It's You!

Tuesday, November 5, 2013

Awal Muharam

Salam,

Cuti awal muharam...duduk di rumah...mengemas rumah, memasak untuk family. Dah lama saya tak memasak selengkap ini...bukan tak mahu masak, tetapi bila dah bekerja, semuanya nak ekspres..semua nak cepat so biasanya hari bekerja kalau masak pun mesti masak makanan yang mudah macam nasi goreng atau lain-lain yang ada "goreng" belakangnya atau lagi ekspres beli kat kedai. Saya respek ibu bekerja yang mampu memasak setiap hari. Rasanya...saya pun boleh....kan?

Tahun baru, apa azam baru kita? Pastinya kita mahu jadi yang lebih baik daripada kita sebelumnya. Saya juga begitu tapi azam saya tahun baru ni nak memperbaiki hubungan saya sesama insan dan dengan Allah semestinya. Satu je azam tapi insya Allah sekiranya tercapai, hidup saya akan lebih bahagia, lebih gembira dan lebih tenang. Bila hati tenang, segala perbuatan kita samada untuk bekerja atau berhibur akan lebih diredhai.

Apa azam tahun baru kalian? Semoga apa sahaja yang kita minta, memberi kebaikan sehingga tahun hadapan. Tinggalkan korang dengan hidangan tengahari kami...selamat bercuti dan menjamu selera. ...hehe



Nota kaki; Jangan jadikan kesalahan yang sekelumit menutupi kebaikan yang menggunung. Jangan jadikan kebaikan yang pernah kita lakukan sebagai tiket melakukan keburukan.

7 comments:

  1. Nyum2..rajinnya akk masak2 ni..byk lauk pauknya tu..salam maal hijrah ya kak :)

    ReplyDelete
  2. senget kepala nak tengok lauk tu.

    ReplyDelete
  3. Hari hari berazam..dan hari hari aku gagal laksana sebahagiannya..huhuhu

    ReplyDelete
  4. wahh sodappnye laukpauk tuu makk.. ehhHee

    ReplyDelete
  5. akak cuti awal muharrram dgn pergi berendam hehe

    ReplyDelete
  6. sesekali memasak berderetkan...
    moga di tahun baru kita akan lebih berbahagia...

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...