It's You!

Wednesday, February 4, 2015

Rumah Baru

Salam,

Buat renovation sikit kat "rumah" saya ni
Dah lama dengan dekorasi yang lama
Ubah sikit

Lepas ni, nak buat ubah suai rumah sebenar pulak
Bukan ubah suai yang gila-gila
Cuma ubah perabot yang ada je
Saiz bilik/rumah sama je
Tapi barang-barang semakin bertambah
Nak kena buat projek 5S pulak
Nak kena sisihkan apa yang tidak diperlukan

Tapi... tapi...
Punyalah malas nak mula
Tak tau nak mula kat mana

He...he...he...

Tuesday, February 3, 2015

Renungan

Salam,

Abu Daud dan Ibn Majah melaporkan Rasulullah S.A.W menyatakan, "Terdapat sebilangan manusia yang akan dinaungi oleh Allah s.w.t pada hari akhirat kelak, dan mereka itu adalah pemerintah yang adil, pemuda yang sentiasa mengabdikan diri kepada Allah s.w.t, orang yang hatinya selalu terikat dengan masjid, dua orang yang berkasih sayang kerana Allah s.w.t di mana kedua duanya bertemu dan berpisah bagi mendapat keredhaan Ilahi, orang yang dipujuk oleh perempuan kaya dan cantik untuk berzina dengannya tapi dia menolak dengan berkata " aku takut kepala Allah s.w.t", orang yang bersedekah secara bersembunyi sehingga tangan kirinya tidak tahu apa yang diberikan oleh tangan kanannya dan orang yang menyebut dan mengingati Allah s.w.t dalam keadaan tidak Ada dalam ingatannya perkara lain, lalu menitis air matanya kerana mengenali sifat-sifat Allah s.w.t itu sendiri"

Nota kaki : ya Allah...jadikanlah aku salah seorang yang tergolong dalam golongan di atas. Amin.

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...