It's You!

Monday, June 28, 2010

5A

Salam,

Selamat Hari Isnin semua...
Hari minggu korang macamana? Hari minggu aku sangatlah seronok. Semua yang berlaku Sabtu dan Ahad sangatlah mengujakan hati..hehe

Sabtu (26 Jun 2010)
Bangun pagi terus mengemas umah dan mencuci baju. Sambil tunggu mesin basuh berhenti, aku sempat iron baju untuk ke sekolah Danish kul 10 pagi untuk amik Buku Laporan dia. Mula2 ingatkan kena g kul 8 pagi tapi bila tengok surat balik rupa2nya kul 10 so sempat goreng drummet dan fun fries untuk sarapan (sarapan mat saleh plak).

Aku g sekolah ngan hubby je, Danish & Danial dok di rumah. Sekolah pun kat belakang umah je, jalan 2 - 3 minit dah sampai. Sampai dalam kelas 1Bestari tengok tak ramai lagi parents yang datang so cepatlah sampai giliran kami. 

 Kalau amik gambar mesti seriyes..huhu

Tapi yang buat hati kami kembang setaman ialah bila Cikgu Rohaida (guru kelas Danish) kata pencapaian Danish sangat cemerlang sampai tak tau nak komen apa dah..Cuma ble usaha lagi untuk dapat semua 100%. Wah tak terhingga rasa bangga.

 Semua A..Good Boy betul !

Cikgu Rohaida kata Sabtu depan ada acara penyampaian hadiah. Dia melawak suruh bawak bakul dari rumah sebab Danish akan dapat banyak hadiah. Cikgu Rohaida kata, maybe akan ada jubah macam konvo tu so ble la amik gambar cantik2.

Balik umah kami belikan Danish & Danial buku cerita & buku latihan yang dijual kat pekarangan sekolah. Punyalah suka budak berdua tu. Bila cerita kat Danish pasal bawak bakul, dia senyum je. Hehe..suka dia..

Danish memang sangat cepat belajar. Walaupun dia tu pendiam, tapi dalam akademik dia menyerlah. Lepas ni nak bagi dia semangat supaya dapat semua 100% untuk PKSR II. Sebenarnya tak dapat nombor satu pun aku tak kisah tapi kalau dia excel, lagilah bagus. Kalau korang dah ada anak, korang akan tahu macamana rasanya menjadi parents..hehe..

Note : Hubby sibuk nak cari lens baru takut Sabtu ni tak dapat tangkap gambar anaknya dari jauh..hehe..chayo B!

15 comments:

  1. wow! bagus. rajen2 lagi tau jangan malas pas dapat semua A.. :)

    ReplyDelete
  2. tahniah danish! moga terus cemerlang dalam pksr2 pulak ye~ izan pun tumpang bangga dgn danish!

    ReplyDelete
  3. wah hebatnye..tahniah danish...danish ni mmg bijak...moga adik danish (anak aunty) mcm danish jugak

    ReplyDelete
  4. Dni ~ Betul tu..lepas dapat semua A, kena usaha lebih dapat A & semua 100%

    ReplyDelete
  5. Izan ~ Mekasih..sangat bangga dengan Danish ^_^

    ReplyDelete
  6. aSHa ~ Insay Allah asha, Danish di sana pun boleh jadi cemerlang..yang penting dorongan dan sokongan kita ^_^

    ReplyDelete
  7. wah , tahniah kak dapat anak yg pandai..mesti kita sebagai parents bangga kan dgn pencapaian anak kita..=)

    ReplyDelete
  8. Qell ~ Tu la..kalau kita tak bangga ngan anak kita, siapa lagi kan? ^_^

    ReplyDelete
  9. siok nya akak ...
    danish dapat aaaaaaa...

    mesti akan rasa gumbira kan..
    caya la abg danish...
    ucap tahniah pada danish yaaaa

    ReplyDelete
  10. teringat zaman skolah rendah saya bedal no 1 tu penggal pertama n kedua sampai darjah 6..huhu

    ReplyDelete
  11. iera ~ thanks..insya allah akan disampaikan

    ReplyDelete
  12. Hemy ~ Haha..samalah kita..nombor 1 & 2 tu dah register dari darjah 1 sampai 6...hahaha

    ReplyDelete
  13. tahniah kak untuk Danish..waa, untungnyer akak anak akak cepat belara...A jer semua...doa harap2 anak shiela pon nanti pandai belajar jugak :)

    ReplyDelete
  14. Shiela ~ Insya Allah Shiela..anak Shiela nanti pun ble juga..akak syukur sangat dia senang belajar.. ^_^

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...