It's You!

Friday, January 31, 2014

Happy Holidays

Salam,

Selamat Tahun Baru Cina buat kawan2 berbangsa Cina. Terus teringat beberapa orang kawan lama ketika bekerja di Penerbitan Pelangi di Johor Bahru. Kenangan yang tak dapat saya lupakan. Bekerja jauh dari kampung, selalu ikat perut sebab takut tak cukup duit, tapi selalu ada duit untuk beli buku...hahahaha...

Oleh kerana department saya ketika itu hanya ada dua orang yang berbangsa Melayu, maka saya lebih rapat dengan rakan berbangsa Cina. Ingat lagi outing kami setiap Sabtu, makan-makan, window shopping...gossiping..rindu plak masa lalu.

Sekarang, nak rehat sekejap. Sudah siap tempahan car charm (ada lagi 4 sebenarnya tapi kejap lagi boleh buat). Sekejap lagi tuan punya tempahan akan datang collect. Sekarang masa untuk baring, baca novel baru. Tak sabar nak habiskan novel ni sebab nak pi cari juga novel Bukan Kerana Aku Tak Cinta.

Okla...selamat bercuti. Happy happykan diri. Senyum selalu..dont be sad. ^_^

Wednesday, January 29, 2014

The Girls Learn To Stack

Salam,

New thing that they love to do
Stacking everything in sights

But

They don't love to put it away
after they were done with they masterpieces

Huhu...









Tuesday, January 28, 2014

The Project

Salam,

Sekejap je dah hari Selasa. Hari ni ada kursus Laporan Tahunan UiTM. Nasib baik dua jam je...tak la letih kepala otak.

Hari ni nak tempek gambar je. Sebab tak tau nak cerita apa. Macam tipu je tak tau nak cite apa...bila dah cerita, panjang la pulak.

To t.a.t.a.....ni la antara hasil kerja tangan yang aku buat. Bulan ni nak siapkan tempahan car charm ni. Bulan 2 pulak nak siapkan tempahan pencil case Pn Dini. InsyaAllah...saya sempat siapkan.

Nota kaki : Cuaca yang tak menentu buat diri pun kurang sihat. Selesema jangan cakaplah...dengan kepala yang on off sakit. Huhu...dugaan.

Sunday, January 26, 2014

Si Becok

Salam,

Al kisah..minggu lepas hari Khamis..saya bekerja shif petang. Tengah hari yang sama, saya perlu ke sekolah Danish dan Danial mengambil wang bantuan RM100 tu. Pagi tu, duduk di rumah dengan Danial sebab dia bersekolah petang.

Sambil saya menjahit, dia menyiapkan kerja sekolah. Danial ni last minute man. Waktu terluang banyak, dia tak buat kerja sekolah..bila dah nk dekat..baru nak buat. Errr...sama macam saya...huhu. Tapi, otak Danial ni ligat gak. Saya dok perati dia buat kerja sekolah subjek Dunia Sains..dulu kita xde kot subjek tu time darjah 1 - 3. Alam dan Manusia pun darjah tinggi baru ada. Tak tahan betul bila dia tanya camna nak buat inferens. Ha?Apa tu? Terpaksalah saya pun study buku dengan dia. Bertambah ilmu mama ni...Danial oiii...

Saya ke sekolah bersama dia. Lepas dia tunjukkan kelas si abang Danish, dia turun ke tapak perhimpunan...jaga budak kelas darjah dua. Kan dia pengawas. Sempat la tengok macamana pengawas tu bertugas..hehehe. Lepas ke kelas abang, terpaksa lepak di kantin setengah jam sebab tunggu kelas Danial pulak. Dekat jam 1.30 baru jumpa cikgu kelas Danial untuk terima duit tu.

Danish dan Danial masing2 duduk di depan cikgu. Bagus juga tu supaya perhatian tak selalu tersasar. Yang kelakar..kalau pi kelas diorang, mesti diorang malu-malu kat member kelas. Hahaha....comel plak. Esok dah teruna, mesti lagi malu nak jalan pimpin tangan dengan mama. Danial kalau takde kawan dia nampak, laju je pegang tangan saya tapi bila sampai dalam sekolah laju-laju nak lepas tangan. Malu la tu. Hehe...

Anak lelaki memang begitu agaknya ya? Mereka nak dimanja tapi segan dan malu kalau orang lain nampak dan tahu. Danial becok tu pun sama...mulut pot pet pot pet..mengalahkan org perempuan tapi kadang saja mengusik dia. Begitulah kisah Muhammad Danial Syahmi.

Thursday, January 23, 2014

Let The Fingers Do The Talking

Salam,

Barang yang dipesan sudah sampai. Barang apa? Barang untuk melunaskan tempahan orang so jari-jemari ni sudah mula melembutkan liuk-lentuknya untuk menyelesaikan tempahan yang ada. Alhamdulillah..bulan Januari dan Februari ada rezeki lebih.

Nota kaki ; Laila hailla anta..subhanaka inni kuntumminazzolimin

Wednesday, January 22, 2014

Mama Monster

Salam,

Bila mama jadi monster
Semua orang kena marah
Semua orang bangun buat kerja
Ada yang vakum rumah
Ada yang kemas dapur
Ada yang mandikan adik-adik
Tapi ada dua orang yang buat tak kisah
Sapa lagi...
Budak dua ni la

Tuesday, January 21, 2014

4D in the House

Salam,

Lamanya tak update blog. Tak tau nak cerita apa. Asyik sibuk je. Baru nak menaip, ada je benda yang lebih penting. Huhu..macamlah busy sangat kan?

Hari ni saya cuma nak cerita pasal empat orang budak noty di rumah. Semakin membesar, semakin banyak ragam. Si abang, dua-dua dah mula sibuk dengan sekolah. Ada program kepimpinan la, persatuan, kelab. Tak lama lagi, Danish akan start kelas tuition di sekolah anjuran PIBG untuk persiapan UPSR tahun depan. Danial pula, sibuk dengan diri sendiri je, malas terlebih, asyik nak tengok kartun je.

Yana dan Yani makin improve kosa katanya. Banyak perkataan baru yang mereka belajar. Walaupun Yana agak pelat, tapi banyak perkataan yang dia sudah pandai guna. Ada stu malam tu, dia kata kat abah dia yang baru balik kerja agak lewat, "Abah pi mana ni malam-malam baru balik?". Wah, rasa teruja bila mereka pandai menggunakan ayat.

Kalau Yani pula, tak usah tanyalah. Macam-macam perkataan yang dia dah pandai guna. Kadang-kadang macam budak besar pulak. Ada satu hari tu, kami dok dengar dia sembang dengan Yana. Tetiba boleh keluar ayat, "Adik, bagaimana...." Pandai plak guna perkataan "bagaimana" tu, huhuhu.

Yang pasti, masing-masing dah pandai demand, kalau hujung minggu je mulalah bertanya "kita nak jalan-jalan mana arini?" Pandai juga nak pergi shopping walaupun saya pasti diorang tak tau apa itu "shopping". Begitulah kisah mereka berempat. Kadang bergaduh sampai tarik rambut dan bergusti tapi bila baik, lain pula jadinya. Semoga mereka sentiasa rapat sampai ke anak cucu. Amin..





Sunday, January 19, 2014

Ketegaq

Salam,

Ketegaq
Keras kepala
Stubborn
Bersangkut paut dengan ego tak?

Mood : Sakit hati

Friday, January 17, 2014

Salam Jumaat

Salam,

Hari ni cuti lagi
Cadangnya nak dok rileks memanjang
Tapi...kalau dah namanya perempuan..ibu..isteri..macam-macam pulak nak dibuatnya kat rumah ni
Kalau ikut hati...nak je lepak depan tv tak berganjak

Salam jumaat semua.

Nota kaki : Badan rasa tak sihat plak...sakit kepala dan selesema. Janganlah demam..banyak benda nk buat tapi semuanya atas izinNya.

Wednesday, January 15, 2014

Busy Like A Bee

Salam,

Susah betul sekarang nak berblog. Sejak duduk di unit baru, saya masih tercari-cari rentak yang sesuai. Nak update blog pun susah apatah lagi nak berblogwalking. Mungkin saya masih lagi kekok di tempat baru.

Tempat baru ni sentiasa berurusan dengan pelanggan. Kami merupakan "wajah" library. Kami dah macam duta pulak. Front liners kena lebih ramah, lebih pandai tackle pelanggan. Kalau bagus di depan, insyaAllah pandangan mereka terhadap mereka di balik tabir juga baik.

Naik cekang muka tersenyum tapi saya ikhlas tersenyum sebab saya suka tengok orang senyum kat saya. Bila kita suka sesuatu benda yang baik..sudah pasti orang lain pun sama. Cuma, memang banyak karenah tapi alhamdulillah semuanya baik-baik sahaja.

Dua hari ni si kembar tak ada di rumah. MIL bawa mereka pulang ke Penaga semalam. Dah lama tak jumpa Tok Ibu dan Tok Abah. Mesti la rindu kat tok mereka. Bila adik-adik tiada di rumah..abang2 pula nak.manja-manja dengan mama dan abah. Anak-anak begitulah...yang besar pun ingin dimanja, dibelai kadang-kadang walaupun bila mama nak peluk sebelum p sekolah tersengih-sengih malu. Hehe....

Tinggalkan korang dengan gambar si kembar yang mengikut MIL mendengar ceramah sempena Maulidur Rasul. Comelkan? Hhahahaha

Tuesday, January 14, 2014

Don't Be Sad

Salam,

Duhai hati
Jangan bersedih
Apa yang terjadi
Pasti ada hikmahnya

Duhai hati
Kuatkan semangat
Dekatkan diri padaNya
Dia yang memberi duka
Dia juga punya penawarnya

Duhai hati
Belajar redha
Belajar sabar
Apa yang jadi
Pasti ada kebaikannya

Salam Maulidur Rasul semua. Selawat.

Nota kaki: Cer citer sket pasal kangkung...saya terlepas keretapi. Apakehalnya? Hari ni cuti...dok di rumah sahaja...dua hari kerja..Jumaat cuti lagi. Bila tak ada apa2 planning tapi cuti berderet, tak tau nak buat apa.

Sunday, January 12, 2014

Subhanallah

Salam,

Selamat berhujung minggu wahai sahabat
Selepas subuh, terus mengeluarkan beg kraftangan
Ada tempahan yang perlu disiapkan sebelum akhir Februari
Sedang tangan membuat kraf...terkedu sebntar melihat kebesaranNya
Bagaimana Dia mengatur setiap kelopak berselang seli dengan cantik sekali
Sedangkan tangan saya yang meniru belum dapat lagi menyusun kelopak seindah itu
Subhanallah..
Terasa kerdilnya saya sebagai hamba
Sedangkan kebolehan ini pun hasil ihsannya
Alhamdulillah atas kurniaanNya

"Ya Allah, sesungguhnya aku mohon kepadaMu cintaMu dan cinta orang-orang yang mencintaiMu dan aku memohon kepadaMu perbuatan yang dapat menghantarku kepada cintaMu. Ya Allah, jadikanlah cintaMu lebih kucintai daripada diriku dan keluargaku serta air dingin"  - Doa Nabi Daud a.s

Friday, January 10, 2014

Hanya Dia

Salam,

"Ada satu masa nanti, kita akan diuji dengan macam-macam masalah. Sampai ada masa tu, kita nak tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau memikirkan masalah kita tu. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah tu adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati Dia je, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ni, tapi Dia. Dia dah beritahu kita dalam 'surat cinta' Dia kepada kita. Dia yang memberi masalah, Dia juga yang menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram. Betapa sayangnya Allah dekat kita." - Ustaz Hafiz, Suami Aku Ustaz.




Nota kaki : Kadang kita terlupa tentang fakta ini. Hanya Dia yang tahu perancangan hidup kita. Hanya Dia yang tahu kenapa kita memilih jalan yang kita pilih.

Tuesday, January 7, 2014

Teamwork

Salam,

Hari ini hari ke 6 berada di tempat baru. Masih lagi menyesuaikan diri dengan keadaan di barisan hadapan. So far, so good. Masalah tu ada tapi alhamdulillah dapat ditangani. Lagipun, kami berempat di hadapan so lepas ni workload akan dibahagi sama banyak. Duduk di kaunter ni, kena banyak senyum, kena banyak ilmu dan kena tahan sabar. Banyak karenah pengguna yang dihadapi dan mestilah kena ada ilmu sebab nak menerangkan sesuatu sampai pengguna faham tu mencabar juga.

Tapi kan..tapi kan...kat tempat saya tu tak rasa sejuk pula. Hahahaha...memanglah seminggu dua ni aircond problem tapi saya memang rasa tak selesa. Mengada-ngadakan saya ni. Nak kerja tempat sejuk je. Masalahnya, kalau ada tingkap yang boleh saya buka kalau panas, ok la. Ni, takde...so kalau panas mestilah rasa sungguh. Semalam pun ada student yang mengadu panas. Nak buat macamana dik oii...akak pun panas juga. Harap-harap aircond cepatlah elok..huhu...

Banyak penambahbaikan yang telah kami fikirkan di sini. Teman kreatif pun banyak idea. Rasa excited nak membuat pengubahsuaian tapi ubahsuai pun setakat yang termampu dek kami la. Kalau ada peruntukan, memang macam-macam kami nak ubah. So, setakat hari ni, kami cuba buat yang boleh dulu.



Sunday, January 5, 2014

Thursday, January 2, 2014

New Day New Year

Salam,

Hari baru..tempat baru..
Masih pelik bila duduk tempat baru
Masih tidak.habis berkemas

31 Disember 2013...saya dan anak-anak bermalam di Hotel Palm Inn di Bagan untuk sambutan Sembang Ambang Tahun Baru bersama Ustaz Azhar Idrus. Saya hanya mengikut saja. MIL yang booking hotel tapi dia admit KPJ pula sebab pengsan di tempat kerja so saya bawa anak-anak bermalam di sana. Alhamdulillah...sambutan tahun baru bersama UAI amat mendapat sambutan. Penuh dataran dengan manusia. Rasanya cara sambutan seperti ini boleh diteruskan lagi di masa akan datang.

Saya hanya mendengar dari tingkap hotel saja. Tak turun pun.

1 Januari 2014...balik dari hotel dijemput oleh MrHubby. Di hotel..hanya saya dan anak-anak serta Ibu saudara dan suaminya. Ada dua bilik kosong tu yang p tu. Kami singgah di rumah mengambil buku-buku Danish dan Danial dan singgah membeli beg sekolah. Kalau ikutkan..tengah tahun nanti baru beli beg tapi abah diorang nak belikan so saya ikut je. Si kembar berdua tu pun dapat beg. Punyala suka tak mau letak beg tu...dok galas sampai ke KPJ waktu tengok Tok Nani diorang.

The girls with their bags.

Malam 1 Januari makan di Restoren Qasar Hydramawt di Bandar Perda. First time makan di restoren Arab sebegini nak order pun tak tau. Nasib baik pelayan yang ambil order tu budak melayu. Apa lagi kami tanya la mana yang sedap. Nak makan Nasi Mandy tapi dah habis la pulak so kami order Lamb Madghout, sebab semua orang nak makan kambing. Order 1 kg punya tapi memang sedap sungguh walaupun makan nasi dengan kambing saja. Harga dengan minuman untuk 5 orang RM70++. Lepas ni dah tau camna nak order, bolehlah datang lagi. Mai dengan member pun best ni...hehehe.

Berselera abang makan..bukan dia saja, semua orang makan sampai kekenyangan..sedapnya..sedapnya..


Okla...setakat ni dulu cerita saya. Salam Khamis semua!


Wednesday, January 1, 2014

2014 & us

Salam,

Tahun baru
Sinonim dengan azam
Azam pula akan tinggal angan-angan
kalau kita tak ada usaha nak laksanakan

Selamat menyambut dan menjalani tahun baru
Apa jua "outcome" yang kita inginkan perlu ada jalan untuk menjadi kenyataan
Semoga kita tabah dan lebih bersyukur dengan apa yang ada di hadapan kita

Nota kaki : Kepada yang bertanya...library tak berpindah tapi saya yang berpindah bahagian..masih dalam library tapi skop kerja berbeza. Sempena tahun baru gitu.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...