It's You!

Thursday, January 28, 2010

Review...Vanishing Acts


Tajuk : Vanishing Acts a novel
Author : Jodi Picoult
Genre : Drama
Publisher : Atria Books

Lama dah tak wat review buku2 yang aku baca. January ni ada beberapa buku yang aku baca tapi rasanya nak wat review untuk novel Jodi Picoult ni.

Vanishing Acts merupakan sebuah novel mengenai pergolakan jiwa 5 watak utamanya, Delia, Andrew, Eric, Fitz dan Elise.

Delia merupakan seorang wanita yang berusia 32 tahun, mempunyai seorang anak perempuan dan tinggal bersama bapanya. Sejak kecil, dia bersahabat dengan dua orang lelaki Eric dan Fitz dan menjadi sahabat baik. Menjelang hari perkahwinannya dengan Eric (ya...sahabat baik dia tu) bapanya Andrew telah ditahan oleh polis atas dakwaan menculik dirinya ketika berusia 4 tahun. Sejak hari bapanya ditangkap, Delia mula mengalami konflik diri : siapa dia sebenarnya sebelum bapanya menukar identitinya menjadi Delia Hopkins.

Andrew seorang lelaki 50an yang telah melarikan anaknya (Delia) untuk kehidupan yang lebih baik. Dalam usahanya untuk melindungi anaknya daripada isterinya yang ketagihan arak, dia telah menyimpan pelbagai rahsia hidupnya & Delia daripada masyarakat. Penangkapannya telah membuka satu dunia baru baginya untuk muhasabah dirinya.

Eric seorang peguam dan juga tunang Delia yang mengalami ketagihan arak sejak usia muda. Apabila mengetahui Delia mengandungkan anaknya, Eric melamar Delia tetapi ditolak oleh Delia atas alasan Eric tidak layak menjadi seorang bapa. Dia berusaha untuk mengatasi ketagihannya dengan mendapatkan bantuan profesional. Apabila Andrew ditangkap, Delia mengharapkan Eric untuk membebaskan bapanya. Dalam usahanya itu, dia mengalami konflik diri sendiri dan hampir2 putus asa.

Fitz seorang wartawan, sahabat baik Delia & Eric. Dalam masa yang sama dia menyimpan perasaan cinta terhadap Delia tetapi kerana tidak mahu kehilangan sahabat, dia menyimpan perasaannya. Sedang dia berhadapan dengan konflik kerja (bos dia suruh dia wat liputan & berita tentang Delia & Andrew) dia merasakan dia tidak dapat lagi membendung rasa cintanya kepada Delia.

Elise, ibu Delia yang telah 28tahun tidak berjumpa dengan Delia. Ketagihan arak yang dihadapinya sejak sebelum melahirkan Delia mengakibatkan Andrew nekad membawa lari Delia. Selama 28 tahun menanti Delia, dia sedikit hampa apabila Delia tidak dapat menerima hakikat yang ibunya seorang pemabuk.

Novel ni ditulis berdasarkan setiap watak. Bab pertama kita membaca sebagai Delia, bab kedua kita jadi watak lain, so sebenarnya kita dapat menjiwai watak2 yang ada dan faham kenapa watak2 tu melakukan perkara2 yang diorang lakukan. Kisah penculikan oleh ahli keluarga ni kadang-kadang seram bila kita dengar. Orang yang kita kenal dan percaya belum tentu berniat baik. Tapi dalam kes Andrew & Delia, masing2 ada sebab tersendiri.

Note : I'm taking a long time to finish this book coz i've to stop in the middle of it to do so many things..hehe..but at last, i've managed. ^_^

9 comments:

  1. oh. dah macam eclipse dan breaking dawn pula :)

    kita selami watak yang berbeza... :)

    ReplyDelete
  2. Faisal : i guess so..xbaca lg eclipse & breaking dawn...pasal vampire twilight tu ker..akak x follow citer n novel dia huhu..best ker?

    ReplyDelete
  3. hye!

    i pon suka baca novel2 camni.tapi sejak bersalin mmg susah nak baca, sibuk melayan anak.

    bila anak da tido, i pon da selamat tido.hehe.

    ReplyDelete
  4. Misbehave : betul tu, sejak ada anak nak habiskan satu novel mkn berminggu, dulu 2-3 hari dah abis..huhu..

    ReplyDelete
  5. sangat best akak. should try... baca dari twilight :)

    btw, dalam radio tu... handle with care by jodi :)

    ReplyDelete
  6. Faisal : Ok nanti akak cari twilight dulu...buku Picoult tu pun akak akan cari jugak..hehe..thanks

    ReplyDelete
  7. akak ikut twilight, new moon, eclipse dan breaking dawn.

    tapi semakin lama, buku meyer semakin tebal!

    akak dah tengok movie twilight tak? or new moon?

    my suggestion, akak baca dulu then baru tengok movie.

    june ni eclipse akan ditayangkan. sempat kejar tak? hehe.

    ReplyDelete
  8. Wah.. mesti best ni. I pun belum lagi start baca baca novel yang i beli waktu di Malaysia. belum ada masa.

    ReplyDelete
  9. Faisal : hehe..tak tgk lagi pun movie dia..tula..ingat nak baca buku dia dulu sbb biasanya versi movie dia tak se'detail' dlm buku..

    SJB : wah...sempat beli buku di Malaysia ya SJB..happy reading to u!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...