It's You!

Tuesday, May 26, 2015

Teringat

Salam,

Hari ni saya keluar awal ke tempat kerja, jadi pak supir kepada Mr Hubby. Singgah membeli sarapan untuk anak-anak sekali. Sepanjang perjalanan yang luar biasa daripada selalu (sebab melalui jalan yang jarang saya lalui), saya nampak ayah/abah/bapak/daddy menghantar anak-anak ke sekolah.

Di stesyen minyak, saya nampak seorang abah berhenti mengisi minyak motornya. Anaknya lelaki, sekolah menengah saya pasti melihat kepada baju sukan yang dipakainya. Langit sangat gelap menandakan bila-bila masa saja hujan nak turun. Saya terus teringat arwah abah. Air mata mula bergenang. Kalau lambat sikit, mungkin hujan akan turun, maka basahlah abah. Saya pasti abah akan memulas minyak selaju yang boleh untuk pastikan si anak tak basah sampai di sekolah tapi abah mungkin akan basah jika hujan turun di tengah jalan ketika dalam perjalanan pulang. Rindu abah...

Ramai lagi abah2 yang saya nampak hari ni. Ada yang membetulkan rambut anak selepas turun dari motor, merapikan mereka supaya nampak kemas dan segak. Saya tersenyum ketika melihat adegan itu.Masih ramai lagi abah yang baik di luar sana, yang kasih dan sayangkan anak-anak sepatutnya. Saya berdoa ramai lagi abah-abah yang sebegitu di luar sana, yang melindungi anak-anak yang masih mentah dan perlukan didikan dan perhatian.

Sudah cukup baikkah saya? Sudah sempurnakah cara saya menjaga anak-anak saya? Harapan saya, jika ada kekurangan, saya masih dapat memperbetulkan kesilapan saya. Tak selamanya kita benar, ada masa kita salah dan perlu mendengar nasihat orang lain. InsyaAllah...


8 comments:

  1. Tersentuh baca entri ini. Abah sentiasa melakukan yang terbaik namun jarang meluah apa dalam hatinya. Mudah-mudahan kita menjadi anak yang tidak lupa pada abah ya..

    ReplyDelete
  2. Seorang ayah lebih caring kpd anaknya drpd kekemasan dirinya...

    ReplyDelete
  3. Biar jahat mana pun seorg abah kakak percaya rasa kasih tetap ada. Cuma kes terpencil tu sebab emosi yg tak terkawal dek hasutan syaitan..

    ReplyDelete
  4. saya tak merasa pengalaman dihantar ayah kesekolah :(
    arwah meninggal ketika saya 4 tahun.... alfatihah buat abah....




    Singgah blogwalking...:)
    Nak tahu ade diabetes ke tak?Jom cek kat sini:
    http://blogmummyrifqiy.blogspot.com/2015/05/tanda-tanda-diabetes-yang-anda-mesti.html

    ReplyDelete
  5. samalah sya pun tak ble tgk situasi mcm tu..sebab tu tiap hari htr ank ke sekolah pasti akan rasa sayu di hati

    ReplyDelete
  6. Tersentuh pulak hati saya ni bila berbicara tentang abah. Tiba-tiba teringatkan arwah abah sendiri. Paling saya sayu setiap kali raya kerana mengingati arwah abang kesayangan yang pergi menghadap Ilahi ketika 9 Syawal. Sampai saat ini saya tetap mengingati beliau...

    Suami saya pun jarang nak tunjuk kasih-sayang pada anak walaupun sayang. Tapi semalam bila anak demam dan merengek meracau dalam tidur, nampak keresahan di mukanya. Berkali-kali dikucupnya dahi anak sambil mengusap rambutnya. Tersentuh hati saya...

    ReplyDelete
  7. Aduh.. jiran mana yang potong bawang ni.. pedih mata ai.. huhuhu..

    ReplyDelete

Thanks for the responds! (◡‿◡✿)

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...