah mengecut pulak...ahahaa.... Maknanya pi mandi kat Sungai Congkak jelah.

    ReplyDelete
  4. salam....setiap ' body language' tu ada makna yg tersirat..

    ReplyDelete
  5. seronok layan kerenah si kecik ni. Buat kita lupa masalah lain.

    ReplyDelete
  6. Comelnya budak bam bam tu...geramsss

    ReplyDelete
  7. nasib baik takde gambar lelaki pakai stokin lain2 kaler.. hahaha

    ReplyDelete
  8. Ala tomeinya budah kembar ni gerammm....
    Hehe OKje suka gak mendajal ni Kniedaz.... kalau kita yg kena dajal baru taukan...hehe.

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...