It's You!

Monday, October 7, 2013

Our Weekend

Salam,

Hari Sabtu yang lepas kan saya dah bagitau tinggal kami anak beranak so bangun pagi Mr Hubby ajak kami semua breakfast di luar. Lepas siap mengemas rumah dan menyidai kain, saya siapkan si kembar dan kami keluar jam 9.30 pagi.

Mula-mula kami pi breakfast kat warung Adik Abang, specialty diorang breakfast roti ala western. Lepas makan, kami ke Bagan, cadang nak jalan-jalan kat Rope Walk, Taman Selat tapi sebab malas nak bawa si kembar menerjah orang ramai Mr Hubby sorang turun mencari remote control DVD. Tak jumpa apa yang dicari sebab kedai tak buka lagi so kami ke kedai aksesori kereta sebab Mr Hubby tukarkan hon kereta saya.



Yana comel

 Si Drama Queen

Apa yang diorang buat tu?



Lepas tu, kami ke Bagan Ajam dalam misi mencari remote lagi. Nasib baik dapat so bolehlah tengok cerita Tamil balik nanti. Hahaha...kami memang minta ngan cerita Tamil. Lebih-lebih lagi Vijay berlakon. Sebelum tu kami singgah kedai elektrik, mencari peti ais untuk rumah MIL. Dapatlah peti ais satu pintu yang sedang comel, petang tu diorang akan hantar.

Selesai semua misi, kami ke Aeon Big pula. Si abang-abang nak main motor mini..ntah apa namanya tu. Si adik-adik nak naik gajah dan sewaktu dengannya. Mama dan abah kena teman mereka sambil nak masuk Aeon Big beli susu dan lampin pakai buang si kembar. Mama tak beli apa, abah pun tak beli apa..just bawa anak-anak berjalan. Itupun penuh drama sebab si Drama Queen Yani suka sangat buat hal. Hahaha






Itu saja aktiviti hari Sabtu kami. Sampai rumah jam 2.30 petang, makan KFC yang kami tapau, rileks tengok cerita Tamil sambil baring-baring. Heaven sungguh!

6 comments:

  1. ida..cerita tamil lagi real dari filem hindi...
    terbaik..heee

    ReplyDelete
  2. huh memang tension kalau hon kereta tak bunyi. itu hari minta betulkan cermin tingkap yang tak boleh nak turun. dah elok yang itu, hon pulak tak bunyi. pi betulkan hon, signal pulak tak nak auto-off. argghhh rasa nak geget-geget aje apek yang buat tu.

    ReplyDelete
  3. Satu abang jaga satu adik ini yg betul ni...
    Mama dgn papa boleh rileks..

    ReplyDelete
  4. Replies
    1. kak Tas, kau duduk rumah main ngan kucing eh? hahaha

      Delete
  5. Laaaa...ingatkan sampai petang aktiviti tu mcm banyak tempat je pegi, rupanya separuh hari je...hehe

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...