It's You!

Tuesday, January 19, 2010

Kecik2 dah jadi pembuli!

Geram betul!
Danish menjadi mangsa buli di sekolah! Mula2 tu kami confuse kenapa 2 hari ni dia tak bubuh pun lebihan duit belanja sekolah dalam tabung. Bila Tanya beli apa, dia diam je. Tak menjawab sepatah pun.
Semalam, hubby bagi dia RM3 untuk belanja ke sekolah. Pagi tu aku singgah beli kuih 3 ketul kat dia. Aku kata kalau tak mau makan boleh makan time balik. Petang tu bila amik dia n adik dia macam biasalah kami tanya beli makan apa? Dia kata dia tak beli apa, Cuma makan kuih yang mama beli je. Hubby Tanya duit RM3 tak belanja ada mana? Dia diam je. Hubby ada keje ptg semalam so aku lah tukang korek rahsia.
Sampai umah je, lepas letak beg dan bubuh baju kotor dalam mesin basuh aku Tanya dia lagi. Mana duit belanja. Dia kata hilang. Aikk??? Macamana leh hilang pulak. Aku desak dia lagi, dia bagi kat kawan ke? Ada kawan mintak ke? Ada beli apa2 ke? Dia diam je.
Tahap kesabaran pun dah makin kurang. Aku capai hanger (tapi xpukul lagi tau, nak gertak je). Aku ulang soalan yang sama sampai dekat ½ jam baru dia bagitau. Tupun mata dah merah tahan nak nangis.
“Ada budak amik duit dia time rehat. Dia minta & cakap kalau Danish tak bagi, dia nak pukul” Aku hangin satu badan. Amboi…kecik2 dah belajar jadi samseng. Bukan berkira pasal duit RM3 tu tapi ada ke patut budak tahun 1 dah pandai tunjuk lagak pembuli macam tu? Dahl ah tu…pekena pulak si Danish..anak aku tu nama je tahun 1 tapi kurus giler dan tak reti nak balas balik. Dia pelembut sket orangnya tak macam adik dia Danial.
Lagi satu budak yang pau duit dia tu adalah budak yang sama dok kacau dia time kat tadika dulu sampai Danish tak mau p sekolah 2 minggu. Bila bagitau kat hubby dia lagi hot. Dia kata arini dia nak p tunggu bapak budak tu. Kami dah maklumkan pada cikgu kelas Danish tapi tak tau apa outcomenya. Tunggu petang ni (19 Jan) baru tau.
Geram tak habis lagi..

Nota : Kalau dari kecil tak ditegur, takut perbuatan budak tu melarat. Kami nak jumpa parents dia bukan nak cari gaduh, tapi nak cari jalan perbetulkan budak tu sebelum jadi lebih teruk…dan menjamin keselamatan anak kami. Budak2 zaman sekarang, x sama dengan zaman kita..huhu


4 comments:

  1. U rite, time kita kita dulu, semua pun takut mahu membuli. Tapi, sekarang ni. Susah. Eee geramnya.

    ReplyDelete
  2. dasyat nye budak2 skrg ni..ganaz tul...agaknye mereka tiru di tv la kot...ish...camne leh jadi samseng gitu...

    mintak2 la anak sy tak jadi samseng tu....takut gak...sbb danish sy tu nakai skit...harap2 dia tak nakai bila besar nanti..

    ReplyDelete
  3. ~aSHa~ : betul tu..tak sangka kecik lagi dah macam tu...sian Danish saya..by the way, yang buli dia tu pun nama Danish..huhu..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...