It's You!

Saturday, February 27, 2010

Weekend to be enjoyed & cherished...have any other way if u like!

Cuti..cuti
but am very busy
got lot of things to do
the engagement ceremony will be held tomorrow
today i'm busy with the preparation
i'll update on monday
with lots of photos i hope
just wanna wish all of u
a happy holidays & a wonderful weekend
enjoy!

note : apsal tetiba n3 aku ni mcm poem? Ahhh..abaikan! ^_^

Wednesday, February 24, 2010

Cuti...di mana ya?

Sedang berfikir di mana hendak membawa hero-hero berjalan cuti sekolah bulan Mac..
Nak balik Johor tapi banyak sangat undangan kenduri kawin rakan2..
Rasanya kalau bercuti pun, bercuti tempat yang dekat2 saja
Pantai perhaps?
Air terjun?
Sungai?
Musim panas...yang teringat cuma air...air...air...
Mmm...

Note : Ni n3 pendek org yang malas nak wat n3...tapi tak sanggup biarkan blog tak berupdate...

Tuesday, February 23, 2010

The day u left us, u left us with lots of love & memories


Kami satu family time adik bongsu kawen

Terbaca satu emel daripada teman tentang surat terbuka seorang anak kepada ibunya yang telah meninggal dunia. Teringat pada arwah abah...

Abah garang tapi bertempat..

teringat selalu kena sebat ngan tali pinggang sebab main hujan. Kalau tak dengar kata atau dia geram, dia simbah kami dengan air je. Seingat aku, selain sebat, dia tak penah pukul kami dengan lain2 material : just tali pinggang & air.


Abah sayang anak2nya
ingat lagi...
dulu kami taklah mewah (sekarang kalau Danish & Danial nak apa2 selagi boleh kami akan tunaikan). Pernah kami nak sambut birthday adik bongsu yang jatuh satu bulan dengan arwah abah, kami masak macam2 untuk majlis tu tapi takde kek. Abah g pekan naik moto Honda merah dia beli kek span. Walaupun bukan kek besday macam zaman sekarang tp sebab adik nak kek dia sanggup g beli kek tu...(bila ingat yg ni mesti nak nangis huhu..)


Abah pemurah
Bila dapat wet lebih, dia mesti bawak kami nek keta Datsun Putihnya g pekan makan sate atau g jalan2 kat pantai sambil berkelah (mak akan masak makanan n kami makan kat tepi pantai)


kla..takleh taip lagi sebab rasa nak nangis plak...emosional plak arini..huhu..anyway we always love u abah, semoga abah tenang di sana, amin.

Monday, February 22, 2010

He's going back to school..that little boy of mine..^_^

Selepas 2 minggu lebih Danial tak mai sekolah sebab demam campak, hari ni dia melangkah ke sekolah dengan penuh semangat...chewahhh! (mama dia pun semangat nak anta ke sekolah). Punyalah excited nak g sekolah balik malam tadi dua tiga kali dia terbangun. First time kul 2.30pagi..dia bangun dari tidur tersenyum lepas tu merapu pasal nasi lemak pak kasim ke apa..mana datang ntah?? mimpi la tu..
Kali kedua kul 4.00pagi dia kejut aku tanya kul berapa? Aku kata baru kul 4 tidur lagi. Kali ketiga dia kejut aku kul 5.00pagi...alamak Danial...excited sungguh!
So pagi tadi dengan senangnya dia bangun dan suruh aku mandikan dia, lepas tu abah dia tolong pakaikan baju. 7.30 dia dah turun ke bawah dan terjerit2 panggil aku turun cepat.
Sampai sekolah pagi tadi semua cikgu dia tegur dia. (dia memang femes kat sekolah sebab dia talkative orangnya.) Cikgu kata ramai kawan2 dia tanya mana Danial dah lama tak mai...wah...ble tahan gak si Danial ni..Takpe..petang ni nak dengar apa dia nak cerita pasal first time g sekolah balik..

Note : Semalam Danial kena marah ngan mama, abah & tok nani dia sebab skang dia dah pandai mengamuk bila kita tegur dia...Baru dua minggu dok umah Tok Ibu dah pandai bebai..huhu

Friday, February 19, 2010

Review - Before I Say Goodbye

Title : Before I Say Goodbye
Author : Mary Higgins Clark
Genre : Thriller
Publisher : Pocket Books (2000)

I've always loved Mary Higgins Clark!
There story begins with a quarrel between Nell McDermot with her husband, Adam Cauliff regarding her plan to embark on a political career just like her grandfather Congressman McDermot.
Later that day Adam was blown into pieces with three others on his boat while holding a meeting. As the investigation went on, Nell learns that it was not an accident but a bomb.
The story then entwined with bribery and rigging in the business and problems regarding the election. Nell is trying to help the police department to find the truth about her husband with the help of a medium.
She then realize that something dark about her husband after 3 years marrying him.

Note : Kalau baca buku my favourite genre (thriller/investigation), sekejap je habis baca. I'm looking for more of her books. ^_^

CONTEST MENGENALI RATNA MURNIWATI AMIR HAMZAH



Ha..ni lah tuan punya diri yang menganjurkan contest ni.
Saja nak try luck bulan Februari nih...

Naik juling gak baca n3 ratna dari dulu sampai skang. Tapi bagus gak, dapatlah kenal siapa Ratna Murniwati ni, hehe.

K la, sapa2 yang nak masuk contest gak, pla jenguk blog Ratna

tarikh tutup dan tarikh pengumuman pemenang

tarikh tutup - 25hb Februari 2010
tarikh pengumuman - 1 Mac 2010


Note : Mata berpinar-pinar Ratna! Hehe ^_^

Thursday, February 18, 2010

Your mind is playing a trick on you..bukan salah ko tau!

Satu hari di dalam kedai henpon di dalam sebuah shopping complex yang besar...(suatu masa dahulu)

Hubby : Jom tengok henpon baru. Mana tau ada yang berkenan
Aku : Ala tengok je tak beli watpe..
Adik : Eh i-phone ni cam best je
Aku : Eh..eh..Blueberry la...bestnyer! (kira excited tol la nih tgk sambil usha2 ngan Adik n Hubby)
Adik : Betul ek, Blueberry?
Aku : Betullah..(dengan konfidennya)
Adalah seminit dua kat depan display tu..tetiba..)
Aku : Eh..eh..Blueberry plak..Blackberry laaaaaa
Adik : Muahahahahahahaha...Blueberry!!!

Cait...malu punya pasal aku kua menonong dari kedai henpon tu..Korang penah tak alami benda2 camni?

Dini's Giveaway


Saja nak try kebertuahan aku bulan Februari nih.
Sesapa nak try ble saja... g kat blog Dini.
Tarikh tutupnya 31 Mac 2010.
Try jangan tak try!
^_^

Wednesday, February 17, 2010

The day u've come in our life, was the greatest!

Semalam, seperti biasa rutin harianku ialah mengemas rumah dan memasak. Selepas semua kerja siap, aku mandi dan bersiap. Tiada siap di rumah: hubby kerja begitu juga abah. Selepas bersiap, aku memulakan rutin harian iaitu membaca novel. Sejak aku mengandung, hubby rajin membelikan aku bahan bacaan. Maklumlah dia tahu aku kan suka membaca dan membaca bolehlah menghilangkan kebosananku duduk di rumah seorang diri.

Petang semalam, selepas mandi dan bersolat maghrib, aku menunggu kepulangan hubby. Sakit perutku semakin kerap. Adakah ini tandanya aku akan melahirkan? Huish..seramlah pulak. Bila hubby balik aku bagitau kat di
a tentang rasa sakit. Dia tanya dah nak bersalin ke? Aku kata tak tau. Tiba2 rasa sakit sangat perut so aku g la toilet. Bila berada di toilet baru perasan dekat panty ada darah so cepat2 aku bagitau hubby.

Hubby call mak & kami tunggu mak sampai untuk membawaku ke hospital. Waktu tu jam lebih kurang 9 lebih. Samp
ai di hospital aku menjalani pemeriksaan dan doktor kata bukaanku baru 3cm. Aku dimasukkan ke dalam wad. Misi menasihatkan mak & hubby untuk pulang dulu kerana mungkin aku akan melahirkan esok. Selepas hubby berjumpa aku dan bagi kata semangat n kiss kat dahi dia pun balik. Huhu..sedihnya dok sorang2 (walaupun ada ramai lagi yang ada dalam wad)

Sakit dah makin kerap sampai satu tahap aku tak tahan dan pergi toilet..tapi yang keluar air. Time tu aku tak tau yang itu air ketuban. Nasib baik tak pitam dalam toilet. Aku siap cuci lantai toilet sampai bersih sebelum keluar jumpa misi. Bila aku jumpa misi dan kata aku dah sakit sangat, diorang buat2 bodoh je..geram gak tapi at last diorang suruh masuk bilik pemeriksaan nak check bukaan. Hah..kan dah kata bukaan dah 8cm so aku disorong ke bilik bersalin.


Dalam bilik bersalin ada seorang kakak tu sedang proses bersalin. Time tu dah tak rasa takut tapi rasa sakit. Selepas semua persiapan dibuat, aku pun mula diproses. Misi kata jangan angkat punggu
ng tapi time sakit mana sedar semua tu? Lagipun aku kan first time nak bersalin..mana tau prosedur dia. Ada sorang misi yang agak berumur datang dan suruh aku beristigfar banyak2. Taklah lama sangat...tak sampai sejam aku pun selamat melahirkan seorang bayi lelaki yang sangatlah cumel n kecik..2.74kg je @ 3am 17hb Februari 2003. Ni lah dia...Muhammad Danish Bin Mohd Khairul Nizam. Sekarang dah berusia 7 tahun. Dah besar anak mama.

Semalam aku tidur ngan D
anish je sebab hubby kerja malam & Danial still ada kat umah Tok Ibu sebab lom baik campak lagi. Pagi tadi sebelum g sekolah, aku cium pipi dia kiri dan kanan & wish happy birthday kat dia. Dia senyum malu-malu. Aku cakap hadiah mama bagi hari Sabtu coz nak celebrate ramai2 kat umah Tok Ibu. Semoga Danish jadi anak yang soleh, baik, sihat sentiasa, rajin belajar & hormat orang tua. HAPPY BIRTHDAY DANISH!



Saturday, February 13, 2010

Vettaikaran punya penangan...huish korang mesti tak caya!

Ok...hehehe..mesti korang pelik n tergelak kot. Kalau orang len tengok Twilight, Adnan Sempit dan len2 movie yang best, aku plak still tengok tamil movie. Lepas tengok Vettaikaran kat panggung bulan Disember lepas, kami beli DVD dia plak. Kali ni, ada subtitle tau. Sampai hari ni, dah dekat 4 kali aku tengok. Selalu hubby la yang nak tengok sangat tapi baru 10 minit pasang DVD dia pun belayar so akulah yang kena tengok sampai abis. Tapi walau dah tengok banyak kali, tetap tak bosan.
Cerita tamil zaman skang, heroin suma comel2. Badan suma solid molid kalah kita ni, huhu. Lagu2 dia pun boleh tahan. Ni ada satu lagu aku buh dari movie Vettaikaran. Kalau nak dengar, dengarlah..hehe ^_^

By the way, Vettaikaran ni mengenai Ravi seorang anak muda yang terlalu meminati idolanya seorang anggota polis yang berani bernama Devaraj. Punyalah minat sampai p kolej yang sama dengan kolej yang DEvaraj penah p & jadi pemandu teksi untuk tampung belanja studi dia. Lepas tu Ravi ni terlibat ngan penjahat yang selalu mengganggu penduduk kawasan sekitarnya. Sebab dia dah belasah anak penjahat yang jahat yang amat, dia telah ditangkap polis (polis mestilah bersekongkol ngan penjahat) tapi dia dapat lepaskan diri. Lepas dia lepaskan diri tu dia balik g kolej tapi pihak kolej tak terima dia sebab dh kena ugut ngan penjahat. So, nak balas dendam punya pasal, habis semua penjahat dia bunuh.

Cerita yang dilakonkan oleh Vijay ni best sebab dialog dia semuanya pepatah yang best. Macam Ravi kata kat penjahat tu "Sebab kau kata kau umpama raja di rimba, kau tak perlukan polis untuk menghapuskan kau tapi kau perlukan seorang pemburu dan akulah pemburu itu" lebih kurang gitula maksudnya. Vettaikaran tu maksudnya pemburu ya kawan2..

K la...sapa2 yang nak tengok, p la cari DVD dia tapi make sure ada subtitle baru best. Tapi tak taulah korang akan suka ke tak..masing2 punya citarasa..^_^

Thursday, February 11, 2010

Melalut & mengarut..jgn mencarut udah lerr....


Pernah tak rasa bosan mengadap pc 8 jam sehari di ofis? Kadang2 aku rasa bosan gak...tapi sekejap je. Macam2 kita leh dapat dengan hanya menggerakkan jari jemari kita yang kiut-miut ni. Hari ni aku keje petang. Student pun dah ramai yang balik kampung due to Chinese New Year. Bila penat mengadap pc, aku mengadap buku pulak. Atas meja ni je dah ada beberapa buku & majalah yang aku amik, kononnya nak baca tapi tak buka lagi pun sebab sibuk blogwalking blog2 yang aku follow. Nampaknya, kenalah bawa balik umah wat habuan baca kat umah. Tapi munkin bukan malam ni sebab for sure balik kul 10 ni aku terus mengantuk...(bosan gak wat benda yang sama hari2 tapi that's life, kehidupan yang telah kita pilih untuk dilalui.)
Sebelum aku melalut yang lebih mengarut, baik aku pen off dan sambung blogwalking (sementara takde student masuk library nih)...daaa

Note : Kompius camna blogger len ble dapat wet byk melalui nuffnang? dari dulu still tak faham-faham camna kita leh gain duit..(emmm..kalau pasal duit nak cara mudah je aku ni...cubalah bawak2 wat partime ke...dapat gak side income..huhu...-kalau aku jual buku2 lama kat umah tu macamana ek? Ish...takmolah..sayang plak...T_T

Wednesday, February 10, 2010

Teringin...

Aik aik...jangan pk yg bukan2..bukan teringin sebab yang itu tapi teringin bab lain. Office mate aku ni ada macam2 kebolehan, sorang pandai wat kek, yg sorang pandai menjahit, yg sorang pandai bercakap & mcm2 lagi...
Bila tengok diorang ari2 bawak makanan yang diorang test kat umah, jeles gak aku. Aku teringin gak nak wat kek @ kuih mcm diorang tapi masalahnya aku ni malas nak membakar @ membuat kuih @ kek...makannya memang rajin..
Tapi kan, bila kita ada kemahiran macm ni, ble la cari duit poket. Macam member ni, dia wat kek secara sambilan kat umah. Bila ada orang tempah banyaklah masyuk...bulan ni je aku tempah 2 biji kek kat dia: satu untuk birthday Danish 17hb ni dan satu lagi untuk Pertunangan Angah 28hb...ni je caranya aku support member aku ni..hehe..

Note : Setiap orang ada kelebihan masing-masing. Tak perlu nak dengki n iri hati. ^_^

Tuesday, February 9, 2010

Si Mata Bulat


Ciannya anak mama...

Alahai si mata bulat..
baru tinggal sehari mama dah rindu plak
bukan mama sengaja anta mata bulat kat umah Tok Ibu
tapi mama kan keje
Abang Danish pun sekolah
kalau mata bulat dok umah
sapa nak jaga?
Sian mata bulat
badan penuh ngan bintik2 campak
bila dah buh ubat
pink semacam je mama tengok
Abang kata mata bulat macam "hantu katil"
ish ish manalah korang ni tau hantu katil tu rupa mcm tu?
dok kat umah Tok Ibu jangan nakal2 ya
nanti mama g tengok mata bulat lagi
Miss u...

Note : Hubby selalu kata bila anak takde, rindu2 plak..kalau ada, asyik nak marah diorang je..
Abistu..nak macamana? Memang macam tu dah..hehe...
Umah dah 50% siap...banyak lagi benda nak buat...minggu ni nak survey fixtures untuk dapur. Bestnyer nak shopping! Weehooo...

Friday, February 5, 2010

Si Mata Bulat kena demam campak...

Semalam time amik Danial, cikgu dia bagitau ada bintik2 merah tumbuh kat belakang telinga dan badan. Taklah banyak 2-3 je. Cikgu kata maybe nak kena campak. So arini dia tak g sekolah la, takut berjangkit kat budak2 yang len. Dia punya seronok la xp sekolah. Siap bangun awal lagi, ceh! Kalau time nak g sekolah kejut punyalah susah... Arini dia dok ngan mak sedara dia yang sedang tanam anggur..nasib baik sepupu tu tak keje lagi, kata nak sambung belajar...adalah org leh tolong tgk Danial. Malam ni Danial tidur umah diorang la. Apala yang dibuat si mata besar tu kat sana?

Gambar dulu & sekarang si mata bulat ni..hari2 suka cubit pipi dia hehe

Note : Dapat berita tadi salah sorang pekerja yang wat renovate umah Kniedaz tu patah tangan time wat keje tadi. Ala..kesian dia, diorang semua rajin betul wat kerja takde rehat lama2..begitu komited wat keje (halal betul duit yang diorang dapat). Nanti leh g lawat kat spital...

Thursday, February 4, 2010

Suggestion please!



*Kitorang nak wat family day...
Tapi tak tau nak g mana..

Ada yang nak p jauh

Ada yang nak g dekat2 jer..

Ada yang xkesah kua duit lebih...janji besh
Ada yang berkira sket pasal duit

So...korang,
Suggest la kat *kitorang


Note : Kitorang tu bukan aku n family tapi geng2 library nih...macam2 karenah..susah nak wat decision..pk pk pk...penin kepala..huhu

Tuesday, February 2, 2010

Akibat bubuh nama anak panjang2...


Kalau bercakap mengalahkan murai...tak berhenti2..huhu

"Dah berapa kali mama tunjuk? Asyik kena ulang jer" aku merungut sambil pegang rotan (aku memang garang!)
"Lepas huruf 'a' tu huruf apa?" Danial terkelip2 pandang muka aku sambil tersengih2. "Nombor 'h'" dia kata dengan selambanya
"Bukan 'nombor' tapi huruf! Tiap2 hari tulis pun tak ingat lagi ke? Itu huruf 'n' bukan 'h'..dia takde batang mcm 'h'"

Maka terkulat2 la Danial menulis namanya di muka surat bawah buku latihan dia.
Kat Tadika Danial tu, cikgu biasakan murid2 tulis nama di setiap muka surat buku latihan yang diorang wat. Dengan cara tu, budak2 ni terbiasa n lama2 tau nak tulis nama sendiri. Masalahnya nama Danial panjang sangat, Muhammad Danial Syahmi bin Mohd Khairul Nizam. Tak larat aku nak ul
ang ngajar..huhu


Bila wat keje sekolah, terkulat2 plak..

Note : pengajarannya, janganlah buh nama anak panjang2..hehe

Monday, February 1, 2010

Renovation Part 2

Hari Sabtu yang lepas dengan rasa tak sabar, kami keluar dari umah mak untuk g tengok umah kami. Tapi sebelum tu singgah umah bos hubby sebab diorang ada wat kenduri doa selamat. Tengah hari kami sampai kat umah. Terus g tengok umah...alamak..dah tak nampak mcm umah dah..diorang dah start pecah siling dan progressing kat bilik atas. Diorang kata bilik atas lebih besar dari bilik2 kat bawah. Aku n hubby saling pandang memandang,
"kita wat master bedroom kat atas la..." hubby kata
"ok je...mama nak wat ruang kerja utk pa & ma sekali.."
"ok..pa pun fikir gitu gak"
Ok..settle dah..bagus gak bilik baru kat atas tu kami guna sebab mak dah sah2 takkan mau naik ke atas..tak larat. Kalau tetamu datang pun payah plak duk atas so plan baru kami
1. Bilik Danish & Danial skang ni kami jadikan bilik solat
2. Bilik kami yang dulu kami bagi Danish & Danial
3. Bilik Belakang yang dah extend kami jadikan bilik tetamu

Tak sabar nak tunggu semua kerja renovation siap. Sedang mencari perabot, aksesori, kain langsir dan macam2 untuk rumah "baru"...seronoknya!


Ni amik gambar dari bawah pokok..skang kat Penang panas giler!


Siling pun dah hilang..atas tu nanti bilik baru kami..hehe (pict blur sket)


Pemandangan hall dari dapur..selerak giler...


Ni bahagian belakang..kami extend to the max..

Note : Danial kata umah kita dah runtuh ya ma?..aku kat haah, sian kita kan? Xde umah..so malam sabtu tu kami tidur umah mak sedara kat sebelah umah..hehe

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...