It's You!

Saturday, August 31, 2013

Suka vs Tak Suka

Salam

Hari minggu sinonim dengan mengemas rumah. Dah selesai semua kerja, tinggal lipat kain menggunung. Suka lipat kain tapi tak suka angkat kain yang dah dilipat dan simpan dalam almari. Tapi bila orang lain yang menyimpan, tak kena pulak dengan mata ni. Nak juga simpan sendiri. Acaner tu? Maknanya....kenalah lipat, angkat dan simpan sendiri.

Cuti Merdeka korang ke mana? Saya tak ke mana sebab Mr Hubby pun kerja so duduk la di rumah je. Happy weekend guys!

Friday, August 30, 2013

Kerj Malam Merdeka

Salam

Selagi ada benda yang dirancang masih belum siap atau berlangsing...tiada istilah merdeka dalam hati.

Selamat menyambut hari kemerdekaan Malaysia yang ke 56. Semoga kita berada di bawah lindunganNya selamanya dan semoga kita bersatu padu dalam naungan Islam.

Kerja malam ni termasuk melipat flyer Hari Mesra Pelanggan kami. Makin dekat harinya makin rasa tak cukup tangan membuat kerja. Doakan semua berjalan lancar.

Take For Granted

Salam

Dalam hidup ni...kita selalu terlupa nak ucap terima kasih atau beri penghargaan kat orang yang kita sayang...orang yang rapat dengan kita...kawan-kawan dan juga orang sekeliling kita.

Kadang kita berfikir, ala....dia kan ada selalu...xde hal la. Esok pun boleh jumpa...esok boleh tegur..esok boleh minta maaf..esok boleh ajak makan bla bla bla. Kita tak terfikir esok mungkin dia sudah tiada atau esok kita yang tiada atau esok tiada kesempatan untuk bertemu mata bersua muka.

Tiba-tiba rasa down. Sebab tu keluar entry macam ni. Kalau tak rasa hargai pun apa yang kita buat, sekurang-kurangnya jangan la melarang apa yang dia suka buat. Bila dia tak ada nanti, mungkin baru terasa..eh eh...napa yang ni tak siap lagi? napa benda ni tak berkemas and so on...and so on....

Hari ni saya masuk kerja selepas solat Jumaat so pagi ni lepas mengemas dapur dan ruang tamu, saya mulakan projek kawin mummy. Ari ni buat brooch simple utk family pengantin. Saya siapkan riben dan mummy tampal nama ahli family. Zaman sekarang ni, ada macam2 benda menarik untuk persiapan perkahwinan. Sediakan duit je...

Oklah....nak mengemas barang2 brooch ni. Stop dulu la. Dah dapat 10, ada lagi 20 kena siapkan. Insya Allah sempat siap. Daa!

Thursday, August 29, 2013

The Day

Salam,

Semalam sibuk menghubungi pihak hotel untuk tempahan bilik Program IMD (Ilmu Mengubah Destini) di Balik Pulau minggu depan. Dah macam receptionist plak asyik call orang je. Nanti saya cerita pasal kesinambungan program IMD Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam ni ya.

Lepas tu petangnya pula dah ada mesyuarat Hari Mesra Pelanggan pula. Memang terkejar-kejar sikit la. Minggu depan ramai juga yang terlibat dengan Program IMD di Sekolah Menengah Kebangsaan Pondok Upeh, Balik Pulau. Minggu depan juga sibuk siapkan segala persiapan untuk Hari Mesra Pelanggan yang akan berlangsug 10 - 12 September. Library sangat sibuk bulan Ogos dan September.

Hari ni nak tempek gambar jamuan raya je. Hehehe...

Firdaus a.k.a Ubie, Cik Zila (Bos), saya dan Riena

Kami lagi dan Pon. Orang pi makan, kami pi bergambar sakan hahaha

Tetamu kami

Kami lagi...

Macam-macam style

Dara dan mak dara

Ini geng kreatif. Kami selalu digandingkan untuk kerja-kerja melibatkan otak kanan.

Geng Library

Hahaha...kami lagi

Makanan hehe..ada lontong, nasi daging, bihun sup, ketupat n lemang, rojak buah, pemanis mulut, sate....waduh..memang tak tau nak makan apa. 




Wednesday, August 28, 2013

Cinta Rasul

Salam,

Sejak dua menjak ni, suka tengok CD Malam Cinta RAsul ni. Patutnya, kita perbanyakkan program seperti ini di Malaysia. Rasa seronok dan tenang mendengar dendangan lagu-lagu seperti ini. Sekali sekala berubah angin kan bagus.

Yang best tu nampak TPM kita pun ada. ^_^


Tuesday, August 27, 2013

Jamuan Raya

Salam

Ari ni library tutup separuh hari sebab kami adakan jamuan raya. Tutup saeparuh hari pun ramai gak student yang menempek kat cermin kaca nak masuk. Huhu...diorang ni tak baca notis ke?

Sekarang tengah membuat persiapan. Saya tetap ambil bahagian menghias dan menyusun atur sebab saya tak berapa gemar buat kerja-kerja memotong di pantry. Hehehe....

Nanti kita cerita lagi ya.

Monday, August 26, 2013

Kisahnya

Salam,

Selalunya tak kira pun hari ni dah raya ke berapa. TAhun ni, teringin nak kira sebab teringin nak buat puasa enam. Awal-awal aritu tak buat sebab asyik nak makan je. (Nafsu betul). Lepas tu, biasalah orang perempuan, ehem ehem je dah seminggu. Minggu ni baru free so boleh la puasa. Dah 19 Syawal dah, harap-harap sempatlah puasa enam dan ganti sekali. Kalau dapat banyak hari pun ok juga kan?

Alkisahnya, saya dah plan pagi ni nak bangun awal untuk masak nasi goreng. Kononnya nak makan waktu bersahur la. Boleh juga Danish bersarapan dengan nasi goreng pagi ni. Jam hp dah kunci jam 4.40 pagi. Ok...set.

Jam 3.30 pagi saya terjaga. Tengok jam di hp lepas tu boleh pulak tidur balik. Bila tidur balik, memang sah la terlambat. Bangun tengok jam dah pukul 5.30 pagi. Kejut Danish suruh dia mandi dan saya pun berilat di dapur. Tengok jam lagi dah pukul 5.45 pagi. Tak boleh jadi ni, ambil cawan, buka peti ais minum air masak. Lepas tu minum susu coklat Dutch Lady.Siap goreng nasi sempat rasa dua sudu, lepas tu azan. HUhuhuhu...bukan rezeki saya la tu. Sedap je tengok Danish makan nasi goreng ngan telur goreng pagi tadi. Insya Allah perut ni akan tahan sampai ke Maghrib sebab dah biasa puasa sunat tanpa bersahur cuma minum air saja. Lagipun, bukannya buat kerja berat, duduk pun dalam bilik berhawa dingin so tak ada masalah la.

Saya pernah terbaca tapi lupa di mana tentang tidur dan jaga ni. Kalau kita merancang untuk bangun sekian-sekian waktu tapi lepas tu kita "digerakkan" awal dari masa tu, janganlah tidur. Mungkin Dia gerakkan kita untuk buat sembahyang sunat, membaca al-Quran. Ada sebabnya yang kita tak tahu. Insya Allah, lepas ni kalau terjaga sebegitu teringin nak solat sunat dan membaca al-Quran. Mungkin Dia tahu kita tak berkesempatan nak buat semua tu di siang hari so Dia beri kita waktu di dinihari.

Nota kaki : Mr Hubby dah pulang malam tadi. Membawa "bika" dari Medan. Untuk saya dan MIL, dibelikan seorang sepasang kain sutera bersulam tampal. "Terima kasih pa. Nanti boleh hantar jahit. Hehehe"

Saturday, August 24, 2013

lepak rehat

Salam

Hujung minggu...what to do? Apa lagi? Kemas rumah la..awal pagi dah buat kerahan kerja berat. Danish dan Danial bangun pagi je kena cuci bilik air. Sorang satu bilik air. Bagi diorang tanggungjawab untuk jalankan kerja rumah.

Sambil cuci toilet, sambil basuh kasut sekolah sendiri. Tak kuasa nak tolong..bg depa buat sendiri. Hari Khamis lepas mr hubby beli bracket tv dia tu. Lama nak gantung tapi asyik tak jadi je. Malam khamis tu saya jadi mandor tengok Mr Hubby dan BIL memasang dan menggantung tv. Siap sekali ngan pakej membersihkan ruang display tv. Suka plak saya tak payah bak mengemas.

Lepas ni takde la cap jari si kmbar kat tv sebab tv dah tinggi di awan hehee...

Friday, August 23, 2013

Treatment for Soul

Salam

Sebenarnya...saya ni jarang keluar kalau rehat hari Jumaat. Beberapa tahun yang lepas...geng perempuan dah tau sangat pe'el saya ni. Kalau diorang nak ke mana-mana, orang terakhir yang diorg ajak mesti saya. Sebab saya tak pernah ikut.

Tapi lepas mengandungkan si kembar, pantang diajak mesti nak ikut. Bawaan anak perempuan kot. Kalau diorang tak ajak mesti saya tanya...ada nak pi mana-mana ke?

Sekarang ni...dia lebih kepada tengok mood. Kalau rasa nak jalan, saya ikut kalau tak...duduk j la kat ofis. Sebenarnya nak cerita...tadi pi teman rakan ofis cari beg tangan. Abis satu Pacific diredah tapi satu pun tak berkenan. Last sekali jumpa beg ni kat kedai kecil dekat ngan kfc. Saya nak teman tapi saya yang dapat. Cantik tak? Hehehe.....

It's In My Blood

Salam,

Sekejap je dah hari Jumaat. Toleh kiri dan kanan kawan-kawan di ofis ni memanjang tak ada. Bukan curi tulang ye tapi menghadiri kursus, bengkel dan program. Bila ada selalu nak gaduh, bila tak ada rasa sunyi la pulak. Itu semua lumrah kan? Benda yang ada di depan mata, kadang-kadang tak dihargai dan kita selalu take for granted sahaja. Bila sesuatu yang dipunyai itu hilang, barulah terasa kehilangan dan menyesal tak sudah. Peringatan buat diri saya juga.

Lama kan tak cerita tentang anak-anak. Semakin hari semakin membesar dan perangai pun dah macam-macam. Waktu baik, rasa aman je rumah tapi bila time havoc, adui la...rasanya satu taman boleh dengar suara diorang menangis dan suara mama yang macam tarzan. Redha je la. Anak-anak sedang membesar.

Kadang-kadang bila difikirkan, sebenarnya setiap masalah, kita dah tau jalan penyelesaiannya cuma kita saja nak buat teruk. Nak juga semakkan kepala. Itu selalu berlaku kepada saya. So sekarang, nak belajar cuba buat rileks je. Orang kata buat don't know. Jangan ambil serius sangat tentang masalah. Nanti stress.



Tapi satu bab ni tiada kompromi bagi saya iaitu kebersihan. Saya boleh hangin satu badan kalau rumah bersepah. Bagi saya, setiap benda ada "rumahnya'. Di mana kita ambil, di situlah kita perlu pulangkannya. Janganlah biar ia tersesat tidak bertemu jalan pulang. Satu lagi, saya sangat tak suka kalau lantai melekit, itu sebabnya saya perlu menyapu dan mengemop hampir setiap hari. Tak sempat? Oh...tidak ada istilah itu jika berkenaan kebersihan. Saya lebih rela tak makan dari makan di meja yang bersepah. Saya perlu tekankan selalu tentang kebersihan kepada anak-anak supaya bila mereka berfikiran sama macam saya secara automatik mereka pun akan mudah menjalankan tugas2 pembersihan.

Saya sebegitu kerana selalu berfikir, kalau rumah kemas, teratur, bila ada tetamu datang mengejut tentulah tak kelam kabut nak mengemas. Lagipun, bukan ke kebersihan itu tuntutan di dalam Islam malah semua agama. Fikiran akan jadi tenang bila rumah kita sentiasa kemas.

Eh...tadi kan konon nak cerita pasal anak-anak kan? Tetiba melencong jauh pulak. Tak pelah...lain entri kita cerita pasal anak-anak. Salam Jumaat semua teman-temanku. Moga hari kita diberkati dan dilimpahi rezeki hari ini.

Thursday, August 22, 2013

Kesayangan Hamba

Salam,

Seharian ni sibuk ke hulu ke hilir mendapatkan tandatangan Rektor dan Timbalan Rektor untuk kelulusan peruntukan Program Hari Mesra Pelanggan Perpustakaan. Ada yang meeting, ada yang buat tugasan luar. Jenuh telefon dan plan pejabat mana nak redah dulu. Bila kerja ni tak pernah kita buat, baru pertama kali, rasa macam sukar tapi bila dah jejak kaki ke pejabat mereka dan bertemu kawan-kawan di sana, rasa seronok pula.

Ya la...selalu duduk dalam library je, tak pernah keluar dari library kecuali ada program yang melibatkan semua staf uitm. Kadang sampai orang tanya, ni staf baru ke? Tak pernah nampak pun. Huhu..camna nak nampak, kerja kami ni dikelilingi buku je. Bila duduk di kaunter barulah merasa glamer sikit sebab ramai yang kenal. Kalau dalam pejabat, terhadlah kenalan yang ada.

Okla..dah tengahari baru nak update blog. Letih berjalan pun tak habis lagi. Minggu ni pula saya dan anak-anak tinggal dengan BIL dan MIL saja. Mr Hubby akan bertolak ke Medan, Indonesia kerana mengikut rombongan perkahwinan sahabatnya. Tinggal tak apa, pa...tapi ole-ole buat kami jangan dilupa ya! Huhuhu...

Itu je nak cerita...nah tempek sekali wajah-wajah kesayangan hamba. Walaupun kadang-kadang marah, gaduh mulut atau terasa hati, tapi mereka adalah kesayangan saya selama-lamanya. Ada juga yang gambarnya tak ada, sebagai contoh adik lelaki saya di kampung dan juga Mr Hubby yang susah nak bergambar, tapi saya tetap sayang. I love you all!

My SIL with her husband

My husband's cousin with his wife


My dear sister with her family..

My precious children and their cousins

My mother with her granddaughter and grandsons

My MIL and BIL



Wednesday, August 21, 2013

Renungan

Salam,


benda yang simple, tapi kadang-kadang kita terlupa
kadang-kadang ianya terjadi dalam hidup kita tanpa kita sedari
benda yang mudah tapi sukar


Hari Ini Dalam Sejarah

Salam,


Memang betul punya hari ini dalam sejarah hidup. Sudah lama saya tak lewat bangun pagi. Biasanya, jam 5.15 pagi saya dah bangun sebab jam hp berbunyi. Dulu, bila bangun, saya akan kejutkan Danish dulu supaya dia mandi. Kalau saya tak iron baju lagi, saya akan iron baju waktu tu. Lepas Danish mandi, baru giliran saya pula. Kalau Mr Hubby tak hantar Danial, kami kena kejut Danial pula lepas tu. Danial kalau bangun pagi amat liat. Sepuluh kali kejut baru nak bangun. Kalau mood mama dia ni ok, kejutlah dengan lembut. Kalau mood dah ke laut, suara monster keluar la pagi-pagi.

Al-kisahnya pagi tadi dalam jam 4 lebih saya sedar Yani masuk bilik tidur ngan saya dan Yana. Dia tidur dengan abah dia dan yang lain-lain di ruang tamu. Biasalah...bilik ada banyak pun tak sorang pun suka tidur dalam bilik. Suka lepak tengok tv sampai tidur pun kat situ juga. Tak kisah, janji awal pagi dah bangun kemas semua bantal dan toto sebab mama diorang ni ada penyakit sakit mata tengok semua tu di pagi hari.

Ops..terlebih pulak cerita benda lain. Ok..waktu Yani masuk bilik saya macam sedar lah juga lepas tu dia boleh tergolek jatuh katil. Saya dengan mamai ni angkat dia bubuh kat tengah katil dengan Yana pastu tengok jam dan bumm...tidur balik. So dengan bestnya pagi tadi jam 6.15 baru bangun, itupun sebab Danish kejut kata dah pukul 6. Mesti ada yang kata 6.15 tu awal lagi tapi bagi saya itu dah sangat lambat sebab setiap hari saya keluar rumah jam 6.30 pagi, sampai sekolah 7 atau 7.10 pagi untuk hantar Danish dan Danial. Tak mau la diorang sampai lewat sangat ke sekolah.

Keluar rumah pagi tadi dah 6.50 pagi. Bila dah cerah, kereta adalah sangat banyak. Terpaksa bersaing dengan mereka menghantar anak ke sekolah. Ada 8 buah sekolah di sepanjang jalan ke tempat kerja so bayangkanlah sendiri. Sampai di tol, terus menuju ke lorong smart tag sebab Mr Hubby dah reload kad tapi bila lalu dia kata tiada smart tag. Mula la nak panik. Dah lah lambat.

Tengok cermin kat belakang berderet kereta menunggu. Alamak...mula lah nak gelabah. Undur kereta lepas tu try lagi sekali pun tak jadi. Undur lagi sekali, alamak silap undur nasib baik tak langgar tiang...huhu...mesti pemandu di belakang saya semua menyumpah seranah. Nasib baik masih boleh berlagak cool. Betulkan kedudukan kereta dan reverse dengan jayanya. Semua kereta di belakang dah ke lorong touch n go. Dah reverse baru staf tol tu datang tapi sebab dah berjaya reverse saya tukar ke lorong touch n go. Fuh..fuh...

Ok...Danish, next tol, kita guna touch n go. Satgi dia buat kata tiada smart tag tak ke haru. Nasib baik tak gelabah. Biasanya kalau menggelabah tu yang buat semua benda tak jadi tu. Lepas tol saya memecut la laju. Kesian kat Danish pulak nanti kena tulis nama padahal dia pengawas. Itu sebab saya tak suka keluar lambat ke tempat kerja. Rasa macam terkejar-kejar pulak. Nasib baik sempat hantar Danish, itupun terpaksa bersaing dengan banyak kereta parents lain di sekolah.

Bila dah lambat, malas nak terkejar-kejar, saya singgah isi minyak siap-siap. Sambil dengar lagu Metallica dalam radio tak putus-putus (malam ni ada Konsert Metallica kan?) Nasib baik saya bukan peminat kipas mati band ni, kalau tak saya duduk dalam kereta sampai kol 8.00 pagi dengar lagu je. Alhamdulillah, selamat sampai di UiTM jam 7.45 pagi. Kalau ikut rekod, itu adalah lewat bagi saya.

Next time, kalau dah terjaga awal, dia tak boleh sambung tidur. Kalau sambung, ginilah jadinya. Hehehehe...


Nota kaki : Mood menulis datang secara perlahan. Mood menjahit pun masih tak datang lagi. Order daripada pelanggan cilik sudah banyak. Kalau dah bercuti lama, selalu jadi macam ni kan? Oh ya...lagu Metallica yang saya tau cuma Nothing Else MAtter dan Enter Sandman kot..hehehe

Tuesday, August 20, 2013

Angan

Salam,

Duduk di bawah ni
Sambil membaca
atau sambil berborak kosong dengan insan tersayang
ditemani desiran angin menyapa dedaunan
nyaman dan menenangkan

sumber gambar pixdaus



Monday, August 19, 2013

My BAd

Salam,

Adakah saya seorang yang takut hendak menyatakan pendapat, pandangan dan hak saya? Mr Hubby selalu marah sebab bila saya membeli sesuatu dan beratur, saya tak kisah kalau ada orang potong line saya. Sebenarnya saya tengok juga...kalau orang yang potong line tu tua, saya biarkan saja. Saya memang suka mengalah...macam...ala..buat apa gaduh-gaduh.

Tapi kadang-kadang, sikap saya tu akan memakan diri sendiri. Saya juga terlalu cepat setuju kalau orang minta tolong. Kadang-kadang keputusan saya itu mengubah jadual yang telah saya sendiri buat. Makanya, saya akan jadi bahan marah orang kesayangan saya.

Saya minta maaf. Saya jenis yang tak kisah sangat sebenarnya. Kalau dia minta tolong, mestilah dia berada dalam kesukaran dan memang perlukan bantuan. Mungkin macam orang mengambil kesempatan tapi inilah saya yang sebenar. Jadi bahan marah orang kesayangan memang dah lali. Sebab otak saya ni cepat betul setuju bila orang minta apa-apa. Bila kena marah mula la rasa menyesal sebab tak fikir panjang sebelum buat keputusan baru.

Itu kekurangan saya. Saya akan cuba perbaiki. Ada sesiapa yang ada perangai macam saya ni tak?


Gambar Raya

Salam,

Raya dah banyak hari baru nak upload gambar raya. Tapi tak la basi kan..raya pun sebulan. Tak banyak gambar raya yang ada. Semuanya sibuk dengan anak-anak dan tetamu yang datang. Bila nak amik gambar, muka masing-masing dah comot so tak jadi amik gambar. Ada masanya dah siap cantik tapi mood nak bergambar tak ada pula...tu yang tak ada gambar. Layankan je la gambar-gambar 4D dengan sepupu-sepupu mereka di kampung.

Danish dan Danial sebelum solat Hari Raya di kampung

Dayana & Dayani di pagi raya

Dengan sepupu kecil Rizqin yang comel

Sayang kakak!

Dengan big brother

Cucu Tok Madah..ada lagi yang tak ada dalam gambar, Yana dan Rayyan

Friday, August 16, 2013

Yani oh Yani

Salam

Bila kerja malam ari Jumaat, mesti rasa sekejap je. Tengok jam dah nak pukul 9. Student pun tak la ramai mana.

Tengahari tadi masa nak gi kerja, Yani kata kat saya, "Mama cuti la. Kakak nak duduk ngan mama"

Saya kata kat dia esok baru mama cuti. Arini kena kerja nanti bos mama marah. Dia boleh kata "Bos mama tak marah la. Mama kata nak duduk ngan kakak. Boleh pi jalan-jalan."

Bila dah pandai bercakap, rasa macam budak besar je si Yani tu. Bercakap macam orang dewasa tapi penakut pianggg hahahaha.

Suami Durjana

Salam,

Tetiba terasa geram bila baca dan lihat berita tentang suami pukul isteri dalam lif tu. Rasa menyampah tahap gaban dengan lelaki seumpama ini. Beraninya di depan wanita sahaja. Kalau boleh, orang yang macam ni yang bagus kena tembak ngan pembunuh upahan tu. Tak pun, pi hantar ke medan perang atau hantar je ke Mesir sekarang ni.

Sekeras-keras wanita ni, kalau tahu bagaimana nak handle, akan lembut dan menurut kata. Tak perlu pukul bagai. Sudah fitrahnya kami ni lembut walaupun luarannya nampak keras. Alhamdulillah, saya diberikan seorang suami yang bukan cepat tangan tapi masalahnya saya pula cepat tangan kalau marah kat anak-anak. Jalan penyelesaiannya sabar lebih dan buat keras hati.

Semoga saya tidak menjadi manusia sekejam suami tersebut. Nauzubillah...


Thursday, August 15, 2013

Tukar

Salam,

Aduila..
Tahap malas update blog ni malampau sungguh
Mood raya tak habis lagi kot
Sedang sibuk "beraya" di blog kawan-kawan yang lam tak dijenguk
Saya pasti ramai lagi yang masih tak jengah blog masing-masing

Dah siap header baru
Nak tukar kaler blog juga
Semangat hari raya
 Cerita raya kejap lagi la
Tak tau nak cerita tang mana

Hehe


Wednesday, August 14, 2013

Jejak Kasih

Salam,

Sebelum tulis entry Hari Raya, meh nak tulis entry tentang Yana. Kisahnya, adik saya sampai dulu hari Isnin tu, dia sampai jam 5.00 pagi. Sampai saja di rumah mak, adik kata Yana pun jaga. Dia nampak adik terus duduk atas riba dia. Mungkin dia ingat adik saya tu mama dia. Adik suap nasi dan bagi mandi. Saya pula sampai di rumah mak jam 9.00 ++ pagi. Lepas sahur di rumah SIL di Putrajaya terus bersiap balik. Mr Hubby buat record bawa kereta dari Putrajaya ke Ayer Hitam dalam 2 jam. Alhamdulillah sampai dengan selamat. Mesti dia pun tak sabar nak jumpa anak dia kan.

Bila Yana nampak kami semua, dia jadi blur sekejap. Abang Danish dan Danial dah start gomol dia. Tak lama lepas tu, baru dia senyum dan ajak abang-abang dia main. Habis semua mainan yang ada, dia tunjuk kat abang-abang dan Yani. Bila mama dan abah peluk dia senyum malu-malu. Mr Hubby kata kalau dia main-main happy tu tak rasa sedih tapi bila dia nak tidur tu baring sambil pegang bantal busuk dia tu, rasa macam alahai...kesiannya.

Kesan berjauhan, Yana mudah sensitif. Kalau nampak kita nak ke mana-mana mesti dia nak ikut. Mungkin dia takut kena tinggal lagi. Lepas tu, dia dan Yani memang rajin bergaduh. Masing-masing nak menang. Yani pula macam sengaja nak tarik perhatian sebab mungkin dia cemburu bila kami semua gomol Yana je.


Yana Mata Bolat

Waktu nak balik Penang, Yana memang seronok sungguh. Masuk kereta senyum je dan ketawa sambil baring-baring kat kerusi belakang. Memang nampak ketara dia seronok. Dia ajak Tok Madah dia balik Penang sama tapi Tok Madah kata tak boleh la. Tok Madah kena duduk kat kampung ngan Cik Man. Waktu nak naik kereta tu, saya pula yang banjir air mata sebab rasa kesian nak pisahkan Tok Madah dengan Yana.

Minum susu bersama selepas tak jumpa hampir sebulan

Main bersama, sekejap ok, sekejap ada je yang direbutnya. Cuaca sangat panas di kampung. Si budak kampung, rileks je tapi budak Penang tu siap bukak seluar baju semua, macam budak lelaki jek

Sekarang ni, Yani dan Yana rajin pula berebut. Semua benda nak rebut walaupun dah beli sorang satu. Lepas tu pantang kalau Yana nak rapat ngan mama, Yani mesti nak enterprem. Tu yang jadi gaduh dan menangis tu. Hai...la anak. Kita kongsi ya...

Tuesday, August 13, 2013

Luah Rasa

Salam,

Bercuti sudah
Beraya pun sudah
Tiba masanya bekerja kembali
Tugasan banyak perlu dilangsaikan
Set minda kerja diutamakan
Mood raya tetap ada
Maklumlah raya pun sebulan
Lepas ni pakat nak berdiet
Tapi banyak pula jamuan hari raya
Acaner tu?


Tinggalkan korang dengan gambar jejak kasih


Nota kaki : ... belum datang mood nak update blog. Kesian blog bersawang..nak kasi vacuum dulu ya... ^_^

Tuesday, August 6, 2013

Masak Punjungan

Salam

Kami dah selamat sampai di kampung awal pagi semalam. Lepas sahur, terus bersiap dan selesai je solat subuh kami terus bertolak dri Putrajaya. Jalan pun masih ok...x ada jam.

Pagi tadi lepas subuh, duduk sekejap bersembang dengan adik bongsu saya. Bila balik kampung macam ni, barulah seronok bergosip bgai. Jam tujuh pagi dah sibuk ke dapur...memotong tauhu..tempe..kentang..bawang suma untuk memasak sambal goreng..ayam masak merah dan sambal kacang. Hari ni kami buat punjungan (menghantar makanan ke rumah2 jiran). Di sini adat berbalas2 makanan masih lagi diteruskan. Seronok kerana dapat merasa pelbagai jenis lauk-pauk yang khusus untuk ketupat. Tapi skang diorang dah tak rebus ketupat daun dah...dah ganti ngan nasi himpit je...mudah dan cepat.

Oklah..itu saja nak cerita. Nanti kita cerita lagi. Nak tolong2 apa yang patut lagi di dapur.

Sunday, August 4, 2013

Misi Baju Raya

Salam

Semalam kami semua gi GM Klang. Nak cari baju anak-anak kat sana. Kalau boleh, takmau ke KL sebab mesti jalan jam.

First time gi GM Klang. Sebelum ni cuma dengar cerita saja dari member-member yang dah pernah sampai. First impression, macam Tanah Abang, Jakarta pulak. Menjual borong tapi kalau nak beli selai dua pun boleh. Di bangunan baru yang 7-8 tingkat kalau xsilap ni...pelbagai barang ada. Suasana memang meriah tapi sangat selesa. Sejuk je. Cuma sebab xpernah pi lagi, so sistem mencari kami pun tunggang langgang. Alhamdulillah...dapat baju si kembar.

Lepas gi GM...kami ronda pulak Aeon Bukit Tinggi sebab nak cari baju kemeja di abang. Dah alang-alang kat situ...kami berbuka je kat sana. Itupun nasib baik dapat seat kol 6 petang. Semua tempat makan fully booked..itu tandanya betapa ramainya orang ada di sana. Solat pun dalam shopping complex je. Lepas berbuka baru kami balik. Yani pun ok je..tak meragam.

Hari ni tak pasti pula nak ke mana sebelum balik. Tengoklah nanti. Ingat nak cari sepasang baju kurung. Baju kurung saya tak siap dijahit lagi. Huhu

Saturday, August 3, 2013

Selamat Tiba

Salam

Alhamdulillah dah selamat sampai di Putrajaya. Jalan pun x sesak lagi mungkin tak ramai yg bertolak pulang ke kampung lagi.

Semalam hari last bekerja tapi saya sibuk siapkan tempahan kawan-kawan. Biasalah...bila dah sibuk, untuk anak-anak sendiri tak sempat bak buat. Pi bercuti pun bawa beg kraf.

Hari ni nak melilau cari baju raya anak2 tapi xtau lagi nak ke mana. Mesti semua tempat sesak dengan orang ramai. Huhuhu

Friday, August 2, 2013

Doa

Salam,

Saya sudah start bercuti
Insya Allah malam ni bertolak ke Putrajaya
Kalau tak malam ni, esok pagi la
Lepas tu terus pula ke Batu Pahat
Teruja nak jumpa anak mama yang comel tu
Doakan perjalanan kami selamat pergi dan balik ya

Nanti saya update lagi


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...