It's You!
Saturday, June 5, 2010
Swap Party
Salam,
Korang tengah rajin mengemas almari @ rumah?
Korang ada barang @ pakaian yang korang takmo guna tapi sayang nak donate?
Korang taktau nak bagi kat sapa barang2 atau baju2 korang yang glamer tu?
Aku bagi satu solution kat korang iaitu menganjurkan "Swap Party" Tujuan swap party ialah bertukar2 barang @ pakaian dengan kawan2 kita sebab kita sayang nak donate tapi takmo plak jual ala2 bundle. Untuk itu, kita kena kenalpasti beberapa orang geng yang mempunyai tujuan yang sama dengan kita. Caranya?
Jemput beberapa orang kawan untuk menghadiri Swap Party yang ingin kita anjurkan. Make sure kita statedkan berapa bilangan item yang boleh dibawa oleh setiap orang. Nak best korang watla invitation card yang kreatif untuk menarik minat kawan2 yang korang nak jemput.
Tag setiap barang yang dibawa oleh kawan2 kita. Untuk itu, sediakan tag kosong supaya pemilik asal barang @ baju boleh wat sedikit penerangan tentang barang yang mereka nak tukar.
Sediakan penyepit baju berwarna untuk setiap orang..satu warna mewakili setiap orang so jika si A suka sesuatu barang, dia akan klipkan penyepit tu pada barang tu. Kalau lebih dari seorang suka barang tu, korang bolehlah buat cabutan.
At the end, kalau ada barang yang tidak diingini oleh sesiapa, barang2 tu bolehlah didermakan kepada sesiapa yang memerlukan.
Senang kan? Info ni aku baca dalam majalah Better Homes & Gardens edisi January 2010. Memandangkan majalah ini majalah luar negara, so lambatlah sikit aku membacanya. Lagipun library ada melanggan majalah kegemaran aku ni so tak payahlah nak membeli lagi. Semoga info ni memberi sedikit idea kepada sesiapa yang nak mengurangkan kuantiti baju @ barang dalam closet korang..hehe
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
ooooooo...
ReplyDeletetapi kat malaysia nie ade ke swap party? =P
Macam cerita Shopaholic lah pulak :D.
ReplyDeletekniedaz,
ReplyDeletebagus tu...kepada sapa2 yg closet nya penuh dan mmg suka shopping baju setiap masa boleh buat swap party kan!
1st time saya tahu ada swap party nih..hehe..tq info ea kak..
ReplyDeleteRoronoa Zoro ~ Belum ada kot tapi akak rasa benda yg tak membawa mudarat bolehla kita ikut...teringin gak nak wat swap party ngan kawan2...hehe
ReplyDeleteSJB ~ehe...betul tu..rasanya di malaysia tak ramai yg tau pasal swap party
ReplyDeleteIzan ~ Betul tu izan, skang ni musim 'sale' tak tentu masa so banyaklah baju dalam almari yg beli tak pakai...
ReplyDeletetukang kata ~ sama2..akak pun selalu baca dlm majalah je tp tak pernah tau di Malaysia mereka wat ke tak...
ReplyDelete