Satu hari di dalam kereta, dalam perjalanan ke tempat kerja bersama Danial Syahmi.
Mama : Danial, mama ni garang tak?
Danial dok sengih-sengih pandang mama.
Danial : Emmm...tak sangat.
Hah? Dalam selalu kena marah. bebel semua tu, dia kata saya tak garang?
Mama : Tak sangat?
Danial : Ha la...tak la garang sangat. Garang sikit je.
Mama : Oooo....Danial tau tak kenapa mama marah Danial?
Danial : Sebab Danial degil kot..
Mama : Dah tu, tau tak macamana nak buat mama tak marah?
Danial : Emmm..tolong mama sapu rumah kot?
Hahahaha...saya gelak!
Mama : Bukan...tak payah tolong sapu rumah pun tak apa. Kalau tak mau buat mama marah, kena la dengar
cakap mama.
Danial : Ooo
Mama : Kalau mama suruh buat apa-apa tu, cepat-cepatlah buat. Kalau Danial tengah buat apa-apa waktu
tu, bagitau kat mama, "kejap mama, Danial nak buat ni dulu"...haa..macam tu..
Danial : Tak payah sapu lantai?
Mama : Tak payah pun takpe..besok dah besar sikit baru buat. Skang ni kalau lepas makan, bawa pinggan
buh dalam sink. Tak basuh pun takpe..kalau dah besar sikit macam abang baru boleh basuh pinggan.
Ok..macamana nak buat mama tak marah? (Revision pulak dah!)
Danial : Dengar cakap mama.
Semalam dalam kereta dengan Danish dan Danial.
Mama : Danish, mama garang tak?
Danish : Mmmmm....tak tau! (dengan muka poyo)
Danial : Abang ni semua tak tau..jawab je la...
Danial excited la tu nak dengar abang dia pulak kena tarbiah tapi sampai ke sudah Danish cakap tak tau. Huhuhu...
Nota kaki : Mungkin sebab saya tak selalu garang. Kadang-kadang bila diorang berperangai baik, saya akan ikut kehendak mereka. Saya sentiasa ingatkan diri untuk dekatkan jurang antara mereka supaya mereka terima saya sebagai ibu, kawan, penyelamat dan pembantu. Sekarang ni banyak benda yang pelik-pelik so selagi boleh dielak, dikekang baik kita buat dari awal...errrr...yahoooo! Saya tak garang rupanya...emo terlebih je kot hahaha.
ANAK2 COVERLINE JER KOT..HAHAHAHA..
ReplyDeleteHahaha...boleh jadi juga Bui hehe
DeleteAyah mereka garang tak? :)
ReplyDeleteAbah mereka garang tapi diam gunung berapi....jarang-jarang marah...bila mama tak larat marah baru dia meletop hehe
DeleteBudak2 selalu ssh nak paham bab dengar cakap tuh kan..selalu ingat kena buat kerja baru tak marah..:)
ReplyDeletebetul tu Ummu...hari ni kata faham, esok dia dah tak faham hahaha
DeleteGarang seorg ibu biasanya bertempat.
ReplyDeleteKakak rasa semua ibu mahu yg terbaik buat anak-anaknya kan..
Itulah yg Danial dan Danish tak sama. Danial masih kecik tapi Danish dah pandai itu yg dia jawab hmmmm aje:)
olehkerana ayahnya tak garang, kak lah kena ambil alih..heee..
ReplyDeletetapi as long depa faham, garang seorang ibu bertempat, bagi kak...ok je...
mak manalah X sayang anak, tapi ada kann.., kanns uuHUu
ReplyDeletealamak..pasni turn saya plak berdialog camni ngn xiyad
ReplyDeleteanak2 pun ckp sy tak garang tp abah dia orang garang walhal abah dorg garang time dorg buat salah je.
ReplyDelete