It's You!

Thursday, October 31, 2013

Wednesday, October 30, 2013

Kenduri Menyambut Menantu

Salam,

Ahad lepas, kami menghadiri majlis menyambut menantu di Semenyih. Mummy Yon dan Sham baru buat majlis di belah pengantin lelaki. Kira mereka bersanding sekali lagi ni bertiga la. Ada baby dah dalam perut, tahniah buat mereka.

Meriah majlis di belah lelaki. Orang Jawa pulak tu, so memang familiar dengan bahasa Jawa dan slanga sana. Makanan hari tu sangatlah sedap, ada sambal goreng, sayur gori (nangka muda), ayam goreng berempah, daging masak pedas, makan sampai tak toleh kiri kanan. Dan yang paling seronok, saya dapat bertemu dengan BFF saya. Seronok rasanya bersembang hal-hal lama sambil tengok anak-anak berlari-larian bermain bersama. Anak-anak pun macam dah selalu jumpa pulak, jumpa terus mesra. Susah nak jumpa sebab masing-masing sibuk dengan kerja dan keluarga. Alhamdulillah, di kenduri Mummy juga kami dapat bertemu.

Mehla layan gambar.

Dayana dan Danish. Tengok tu, orang lain yang kawin, orang lain yang pakai inai..hehehe

Mama pun nak interprem jugak. Nampak tu Dayani duk atas meja...Dayana tu konon nak buat peace la tu tapi tak reti, hahaha.

Tunggu orang bersilat tapi orangnya ntah hilang ke mana...sakit perut kot?

Best gak lagu-lagu yang diorang mainkan.

Pengantin dengan kawan-kawan BIL waktu study dulu. Ada dua tiga orang yang saya kenal.

Sebahagian keluarga dari Pulau Pinang yang hadir.

My BFF, Dd and her cheeky boy, Darwisy

Nota kaki : Dah lama teringin nak makan aiskrim kacang merah, sekali tu kat rumah pengantin boleh jumpa, abang jual aiskrim guna motor tu jual. Tapi baru menikmati dengan penuh kusyuk, ada pulak yang minta, si Yani....last-last dapat tengok je la Yani makan bagi perabis.

Monday, October 28, 2013

Lawatan ke Perpustakaan USIM Khamis 24 Oktober 2013

Salam,

Hari nak bayar hutang. Banyak entry yang saya tak publish lagi. Ok ... hari ni saya publish dulu tentang lawatan kami pada hari ketiga iaitu hari terakhir lawatan akademik kami. Destinasi kami ialah ke Nilai, Negeri Sembilan.

Oleh kerana jadual kami telah berubah, maka kami dapatlah menjejakkan kaki ke Nilai 3 untuk cuci-cuci mata. Masa agak suntuk sebab jam 2.30 petang kami perlu berada di Universiti Sains Islam Malaysia, Nilai. Sepatutnya kami melawat USIM dahulu pagi Khamis tu tapi sebab mereka ada tetamu daripada USM, maka jadual kami telah ditunda ke petang mengikut basis siapa hantar surat dulu dia yang dulu, hehehe.

Dengan kelam-kabut kami berwindow shopping di Nilai 3. BAnyak sangat kedai yang nak dikunjungi tapi masa pulak tak banyak. Saya sebenarnya tak beli apa-apa pun, cuma mencarikan kain bahan sepasang untuk member ofis yang tak dapat turut serta dalam lawatan kali ini. Susah juga mencari yang berkenan di hati sebab banyak sangat kain untuk dipilih. Lega rasanya hati bila dapat carikan kain untuk si teman.

Ok la..meh layan gambar sepetang di USIM. Biasalah, mula-mula sampai rasa macam tak mesra lagi tapi bila dah warming up, boleh saja bergutau senda dengan rakan-rakan daripada library USIM. Teruja melihat "rumah" orang yang serba lengkap. Kami masih lagi bertatih-tatih menghias kediaman kami. Mana yang baik, boleh kami bawa balik dan aplikasikan di "rumah" kami. It was a pleasant trip, exciting and full with knowledge and new experiences.

Kami sampai jam 2.00 petang, konon nak singgah Pusat Islam mereka untuk solat jamak tapi rupa-rupanya USIM tiada Pusat Islam a.k.a masjid. Hmmm....

Kaunter pertanyaan yang sangat selesa. Belakang kaunter tu ada ruang seperti kafeteria yang menjual makanan ringan. Bagus sebab pengguna tak perlu pergi jauh untuk mengalas perut.

Sebahagian daripada kami ketika sesi taklimat. Masa ni memang sangat mengantuk. Asyik menguap je. Huhuhu

Salah satu inovasi yang boleh diadaptasi. Benda mudah dan memudahkan orang lain.

Ruang pejabat mereka. Waktu ni ramai staf library diorang yang tak ada di tempat mereka...mereka berkursus rasanya.

Ruang IT mereka. 

Glass table for students? They have it!

Kalau tak silap yang ni Koleksi Law mereka.

Security gate yang awesome. Suka..suka..suka

Kami dan mereka di akhir sesi lawatan. Semoga perkenalan singkat kita membawa manfaat pada kedua belah pihak. Insya Allah.


Nota kaki : Bila berjalan ke tempat orang, banyak benda yang kita rasakan kita ini kekurangan tapi insya Allah, jika diizinkan, kami pun mahu menjadi segah mereka. 

Saturday, October 26, 2013

Again

Salam,

Baru je balik daripada lawatan akademik malam Khamis, dah gerak lagi ke Putrajaya malam Jumaat. Kali ni bersama keluarga pula. Kenduri menyambut menantu Mummy Yon dan Sham di Kajang.

Bertolak selepas game bola antara Kelantan dan ATM kerana driver malam ni nak tengok bola dulu baru gerak. Ikutkan aje la. Letih naik bas tak hilang lagi, saya dah melalui separuh jalan yang baru saya lalui dua tiga hari yang lepas.

Sebenarnya seronok travel ni tapi ada gak kontranya. Sampai saja rumah malam Khamis tu dah start mencuci baju. Petang Jumaat sesi melipat kain baju yang belambak dan sesi mencuci baju lagi. Ini untuk mengelakkan bila balik dari Putrajaya esok terdapat longgokan kain yang perlu dicuci dan dilipat. Lepas tu sibuk plak mengemas beg. Kiranya minggu ni saya asyik kemas beg je.

Merepek pulak ya....saya dah selamat sampai di Putrajaya jam 3.45 pagi tadi. Sampai area Tapah ke selatan hujan turun menyebabkan mata pun terasa mengantuk gila. Tertidur dari Slim River sampai Putrajaya. Nasib saya bukan co-pilot kali ni.

Tu je nak cerita. Banyak cerita nak kongsi tapi nak menaip dalam hp comel ni buat jari-jemari boleh cramp. Until next entry!

Wednesday, October 23, 2013

Day 1

Salam,

Quick update. Day 1...melawat ke Perpustakaan Negara Malaysia. Sampai di Kuala Lumpur jam 1.30 petang. Solat jamak dulu di Masjid Wilayah Persekutuan sebelum menjejakkan kaki di PNM.

Sorry..gambar di PNM ada dalam kamera member so kena tunggu dia upload dulu. Banyak benda baru yang kami perolehi. Kami bertolak ke Johor jam 5.00 petang. Walaupun terperangkap dalam jam tapi tak lah lama sangat.

Kami sampai di Parit Raja jam 10.30 malam. Next entry Day 2...

Tuesday, October 22, 2013

On The Way

Salam,

Kami on the way ke Selatan Malaysia. First stop...kami akan ke Perpustakaan Negara Malaysia. Doakan perjalanan kami selamat ya.

Nota kaki : Kami tu adalah semua staf library UiTM Pulau Pinang. Lawatan akademik ke tiga perpustakaan iaitu PNM, perpustakaan UTHM dan perpustakaan USIM.

Saturday, October 19, 2013

Projek

Salam,

Malam semalam kami balik ke rumah kami. Oh...rindunya kat rumah sendiri. Untuk pengetahuan, sekarang kami tinggal di rumah MIL yang terletak lebih dekat dengan tempat kerja saya dan Mr Hubby. Paling penting rumah MIL dekat dengan sekolah abang2 dan rumah pengasuh si kembar. Kasihan nak gerak anak2 bangun jam 5.30 pagi setiap hari untuk ke tempat kerja, sekolah dan rumah pengasuh.

Kenapa tak cari sekolah dan pengasuh yang dekat dengan rumah saya? Sebab saya lebih suka mereka dekat dengan tempat kerja so kalau ada apa2 berlaku di sekolah dan rumah pengasuh, saya tak perlu travel jauh untuk sampai.

Berbalik kepada rumah so sekarang kami akan balik ke rumah kami setiap hujung minggu saja. Kalau ada kerja, dua minggu kami tak balik. Bila dah balik rasa seronok dapat tidur di bilik sendiri..memasak di dapur sendiri..semuanya di rumah sendiri.

Dah siap kerja rumah, mulakan projek kraftangan yang lama tertangguh. Harap pelanggan tak marah...tapi saya dah inform mereka yang bulan ni saya sibuk. Minggu depan saya ada lawatan akademik ke KL, Johor dan Negeri Sembilan. Nanti cerita pasal tu...oklah...nak sambung menjahit. Harap sempat siap sebelum Selasa sebab pagi Selasa dah bertolak ke Kuala Lumpur.

Friday, October 18, 2013

Pinggan Saya

Salam,

Nak tunjuk pinggan makan je? Heehehe....nak tunjuk pinggan makan saya kenduri korban semalam. Lauk yang diorang masak ialah sup tulang, daging masak apa ntah..nak kata kicap bukan..nak kata masak hitam pun xjugak, jelatah timun dan oren.

Simple je tapi dengar kata ajk..periuk semua clear. Sup tu memang sedap. Berpeluh menghirup sup dan mengikis daging dari tulang tapi saya tak amik banyak pun. Sekadar cukup saja...kata nak diet..huhuhu....

tu je nak cerita. Nak berblogwalking dulu. Salam jumaat semua!

Thursday, October 17, 2013

Entry Merapu

Salam,

Hari ini ada Majlis Ibadah Korban dan Akikah UiTM Pulau Pinang 2013. Tahun ni saya tak jadi AJK gotong-royong so duduk di pejabat buat kerja macam biasa. Tengahari nanti cuma datang ke Pusat Islam sebagai jemputan untuk makan kenduri je.

Sepanjang berada di Putrajaya, kami semua memang rileks sakan. Kerja kami sekeluarga ialah berehat, berjalan, makan dan berehat lagi. Mr Hubby pun dapat rileks sebab dah banyak minggu dia sibuk dengan kerja di pejabat dan menguruskan bisnes kecil-kecilannya, sampai tak cukup tidur so bila dapat bercuti ni, dia tak tunggu lama la. Letak kepala je, ghaib. Hehehe...

Saya pula, tak tau nak buat apa punya pasal, habis membaca novel kepunyaan SIL. Saya jarang membaca novel melayu tapi waktu cuti tu terpanggil nak membaca. Pilih punya pilih, saya baca novel Isteriku Romantik. Seronok juga ceritanya tapi bila dah selesai baca dan nak pilih yang kedua jadi buntu sebab satu pun takde mood nak dibaca. Tapi...sempat juga pinjam sebuah novel bawa balik sebab konon-konon nak baca minggu ni. Hujung bulan ni nak pi Putrajaya lagi boleh la pulangkan.



Nanti kita cerita lagi lah ya. Nak kejar mood menulis di blog yang suka main ciluk cak sejak dua menjak ni. Mood berkraf pun baru je datang balik. Tempahan pun dah banyak cuma tuan punya diri ni sibuk memanjang pula. Kena rajin wahai diri...kalau tidak rezeki lari. ^_^

Wednesday, October 16, 2013

Cuti-Lengang-Sambung Cerita

Salam,

Hari ni saya sudah mula bekerja. Tak sambung cuti sebab hujung bulan akan bercuti lagi sebab majlis bertandang di rumah suami Mummy pulak so simpan-simpan cuti la. Cuti masih ada lagi tapi kena simpan untuk hujung tahun. Mana tahu ada orang nak ajak kita bercuti makan angin ke? Hehehe...berangan aja saya ni...

Hari ni sangat lengang. Masing-masing masih bercuti. Student pun sudah bercuti dari minggu lepas so memang lengang UiTM. Dalam ofis ni cuma ada 8 orang je. Lepas tu sebab lain department, so nampak macam satu department ada seorang je yang datang kerja. Hari ni saya pasang lagu sepanjang hari, buat peneman diri.

Kami bertolak pulang dari Putrajaya jam 6.30 petang dan sampai dengan selamat di Pulau Pinang jam 10.45 malam. Perjalanan lancar dan saya tertidur dalam kereta kerana sepanjang hari tak tidur sebab melayan The Voice dan tetamu yang hadir.

Berhari raya di Putrajaya sama macam beraya di Pulau Pinang sebab lepas sembahyang raya duduk dalam rumah buat-buat sibuk. Hari raya haji tak sama dengan hari raya aidilfitri. Tak dapat bayangkan terpaksa beraya di Putrajaya ketika Aidilfitri. Mau banjir Putrajaya nanti kot. Hehehe...

Oh ya...sambung cerita selepas melawat Syaza Imaani. Selepas melawat Imaani, kami ke Sogo pula. Memang betul-betul ambil kesempatan waktu Kuala Lumpur lengang. Jalan tak jam, dalam Sogo walaupun ada ramai orang tapi masih boleh tolerate lagi nak bershopping. Shopping apa? Cuma belikan Danish dan Danial sepasang slacks, Dayani dan Dayana seorang sepasang t-shirt dan saya dapat sepasang kasut. MIL mencari beg tangan so kami peneman saja.

Pulang dari Sogo, kami singgah di Ramal Junction Food Court di Kajang. BIL pesan semangkuk mi kuah Kuala Sepetang, saya pesan otak-otak JB dan Fish n Chips, Mr Hubby pesan sebiji burger Abang Burn dan BIL lagi sorang pesan sate. Kami makan berkongsi-kongsi sebab masing-masing masih kenyang. First time rasa burger Abang Burn dan suka dengan rasanya. Danish dan Danial makan separuh pun tak habis. Saya cubit sedikit tapi saya balun cendawan goreng dia yang sedap tu. Sorry la tak ada gambar pulak...hehe..

Itu cerita kami hari Sabtu yang lepas. Balik rumah, mandi dan semuanya terus tidur. Habis cerita satu hari...nanti saya cerita pasal outing ke Marina Putrajaya pulak ya. Daa!

Tuesday, October 15, 2013

Salam Aidiladha

Salam,

Di hari yang mulia ini, saya ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan blogger yang beragama Islam.

Hari yang sinonim dengan pengorbanan ini amat bermakna buat saya kerana saya berazam untuk mengorbankan rasa cepat marah dalam diri saya. Saya berharap semoga orang terdekat memberi sokongan dan semangat. Marah tu kan tak elok tapi setiap orang pasti ada rasa marah itu cuma banyak atau sikit dan bagaimana dan di mana kita menzahirkannya.

Insya Allah dipermudahkan olehNya kerana benda yang baik, pasti ada jalannya. Cuma maafkanlah saya jika tak dapat lagi mengawal rasa marah itu.

Sunday, October 13, 2013

Family Outing

Salam,

Alhamdulillah...selamat sampai di Putrajaya jam 1pagi lebih...hari Sabtu. Jalan raya menuju ke ibu kota tidaklah sesak..cuma banyak lori dan bas tetapi lebuh raya menghala ke Utara kenderaan bertali arus. Ramai yang meninggalkan kota untuk pulang berhari raya di kampung la kan....kami pulak yang songsang..hehehe.

Kenduri di area Taman Desa Damai, Cheras...kalau tak silap saya. Bab jalan dan tempat, saya memang agak fail sedikit. Alhamdulillah dapat bertemu dengan Mummy dan keluarga yang lain. Mummy nampak berisi...mungkin happy di samping suami atau mungkin sudah ada isi...hehehe.

Selesai di rumah kenduri, kami menuju ke Keramat AU melawat adik saya dan baby baru, Syaza Imani yang sangat comel dan bambambam. Aduila...geram tengok pipinya yang labuh. Teringat masa Yana dan Yani baby. Pipi labuh buat orang asyik nak gomol je. Hahaha...

Sepanjang di rumah adik, hujan turun dengan lebat beserta angin. Cuaca sejuk dan nyaman buat kami lagi rancak bersembang hingga nak dekat maghrib. Sebelum maghrib kami tinggalkan baby Syaza dan family di sana. Mak saya pun masih di rumah family adik sebab menjaga adik berpantang. Insya Allah pertengahan bulan November baru dia pulang ke kampung. Lama tinggalkan rumah di kampung mesti dia rindu tapi di kampung cuma ada adik lelaki saya so mesti dia akan rindu kat cucu-cucunya yang dah menjadi sembilan orang. Hahaha...kalau balik kampung nanti...mesti riuh-rendah dengan suara cucu-cucu je.

Setakat ini saja dulu coretan hari ini. Ada banyak lagi benda yang kami buat hari Sabtu tu hingga ke malam. Letih tapi sangat happy sebab dapat jumpa ramai kesayangan saya. Anak-anak pun happy dan tak meragam buat hati pun senang nak berjalan. Lagi satu sebab jalan tak sesak buat perjalanan lancar dan cepat. Ok...daa! Jumpa lagi nanti

Friday, October 11, 2013

Travelling & God's Creations

Salam,

Insya Allah malam ni kami akan bertolak ke Putrajaya untuk memenuhi undangan majlis perkahwinan saudara di Cheras. Kami bermalam di rumah SIL di Putrajaya dan cadangnya akan menyambut Hari Raya Haji di sana. Kalau jadi, insya Allah, ini kali kedua kami berhari raya haji di Putrajaya.

Doakan perjalanan kami malam ini selamat. Saya nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua rakan-rakan di alam maya. Ucap awal tak apa kan?

Tinggalkan korang dengan gambar alam yang menakjubkan. Subhanallah..

Selamat bercuti rakan-rakan semua. Semoga apa yang kalian lakukan mendapat keberkatan dan dipermudahkan olehNya.

In this phenomenal capture by Roberto Giudici, we see four waterspouts over the Adriatic Sea. The photograph was recently featured as the Earth Science Picture of the Daywaterspout is an intense columnar vortex that occurs over a body of water, connected to a cumuliform cloud. In the common form, it is a non-supercell tornado over water.

Photographer Haley Luna took this amazing photograph while flying into Denver, Colorado

Pictures credit to twistedshifter.com

FAmily Outing - Teater Oh Teater

Salam,

Lama nak cerita tentang outing kami ke Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara Pulau Pinang pada 28 September yang lepas. Kami datang memberi semangat kat Muhammad Danish yang terlibat dalam persembahan hari penutup Festival Teater Malaysia.

Hari Sabtu pagi tu Danish awal pagi dah keluar rumah, ada van dari JKKN yang ambil mereka di sekolah. Hari Sabtu tu ada raptai penuh kot. Kami bertolak dari rumah jam 6.30 petang. Solat di masjid dekat dengan Stadium Bandaraya Pulau Pinang dekat ngan Rope Walk. JKKN Pulau Pinang terletak dekat dengan tempat-tempat tersebut dan bersebelahan je dengan Rumah P. Ramlee.

Mula-mula sampai, pak guard tak bagi kami parking dalam kawasan JKKN, ok la...kami parking kat luar. Lepas tu, dia kata kalau tak ada pass tak boleh masuk dalam auditorium. Pulak dah..saya call cikgu pengiring Danish. Dia kata protokol sebab melibatkan VIP..takpelah..kami tunggu kat luar dulu.

Pukul 8.30 lebih semua tetamu dijemput masuk, kami pun dijemput masuk sebab tak ramai mana pun jemputan yang hadir. Malam tu sebenarnya malam penyampaian sijil dan hadiah kepada peserta/team yang menyertai Festival Teater Malaysia peringkat Pulau Pinang. Rupa-rupanya UiTM pun menghantar penyertaan. Acara malam tu ialah penyampaian sijil dan hadiah disulami dengan persembahan teater daripada artis JKKN dan group TBT (Tunas Budaya Tari Cemerlang). Danish jadi pari-pari...kalau tak silap yang ni diorang lakonkan semula teater popular...lupa plak tajuknya...Puteri Gunung Ledang kah?? Aiyo...hilang ingatan jap.

Seronok gak tengok persembahan teater. Yang seronok Yana dan Yani. Setiap kali orang ambil hadiah, Yana jerit "Yeay...yeay..." sambil tepuk tangan. It's a memorable outing with my families. Sebelum balik, kami singgah Nasi Kandar Deen di Jelutong untuk makan malam. Bedal je apa yang ada sebab dah lapar gila. Hehehe...

Itu je cerita kami di Jabatan Kebudayaan dan Kesenian Negara.

Menunggu masa untuk masuk ke auditorium

Persembahan sejurus perasmian

Sang pari-pari

Gambar beramai-ramai selepas majlis tamat.

Mr Hubby dan BIL sibuk kutip belon untuk yana dan yani





Thursday, October 10, 2013

Mini Konvensyen Kumpulan Inovatif & Kreatif

Salam,

Pagi ni saya dan rakan-rakan KIK menghadiri mini konvensyen KIK. Tahun ni kumpulan kami tak dapat buat presentation sebab terlambat menghantar penyertaan. Projek dah ada tapi tu la...sebab terlewat pula. Takpelah....kita bawa projek ke tahun depan.

Hari ni kami mai sebagai pemerhati sahaja sambil tengok group kawan-kawan dri department lain membuat persembahan. Tahun ni pun tak banyak group yang join...mungkin kerana kekangan masa dan hambatan tugas-tugas hakiki.
Nanti saya update lagi. ^_^


Wednesday, October 9, 2013

Hotel Berapa Bintang Ni?

Salam,

Terbaca berita ni dalam paper semalam. 
Hotel berapa bintang tu? 
Hehehe....kalau nak ketuk pun janganlah sampai melampau tahap begitu...
kalau org tak ada duit, camna agaknya nak bayar? 

Macam-macam hal 

Tuesday, October 8, 2013

Bila Rindu

Salam,

Minggu lepas kami tak balik Penaga. Abang-abang nak periksa so kami tak balik sebab bila balik rumah Penaga, si abang-abang akan main PS2 dan online games. Si abang-abang buat muka ketat...sebab tak dapat balik...haha.

Maghrib semalam, pintu rumah kami diketuk bertalu-talu. Hui hui...siapa yang mai ni? Mr Hubby baru nak bangun buka pintu, si Yani dah buka pintu siap-siap. Sekali tengok rupanya Tok Abah ngan Tok Ibu mai bikin surprise. Saya tau diorang mesti rindu kat Yana dan Yani. Yana dan Yani pun apa kurangnya, punya la excited, peluk cium dan menempek kat Tok Abah dan Tok Ibu je.

Yani dan Yana bersama Tok Abah

Oh, ya. Tahniah buat Acu Anuar (BIL) yang telah menghadiri konvokesyen dan mendapat Ijazah Sarjana Muda Kejuruteraan Elektrik dari UTHM, Batu Pahat Johor baru-baru ini. Semoga sentiasa sukses selalu. Semoga perniagaan yang diusahakan bersama itu berjaya dan terus maju, insya Allah.

BIL dan SIL

Monday, October 7, 2013

Our Weekend

Salam,

Hari Sabtu yang lepas kan saya dah bagitau tinggal kami anak beranak so bangun pagi Mr Hubby ajak kami semua breakfast di luar. Lepas siap mengemas rumah dan menyidai kain, saya siapkan si kembar dan kami keluar jam 9.30 pagi.

Mula-mula kami pi breakfast kat warung Adik Abang, specialty diorang breakfast roti ala western. Lepas makan, kami ke Bagan, cadang nak jalan-jalan kat Rope Walk, Taman Selat tapi sebab malas nak bawa si kembar menerjah orang ramai Mr Hubby sorang turun mencari remote control DVD. Tak jumpa apa yang dicari sebab kedai tak buka lagi so kami ke kedai aksesori kereta sebab Mr Hubby tukarkan hon kereta saya.



Yana comel

 Si Drama Queen

Apa yang diorang buat tu?



Lepas tu, kami ke Bagan Ajam dalam misi mencari remote lagi. Nasib baik dapat so bolehlah tengok cerita Tamil balik nanti. Hahaha...kami memang minta ngan cerita Tamil. Lebih-lebih lagi Vijay berlakon. Sebelum tu kami singgah kedai elektrik, mencari peti ais untuk rumah MIL. Dapatlah peti ais satu pintu yang sedang comel, petang tu diorang akan hantar.

Selesai semua misi, kami ke Aeon Big pula. Si abang-abang nak main motor mini..ntah apa namanya tu. Si adik-adik nak naik gajah dan sewaktu dengannya. Mama dan abah kena teman mereka sambil nak masuk Aeon Big beli susu dan lampin pakai buang si kembar. Mama tak beli apa, abah pun tak beli apa..just bawa anak-anak berjalan. Itupun penuh drama sebab si Drama Queen Yani suka sangat buat hal. Hahaha






Itu saja aktiviti hari Sabtu kami. Sampai rumah jam 2.30 petang, makan KFC yang kami tapau, rileks tengok cerita Tamil sambil baring-baring. Heaven sungguh!

Friday, October 4, 2013

Kesayangan Hamba dan Hujung Minggu

Salam,

Tinggalkan korang hari ini dengan gambar-gambar insan kesayangan hamba, hehehe. Lama tak cerita tentang aktiviti mereka berempat. Macam-macam karenah...hari2 saya stress hahaha tapi bila tak ada rasa sunyi pula. Kena marah dah biasa diorang ni tapi tetap pandai ambil hati bila saya tak layan mereka.

Minggu ni MIL dan adik ipar tiada di rumah kerana ke JOhor untuk menghadiri konvokesyen adik ipar di UTHM, Batu Pahat. Kami tak ikut sebab Mr Hubby tak dapat cuti, kalau tak saya pun dah sampai kampung dah. Bila tinggal kami anak beranak, kadang-kadang kami bawa budak2 berjalan tapi tengok keadaan juga. Si kembar tu ada masanya suka sangat buat hal. Huhuhu...nanti kita cerita la ya...

Selamat bercuti semua...hujung minggu buat apa ya...

Danial 

Danish

Dayana

Dayani



LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...