It's You!

Monday, April 7, 2014

Salam,

Hujung minggu lepas, adalah hujung minggu yang sangat sibuk dan memenatkan. Secara terkejut-tergempar MIL nak buat kenduri doa selamat untuk BIL yang akan berlepas ke Iraq kerana bertugas di sana dalam beberapa minggu lagi. Dengan rumah yang tak berkemas sebab sudah beberapa minggu kami tak balik, dengan nak keluarkan pinggan mangkuk, periuk belanga, jemputan orang lagi tapi alhamdulillah sudah selesai. Nanti kita cerita tentang kenduri.

Hari Sabtu, masa untuk membawa dua orang tuan puteri berjalan-jalan. Sibuk mengajak pergi jalan-jalan. Kami tak bawa jauh pun just bawa naik motor tengok orang main layang-layang di bendang. Musim angin banyak ni, ramai la yang main layang-layang. Layankan je la...

Layang-layang pun tak nampak sangat..maklumlah hp mama ni biasa-biasa saje..hahaha

Yang ni memang kena naik..kelentong la apa pun...tetap nak naik hatta rosak sekalipun..huhu

Dapat naik, senyum meleret je. Suka sangat!

Nampak yang ni pun kena berhenti, kalau tak mereka akan buat bunyi selagi tak berhenti. Malas nak dengar bunyi, berhenti jela..5 minit pun jadi la..langit pun dah mendung

Tak sudah lagi dengan "sakura" tapi banyak yang dah gugur....

Suka tengok awan mendung berarak. SAngat cantik...subhanallah!


5 comments:

  1. Insyaallah, Che Mid akan ke Permatang Pauh sabtu ni, ambil Farah di UITM, cuti semester dah..Semester depan, Farah akan pindah ke kampus Pasir Gudang.. rasa-rasa ada peluang ke untuk kita bertemu wajah? Kalau sudi jumpa Che Mid call 013-3672459 ya.. btw, ada tak tempat tinggal murah tapi cantik sikit kat sana utk che mid tidur malam minggu tu..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul che mid..dah nak cuti ni..minggu ni last exam...tula..ramai yang dipindahkan ke kampus baru di Pasir Gudang..sunyi la kampus Permatang Pauh lepas ni huhu..Che Mid..kalau sampai ari Jumaat ble la kita jumpa..nanti saya try tengok homestay yang dekat2... ^_^
      ni no. saya 012-5306156

      Delete
  2. cantik sgt ada pokok ala2 sakura tu...ramai org letak gmbr pokok berbunga...

    ReplyDelete
  3. X ke mana pn sejak blk drpd cuti sekolah bdk2 ni demam silih berganti.

    ReplyDelete
  4. Nampak gambar bendang pun rasa cantik sangat sebab tak pernah lagi berada di tengah-tengah bendang. Dah lama tak pergi Penang, rasa macam nak pack kain baju nak pergi short break aje. Makhluk berbunyi riang tu dengan taman permainan memanglah BFF anak-anak kan... Kalau tak singgah, memang kita yang kena tazkirah nanti!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...