It's You!

Showing posts with label crafts. Show all posts
Showing posts with label crafts. Show all posts

Thursday, March 12, 2015

Thought For Today

Salam,

Keep on praying
But afraid of hoping
Be realistic
Eventho its making you sad
Everything has a solution
So keep your faith 
Keep remembering Allah

Nota kaki : Mood super busy..malam ni nak bertolak ke Kajang..Sabtu gerak ke Terengganu...packing time...


Buat ini ditemani si kembar yang macam-macam

Sunday, February 2, 2014

My Sunday

Salam,

Hari ni bangun pagi bawa dua budak kembar cari ikan. Sudah beberapa minggu ikan temenung x ada di tempat meraih ikan di Pekan Penaga. Kalau selalu..boleh dapat temenung RM4 sekilo, beberapa minggu ni sekilo ikan temenung boleh pi sampai RM14. Padahal..ikannya punyalah kecil. Huhu...

Di rumah hari ni ada ramai orang, ada kawan BIL datang bertandang, ada sepupu2 yang pulang menziarahi ibu so parking depan rumah tu memang penuh dengan kereta kami je. Nasib baik depan umah kami tu xde rumah..cuma ada kebun je so dekat situ la kami parking kereta. Tapi..time macam ni la yang nampak meriah..bila adik-beradik balik, kereta berderet menandakan semua anak2 balik..suasana pun riuh rendah. Happening! Cuma cuti kali ni...kami takde buat BBQ pun...tunggu cuti lain la pulak.

Hari ni, siapkan tempahan car charm dan kemudian terus ligat menjahit pencil case pula. Bila dah menjahit, memang susah nak berhenti tapi bila masa malas sampai..nak start tu punyalah seksa. Bila menjahit di rumah ni, terpaksalah tahan marah sebab ada dua orang budak yang sibuk mengacau. Selagi tak dapat apa yang diorang nak, banyak pula bunyinya. So, terpqksalah bagi apa yang diorang nak lepastu gigih plak mengemas lepas mereka sudah menyepah.

Esok dah start kerja. Pasti ada yang masih bercuti. Anak-anak masih bercuti sekolah so jalan pasti masih lengang tapi saya dengar highway dah mula jam sebab masing-masing nak balik ke bandar semula. Berhati-hati ya...sabar lebih di perjalanan. Daa!

Friday, January 31, 2014

Happy Holidays

Salam,

Selamat Tahun Baru Cina buat kawan2 berbangsa Cina. Terus teringat beberapa orang kawan lama ketika bekerja di Penerbitan Pelangi di Johor Bahru. Kenangan yang tak dapat saya lupakan. Bekerja jauh dari kampung, selalu ikat perut sebab takut tak cukup duit, tapi selalu ada duit untuk beli buku...hahahaha...

Oleh kerana department saya ketika itu hanya ada dua orang yang berbangsa Melayu, maka saya lebih rapat dengan rakan berbangsa Cina. Ingat lagi outing kami setiap Sabtu, makan-makan, window shopping...gossiping..rindu plak masa lalu.

Sekarang, nak rehat sekejap. Sudah siap tempahan car charm (ada lagi 4 sebenarnya tapi kejap lagi boleh buat). Sekejap lagi tuan punya tempahan akan datang collect. Sekarang masa untuk baring, baca novel baru. Tak sabar nak habiskan novel ni sebab nak pi cari juga novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Okla...selamat bercuti. Happy happykan diri. Senyum selalu..dont be sad. ^_^

Tuesday, January 28, 2014

The Project

Salam,

Sekejap je dah hari Selasa. Hari ni ada kursus Laporan Tahunan UiTM. Nasib baik dua jam je...tak la letih kepala otak.

Hari ni nak tempek gambar je. Sebab tak tau nak cerita apa. Macam tipu je tak tau nak cite apa...bila dah cerita, panjang la pulak.

To t.a.t.a.....ni la antara hasil kerja tangan yang aku buat. Bulan ni nak siapkan tempahan car charm ni. Bulan 2 pulak nak siapkan tempahan pencil case Pn Dini. InsyaAllah...saya sempat siapkan.

Nota kaki : Cuaca yang tak menentu buat diri pun kurang sihat. Selesema jangan cakaplah...dengan kepala yang on off sakit. Huhu...dugaan.

Thursday, January 23, 2014

Let The Fingers Do The Talking

Salam,

Barang yang dipesan sudah sampai. Barang apa? Barang untuk melunaskan tempahan orang so jari-jemari ni sudah mula melembutkan liuk-lentuknya untuk menyelesaikan tempahan yang ada. Alhamdulillah..bulan Januari dan Februari ada rezeki lebih.

Nota kaki ; Laila hailla anta..subhanaka inni kuntumminazzolimin

Wednesday, November 27, 2013

Aktiviti Hari Ini

Salam,

Pagi ni saya bersiaran dari ruang tamu rumah. Bukan tak kerja tapi minggu ni dah start masuk shif petang sebab student dah masuk. Biasanya awal-awal semester ni tak ramai lagi yang study sampai malam. Tak lama lagi bila assignment dah banyak...ada test...atau exam, barulah library ni penuh orang.

Pukul 9 pagi semua kerja rumah dah siap so saya siapkan sedikit tempahan yang ada. Tapi semalam dalam kalut nak balik, lupa bawa bahan-bahan kraf so terpaksalah buat apa yang ada dulu.

Oh ya...start semalam saya main badminton dengan geng library dan kawan sekerja dari department lain. Dah lama tak main badminton ni pun teruja sebab budak2 lelaki ni dok ajak lama dah. Sebab ada geng perempuan, saya pun pergi la juga. Seronok la pulak...insya Allah minggu depan pi lagi. Tapi terasa gak lenguh badan...mungkin lama tak main dan regangan badan pun xbuat. Next time la pulak.

Petang ni pula ada gotong-royong untuk persiapan mengacau bubur asyura esok. Ini tahun kedua KKUUiTM Pulau Pinang menganjurkan program sebegini. Petang ni gotong-royong mmbersihkan peralatan memasak untuk esok dan penyediaan bahan-bahan kering untuk esok.

Okla...nak sambung berkraf lagi. Nampaknya terpaksalah masuk ofis awal sikit untuk habiskan menjahit ni. Rugi bila ada masa tak habiskan kerja ni. Selamat bertugas. ^_^

Saturday, October 19, 2013

Projek

Salam,

Malam semalam kami balik ke rumah kami. Oh...rindunya kat rumah sendiri. Untuk pengetahuan, sekarang kami tinggal di rumah MIL yang terletak lebih dekat dengan tempat kerja saya dan Mr Hubby. Paling penting rumah MIL dekat dengan sekolah abang2 dan rumah pengasuh si kembar. Kasihan nak gerak anak2 bangun jam 5.30 pagi setiap hari untuk ke tempat kerja, sekolah dan rumah pengasuh.

Kenapa tak cari sekolah dan pengasuh yang dekat dengan rumah saya? Sebab saya lebih suka mereka dekat dengan tempat kerja so kalau ada apa2 berlaku di sekolah dan rumah pengasuh, saya tak perlu travel jauh untuk sampai.

Berbalik kepada rumah so sekarang kami akan balik ke rumah kami setiap hujung minggu saja. Kalau ada kerja, dua minggu kami tak balik. Bila dah balik rasa seronok dapat tidur di bilik sendiri..memasak di dapur sendiri..semuanya di rumah sendiri.

Dah siap kerja rumah, mulakan projek kraftangan yang lama tertangguh. Harap pelanggan tak marah...tapi saya dah inform mereka yang bulan ni saya sibuk. Minggu depan saya ada lawatan akademik ke KL, Johor dan Negeri Sembilan. Nanti cerita pasal tu...oklah...nak sambung menjahit. Harap sempat siap sebelum Selasa sebab pagi Selasa dah bertolak ke Kuala Lumpur.

Friday, August 30, 2013

Take For Granted

Salam

Dalam hidup ni...kita selalu terlupa nak ucap terima kasih atau beri penghargaan kat orang yang kita sayang...orang yang rapat dengan kita...kawan-kawan dan juga orang sekeliling kita.

Kadang kita berfikir, ala....dia kan ada selalu...xde hal la. Esok pun boleh jumpa...esok boleh tegur..esok boleh minta maaf..esok boleh ajak makan bla bla bla. Kita tak terfikir esok mungkin dia sudah tiada atau esok kita yang tiada atau esok tiada kesempatan untuk bertemu mata bersua muka.

Tiba-tiba rasa down. Sebab tu keluar entry macam ni. Kalau tak rasa hargai pun apa yang kita buat, sekurang-kurangnya jangan la melarang apa yang dia suka buat. Bila dia tak ada nanti, mungkin baru terasa..eh eh...napa yang ni tak siap lagi? napa benda ni tak berkemas and so on...and so on....

Hari ni saya masuk kerja selepas solat Jumaat so pagi ni lepas mengemas dapur dan ruang tamu, saya mulakan projek kawin mummy. Ari ni buat brooch simple utk family pengantin. Saya siapkan riben dan mummy tampal nama ahli family. Zaman sekarang ni, ada macam2 benda menarik untuk persiapan perkahwinan. Sediakan duit je...

Oklah....nak mengemas barang2 brooch ni. Stop dulu la. Dah dapat 10, ada lagi 20 kena siapkan. Insya Allah sempat siap. Daa!

Wednesday, July 24, 2013

Hope

Salam,

Selamat menunaikan Ramadhan ke 15
Dalam diam, dah setengah bulan kita berpuasa
Banyak juga berita kurang best kita dengar sepanjang setengah bulan ini
Kes anak lemas dalam kereta yang menghibakan
Kes mati lemas di Melaka
Kes mercun
Ada lagi ke?

Harap-harap
setengah bulan lagi ini
Penuh dengan kegembiraan
Buat mereka yang kehilangan orang tersayang
Diharap banyak-banyak bersabar
Allah sentiasa bersama orang yang sabar
Saya pernah merasainya ketika kehilangan arwah abah
Sehari sebelum hari raya 17 tahun yang lalu

Hari ni, hari berkreatif
Nanti saya BW lagi ya
Teman kreatif saya dah turun dari tingkat 3
tak sabar nak start berkreatif
Daa!


Friday, July 19, 2013

Berita Hari Ini 19 Julai 2013

Salam,

Pagi ni sibuk brainstorming untuk hiasan hari raya di library. Benda-benda macam ni, memang semua orang excited nak buat. Insya Allah, minggu depan kami start up kan hiasan untuk hari raya.

Selain itu, sekarang library sedang sibuk merencana pengisian untuk Hari Mesra Pelanggan 2012/2013 kami. Banyak juga aktiviti yang telah dicadangkan dan akan dijalankan. Harap-harap semuanya berjalan lancar. Tarikh Hari Mesra Pelanggan sudah ditetapkan pada 10 - 12 September 2013. Masa sibuk sudah bermula.

Sebelum Hari Mesra Pelanggan, ada program library make-over kat Sekolah Menengah Pondok Upeh, Balik Pulau. Yang tu adalah kerjasama dengan Perpustakaan Tun Abdul Razak, UiTM Shah Alam dan melibatkan pak menteri untuk perasmian. Lagi banyak kerja nak buat.

New design 

Sekarang pun, alhamdulillah pesanan kraf juga tidak putus so sibuklah saya seharian sepanjang Ramadhan. Tapi syukur sangat dengan rezeki ni, walau tak banyak boleh gak menampung belanja beli biskut raya...hehehehe....

Dah...tu je nak cerita..  ^_^


Sunday, June 16, 2013

Berkraf

Salam

Bangun awal pagi lepas subuh terus naik bilik atas (bilik serbaguna kami). Mulakan dengan bunga crepe untuk hantaran Mummy Yon.

Saya jenis suka buat kerja sorang-sorang...tak suka orang tolong sebab rasa puas buat sendiri. Tapi bila fikirkan...kalau nak jadi peniaga berjaya, kenalah percaya kat orang lain baru perniagaan berkembang. Ye tak?

Berniaga ni persaingannya boleh tahan juga. Kadang tu dalam satu kawasan, ada ramai yang menjual benda yang sama. Yang nak bezakannya cuma kualiti barang yang dijual. Kalau kualiti pun sama, kena tengok pulak strategi pemasarannya pula...yang mana lebih menarik.

Bagi saya, kepuasan pelanggan tu nombor satu. Saya percaya kalau pelanggan kita suka dengan hasil kerja kita, insya Allah dia akan jadi regular. Lepas tu dia akan jadi promoter bergerak kita tanpa bayaran. Dan saya percaya sedikit hadiah kecil untuk pelanggan tetap dan promoter bergerak ini takkan merugikan kita.

Tetiba je cerita pasal perniagaan kan...hahaha...otak sedang bergerak mencari idea. Cuma kekangan masa yang perlu diatasi lepas ni.

Selamat berhujung minggu!

Saturday, May 11, 2013

Aktiviti Hujung Minggu

Salam

Bila si kembar tidur, saya dan abang-abang naik bilik atas. Kami buat aktiviti kami.

Si abang sebelum main game, kena buat kertas ujian. Minggu ni diorang ada exam. Si Danish kena pulun lebih sikit untuk naikkan balik markah setiap kertas ujiannya. Danial baru start ujian...sebelum ni dia takde ujian lagi. Sorang bawah KBSR...sorang lagi dah start ikut KSSR. Lain.

Mama diorang sedang siapkan keychain untuk Hari Guru. Setiap tahun memang saya akan buat sedikit cenderahati buat guru-guru Danish n Danial. Biar diorang pun pandai hargai jasa guru-guru mereka.

Sambil tu..mama diorang ni pun sibuk buat persiapan untuk hantaran kahwin Mummy Yon. Kejap lagi nak tolong Mr Hubby siapkan reban ayam pulak. Kami nak bela ayam sendiri...lepas ni makan ayam bela je hehehe....

Friday, May 10, 2013

Verangan Ko Jah V.8

Salam,

Sejak berniaga kecil-kecilan membuat kraftangan ni, angan-angan untuk mempunyai Craft Room di rumah selalu muncul di fikiran. 

Saya bercadang, kalau ada Carft Room di rumah, di sinilah saya akan menjalankan aktiviti menyiapkan tempahan-tempahan daripada pelanggan. Selain itu bilik itu juga akan menjadi tempat saya menjahit dan menseterika baju. So benda yang wajib ada di dalam bilik itu ialah :

     1. Ruang kabinet terbuka dan tertutup untuk menyimpan bahan-bahan kraf
     2. Meja kerja yang luas
     3. Mesin Jahit
     4. Seterika
     5. Banyak plug

Saya berangan-angan nak cat bilik itu dengan warna ceria supaya bilik tu nampak cerah dan selesa diduduki. Kerja kraftangan bukan saja melibatkan tangan yang lembut tetapi juga otak yang sentiasa berfikiran kreatif dan kritis, barulah hasil kerja tangan itu cantik dan kemas. Hehehe...

Kalau kat rumah saya tu, nampak gaya macam boleh buat di bilik belakang tapi sekarang ni bilik tu dah ada katil kelamin satu dan dua almari. Maknanya kalau nak merealisasikan angan-angan saya, saya kena keluarkan almari dan katil, ganti ngan katil single so bilik tu boleh jadi bilik tetamu juga bila saya tak berkraftangan..ok tak...nanti bila senang nak buat pelan perubahan. Hahahaha

Ni beberapa gambar Craft Room yang menjadi inspirasi saya. Kalau terlaksana la impian ini, waduh waduh....bisa mimpi happy-happy gitu..hahaha






Sunday, May 5, 2013

Ahad yang Hangat

Salam

Bila semua orang dalam rumah takde sebab bertugas di pusat mengundi, mama kenalah duduk di rumah menjaga empat orang anak. Macam-macam karenah..sekejap yang adik menangis..sekejap yang kakak mnangis. Sekejap ketawa melekek-lekek..lepas tu gaduh pulak. Rasanya dunia politik pun macam tu jugak kan...

Bila dh petang ni aman sikit sebab si kembar dah tidur. Si abang mama dah paksa masuk bilik buat latihan walaupun ada bunyi protes sebab arini belum main game lagi. Rasanya mama nak jadi dikator arini..takmo bagi main. Tengok...dalam rumah pun boleh kejap jadi diktator..kejap jadi demokrasi. Di luar sana pun mesti macam tu juga...hehehe...

Dah aman rumah, mama nak siapkn tempahan car charm daripada pelanggan. Kalau ada masa nak buat keychain untuk Hari Guru. Hmmm...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...