Hari ni, ada lawatan pelajar sekolah menengah daripada Balik Pulau di UiTM dan mereka singgah di perpustakaan. Tengok wajah adik-adik yang pelbagai ragam. Ada yang menumpukan perhatian kepada taklimat yang diberikan, ada yang dah letih berjalan, duduk di sofa menonton tv, ada yang rajin membaca sedang membelek-belek buku-buku atau majalah yang ada. Ada juga yang tak ambil port dengan semua benda dan duduk sendiri termenung. Ada yang bersembang dalam group masing-masing. Pelbagai gelagat.
Sebenarnya nak cerita apa? Sebenarnya saya nak cerita pasal beg sekolah. Budak-budak sekarang ni kalau mak bapak belikan beg sekolah, mesti nak yang cantik dan bergaya je. Yang cikai-cikai mana nak. Kalau Danish dan Danial, walaupun baru sekolah rendah pun dah tau jenama beg yang bagus. Harga beg pun dah mencecah RM50 ke atas.
Cuba kalau zaman dulu, waktu saya bersekolah, arwah abah takde la nak belikan beg mahal-mahal dan saya pun tak berani nak minta yang bukan-bukan. Kena jegil ngan abah, sia-sia je. Pernah saya bawa beg mesyuarat abah ke sekolah sebab beg sekolah saya dah koyak. Nak beli baru, mesti tak approve so mak ambil beg mesyuarat abah, bagi saya guna. Udahlah saya ke sekolah macam cikgu pulak. Huhu...tapi tak ble nak merungut dan tak pandai nak merungut...yang nak belajar saya, bukan beg!
sekadar hiasan
TApi, cuba cakap macam tu kat anak-anak sekarang. Mau tak dia balas balik dengan alasan yang konkrit gitu. Perbezaan ketara zaman dulu dengan sekarang. Beza juga pemikiran anak-anak dulu dengan anak-anak sekarang. Sekarang mereka cepat bijak, lebih outspoken dan berani. Ada juga yang berani tak bertempat. Ai..ai..melalut plak dari cerita beg. Kalau nak minta beg baru, mesti cakap kat mak sebab abah garang...kalau mak boring sangat, mak kata tak payah beli, pakai je beg plastik. Hoh...sadis betul la mak ni!
Bila diingat ada masa rasa kelakar, ada masa rasa macam nak menangis pun ada. Oleh itu, kepada yang berkemampuan, belikan la anak-anak anda beg sekolah sebab anak-anak sekarang, kalau tak dapat beg sekolah baru atau apa-apa jelah yang baru, boleh mogok tak pi sekolah. Kalau kita buat macam tu dulu, mesti dah kena bantai ngan getah paip!
Btul tu...dlu sy bju skolah pun jarang dpt yg baru bila nak msok skolah...beg...plak beganti dgn adik beradik..mmg x de semua bru pun....alat tulis juga, ..pendek kata...bila sesi persekolahan dah mula...mmg jgn harap nak mntk yg baru2....sebab...arwah abah...lebih pada simpn duit utk bayar yuran dan buku tulis...
ReplyDeleteye..setuju..duit tu berguna untuk benda yg lebih penting
DeleteSama lah saya...beg sekolah saya, bukan nya setiap tahun berganti...huhuhu..
ReplyDeleteZaman akak dulu masa sekolah rendah guna beg peti tu...ahahaha... Bila sekolah menengah guna beg kain tu ja yg ada gambaq Penang Bridge tu. Tu pun dah rasa seronok sangat. Nak bergaya macam kawan2 lain tak dapat le sebab mak je kerja sensorang.
ReplyDeletetu la kan kak...zaman kita, terima je apa yang ada
Deletesama la, saya pun tak berani nak minta beg baru kat mak ayah masa kecil… guna la beg tu selagi boleh pakai…
ReplyDeleteMasa kecil, saya tak suka tau bila ayah compare dgn susahnya hidup zaman dia…. skrang baru saya sedar kenapa ayah selalu cakap macam tu… so skrang saya pun cuba ajar anak2 supaya tidak terlalu dimewahkan supaya mereka tahu erti bersyukur… kalau nak apa, kena usaha sendiri :)
nasib baik aku duk hostel, bawak buku tulis 1 dan pen sebatang. lenggang..hahaha
ReplyDeleteingat dulu beg sekolah guna sampai koyak2..dahla plak warisi drp abg kakak punyer..sedey kan..:)
ReplyDeleteaku dulu ada seorg kawan.
ReplyDeletebudak cina.
dr form 1 sampai form 5.
pergi sekolah bawak buku dalam raga.
org ejek mcm2.
sikit dia tak heran.
aku suka dia.
.
kak tas, kawan kau sekarang jadi apa? masih contact dengan dia?
Delete