"Ada satu masa nanti, kita akan diuji dengan macam-macam masalah. Sampai ada masa tu, kita nak tidur pun tak lena. Makan pun tak senang. Risau memikirkan masalah kita tu. Tapi kita terlupa, yang memberi masalah tu adalah Allah. Dan hanya dengan mengingati Dia je, boleh menenangkan hati kita. Bukan manusia yang cakap benda ni, tapi Dia. Dia dah beritahu kita dalam 'surat cinta' Dia kepada kita. Dia yang memberi masalah, Dia juga yang menenangkan hati kita sewaktu tak tenteram. Betapa sayangnya Allah dekat kita." - Ustaz Hafiz, Suami Aku Ustaz.
Nota kaki : Kadang kita terlupa tentang fakta ini. Hanya Dia yang tahu perancangan hidup kita. Hanya Dia yang tahu kenapa kita memilih jalan yang kita pilih.
Salam Jumaat IDa..
ReplyDeleteAllah maha mengetahui segalanya.. segalanya yg terbaik buat kta:)
Benar.
ReplyDeleteMasalah itu ujian.
Moga kita tak terlupa, ketika di timpa ujian NYA
Aku ingat kau tulis, Ustaz Hafiz, Suami aku. Eh suami kau ustaz ke? Hahahaha.
ReplyDeleteAlahai tetiba rasa sayu Kniedaz......sesungguhnya semua itu adalah benar! Perancangannya adalah yang terbaik buat kita
ReplyDelete