It's You!

Monday, November 25, 2013

Lumrah

Salam,

Salam hari Isnin. Tak sempat nak menulis di blog pagi tadi sebab ada mesyuarat KKUUiTM (Kesatuan Kakitangan Umum Uitm). Agenda hari ni ialah tentang majlis mengacau bubur asyura, dan beberapa aktiviti kesatuan untuk tahun hadapan.

Selesai mesyuarat, dah masuk waktu Zuhur dah. Sempat buat sedikit kraftangan tempahan pelanggan dan petang ni baru berkesempatan untuk menulis. Tak ada apa pun yang nak dikongsi cuma sedikit gambar anak-anak semalam. Ada masa diorang ni baik sangat boleh duduk berempat sama-sama tapi ada masa, gaduh tak ingat dunia. Tapi saya percaya bila mereka menginjak dewasa, mereka akan jadi rapat...macam saya dan adik2. Bergaduh..berkelahi...memang lumrah lebih-lebih buat anak-anak. Semoga mereka sentiasa bersatu, sayang-menyayangi antara satu sama lain. Love u!

12 comments:

  1. Blood is thicker than water... macam itulah anak-anak, ada tak puas hati bergaduhlah sikit, tapi kadang airmata masih bertakung tapi dah boleh ketawa dan main sama-sama...

    ReplyDelete
    Replies
    1. betul tu kak...baru lepas nangis pun ble ajak main sama lagi huhu

      Delete
  2. orang kata, biar masa kecil mereka bergaduh, bila besar jadi rapat..
    pengalaman kakle yang ada 9 orang adik. 7 darinya lelaki, heee

    ReplyDelete
  3. sedangkan lidah lagi tergigit inikan pula adik beradik..ahaks

    kueh

    ReplyDelete
  4. yang pakai baju merah tu Yana ke Yani? memang betul² pejam mata eh?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Yang baju merah tu Yani...dia sebenarnya nak kenyit mata hahahaha...

      Delete
    2. Yani, kenyit mata sebelah aje la. kalau dua-dua mata dah kira pejam-pejam mata. hahaha

      Delete
  5. alo...lo..lo..comel nya depa berempat ni kan... biasalah budak2 gaduh2 jgk tapi bila rapat tu mmg tak nak renggang...hehe...:)

    ReplyDelete
  6. Air dicincang tak kan putus :) gaduh jap baik jap

    ReplyDelete
  7. ala..sweet 4 org ni...bergaduh manja kan..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...