It's You!

Monday, April 14, 2014

Library & Anak-anak

Salam,

Musim cuti semester tiba lagi. Bila cuti, kampus memang sunyi...yang ada cuma staf saja. Ada la dua tiga kerat student degree yang tak balik tapi selebihnya sunyi. Library pun hanya buka setakat jam 4.45 petang saja.

Ari ni...tak sampai 10 orang masuk ke library. Kononnya nak start buat projek keceriaan tapi semuanya masih terencat otak dek terkena virus malas...hahaha....akhirnya kami hanya buat kerja-kerja pejabat je. Sangat membosankan...kalau waktu ni kami wat lawatan kerja pun bagus. Huhu...

Cuti pun tak ke mana. Cadang nak balik Penaga pun tak jadi bila pagi Sabtu tu kami berkampung di klinik. Abang Danish sakit mata...bangun pagi mata bengkak..doktor kata mungkin alergik so dapat ubat mata. Alang-alang dah sampai, buat follow up untuk kakak sekali. Kahak dah takde cuma jaga-jaga takut demam lagi.

Memang pun si kakak demam...malam semalam nak tdo dia muntah..badan panas so saya terus mandikan dia dan beri makan ubat demam. tu pun jenuh paksa.

Tengahari tadi Tok Anjang yang mengasuh diorang call bgtau dua-dua plak demam so terpaksa minta tolong adik ipar hantar balik ambil ubat diorang.

Balik ni dua-dua pakai koolfever yang saya beli tengahari tadi. Harap-harap xmelarat la demamnya. Huhu....

3 comments:

  1. Haaaa.. student cuti memang rasa sunyi jee lebry.. fuh~ org kaunter laa terlebih boring agaknya.. hehe..

    ReplyDelete
  2. Tengah nak membayangkan macamana agaknya kalau bekerja di library ni. Dulu pernah buat praktikal di IMR, rasa nak pengsan dok potong nyamuk ngan pisau berlian :) Sunyi sepi dalam lab. Tak sempat nak bergosip bagai :)

    Moga anak-anak cepat sembuh dari sakitnya yea.

    ReplyDelete
  3. Anak anak ni bila time demamlah mak rasa tak mo beranak lagi hehe.....susah hatikan Kniedaz!

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...