It's You!

Tuesday, February 3, 2015

Renungan

Salam,

Abu Daud dan Ibn Majah melaporkan Rasulullah S.A.W menyatakan, "Terdapat sebilangan manusia yang akan dinaungi oleh Allah s.w.t pada hari akhirat kelak, dan mereka itu adalah pemerintah yang adil, pemuda yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t, orang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah s.w.t di mana kedua duanya bertemu dan berpisah bagi mendapat keredhaan Ilahi, orang yang dipujuk oleh perempuan kaya dan cantik untuk berzina dengannya tapi dia menolak dengan berkata " aku takut kepala Allah s.w.t", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati Allah s.w.t dalam keadaan tidak Ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengenali sifat-sifat Allah s.w.t itu sendiri"

Nota kaki : ya Allah...jadikanlah aku salah seorang yang tergolong dalam golongan di atas. Amin.

4 comments:

  1. Amin ya rabbal alamin.. Semoga kita semua tergolongan insan yg mendpt naungan Allah di akhirat kelak.

    ReplyDelete
  2. Bab dipujuk wanita cantik tu byk yg fail aku rasa....aku pun blom tentu lagi...

    ReplyDelete
  3. hehehehe...betul jugak tu...lagi2 zaman sekarang ni..cabarannya lebih lagi..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...